Pegawai SPRM ditegur
Penolong Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sarawak, Raymond Nion Anak John Timban ditegur oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock, Tan Sri James Foong Cheng Yuen kerana tidak memberikan jawapan yang konsisten ketika disoal oleh peguam Majlis Peguam.
Beliau menyifatkan tindakan pegawai SPRM itu tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal kerana sebagai pegawai, mereka seharusnya lebih peka dalam apa jua keadaan yang berlaku di persekitaran mereka.
"Kamu sudah lama bekerja di SPRM, tetapi apabila disoal tentang sesuatu perkara, semuanya kamu tidak tahu... kamu merupakan pegawai yang berpengalaman dan mustahil kamu tidak ingat apa yang berlaku di pejabat SPRM pada malam 15 Julai 2009 hingga pukul 6 pagi, keesokannya sedangkan kamu berada di pejabat pada waktu itu," katanya.
Foong, yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan berkata berdasarkan keterangan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull pada prosiding lalu, banyak ditekankan mengenai imej dan membaik pulih SPRM di mata masyarakat.
Namun, katanya, bagaimana suruhanjaya ingin membantu membaik pulih SPRM, sekiranya pegawainya sendiri tidak membantu suruhanjaya.
Foong berkata pada pandangan beliau dan anggota suruhanjaya yang lain, Raymond mengetahui banyak perkara mengenai apa yang berlaku ketika itu tetapi beliau (Raymond) menyembunyikannya.
"Kamu perlu cakap betul-betul kerana semua ini untuk kebaikan SPRM.. .petang ini kami menerima maklumat bahawa satu lagi saksi atau suspek SPRM mati di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan dan kami berbincang mengenai perkara itu," katanya.
Raymond, yang juga saksi ke-30 suruhanjaya itu hanya mendiamkan diri dan ketika ditanya Foong sama ada beliau (Raymond) mengetahui mengenai kejadian tersebut, Raymond berkata:"Saya tahu mengenai perkara itu".
Selepas itu, Foong menangguhkan prosiding yang bermula pada pukul 2.45 petang itu, kira-kira 15 minit sebelum prosiding disambung semula pada pukul 4.15 petang.
Terdahulu, ketika disoal oleh Edmund Bond dari Majlis Peguam adakah Raymond Nion dapat mengenal pasti orang yang masuk ke dalam bilik kosong berhadapan bilik beliau, Raymond Nion berkata:"Saya perasan ada orang masuk ke bilik itu tetapi saya tidak pasti siapa".
Raymond Nion, yang sebelum ini bertugas di SPRM Selangor, menjelaskan beliau hanya nampak sepintas lalu ada dua orang lelaki masuk ke bilik kosong itu.
Ketika diminta oleh Bond untuk memberikan gambaran mengenai tubuh badan kedua-dua lelaki yang masuk ke dalam bilik itu, Raymond Nion berkata:"Saya hanya tahu seorang adalah berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina namun saya tidak ingat pakaian yang dipakai oleh mereka.
"Saya tidak perhatikan betul-betul semasa mereka lalu kerana ketika itu saya sedang membaca dokumen bagi satu kes mahkamah yang akan dibicarakan keesokannya (16 Julai 2009)," katanya.
Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.
Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya,
Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.
Prosiding disambung Isnin ini. - Bernama
Ulasan GB
Raymond Nion berasal dari Betong, Sarawak. Beliau adalah salah seorang yang didapati menonton bahan lucah menerusi komputer di pejabatnya sebelum Teoh Beng Hock ditemui mati Julai 2009.
Sekretariat suruhanjaya pernah mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor.
Sebelum ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja mendedahkan bahawa Asisten Superintenden Mohd Ashraf Mohd Yunus juga menonton pornografi menggunakan komputernya awal pagi 16 Julai 2009 selepas menyoal siasat Teoh.
“Raymond Nion... akses laman pornografi, filem, muzik,” kata pegawai penyiasat khas suruhanjaya Michael Leslie Squires dalam laporannya.
Semasa itu beliau adalah Penolong Penguasa Kanan SPRM Selangor, tetapi selepas kes ini timbul, beliau tiba-tiba ditukarkan sebagai Penolong Penguasa Kanan SPRM Sarawak. Mengapa tiba-tiba ditukarkan serta-merta?
Beliau menyembunyikan banyak perkara dan dilaporkan tidak memberikan jawapan yang konsisten ketika disoal oleh peguam Majlis Peguam. Mengapa terlalu banyak kali diam apabila ditanya sedangkan beliau mengetahui banyak perkara? Apakah yang disembunyikan? Apakah beliau sudah diajar supaya berdiam diri apabila ditanya?
Justeru itu, ada sebab untuk rakyat mengesyaki sesuatu mengenai beliau. Dan oleh kerana jawapan-jawapan beliau kepada pihak Suruhanjaya Siasatan tidak konsisten, maka satu siasatan khusus terhadap beliau mesti dilakukan.

6 ulasan:
Saya setuju lelaki ini disiasat habis-habisan. dia didapati memuat-turun & menonton porno di pejabat.
Orang yang suka menonton porno ini biasanya telah diresapi dengan sifat-sifat setan dan iblis ke dalam dirinya dan mampu melakukan sesuatu yang di luar batas keagamaan dan akhlak.
biasanya org yg terlibat secara langsung dgn kes/skandal akan dipindahkan dari mana2 jabatan ke jabatan lain samada dalam atau luar negeri. mungkin dia ni yg tolong tolak tbh dari tingkap.
eh...saya pun suka tengok porno...tapi saya tak pernah menipu, mencuri, merasuah, dirasuah...
tengok porno saja nak menimba ilmu....ahakkk...
kesimpulan bahasanya....tengok atau muat turun porno tidak bermakna pelaku itu jahat seperti pekomeng di atas sebut tu....
anon 10:52 kata
eh...saya pun suka tengok porno...tapi saya tak pernah menipu, mencuri, merasuah, dirasuah...
1)mana ada org mengaku berak tengah jalan?
2) hukum melihat porno adalah haram - itu ijma' dan jumhur ulamak.
suka tengok porno bererti bersahabat dengan iblis dan syaitan.
Untuk anon10:52,dah lah haram dari segi Islam,tengok porno dalam pejabat waktu kerja & menggunakan kemudahan pejabat(computer & Internet)bukan ke itu satu penipuan/mencuri/pecah amanah mengikut undang2 dunia tamadun mana pun.
Anon 10.52
Kau bukan penipu tapi penipu besar.
Siapa bagi hak kat kamu untuk melihat "kemaluan" orang lain apatah lagi aksinya walaupun dalam video? Ini dah ada sifat "mencuri".
Kan Allah swt menyuruh kita jangan mendekati zina. Mendekati pun tak dibenarkan, ini pula melakukannya. Walaupun anon 10.52 tidak melakukan secara fizikal tapi mata, telinga, ... deria kamu telah berzina. You know what I mean. Rogol dan sumbang muhram pada hari ini adalah kesan daripada "aksi-aksi" dalam filem porno tambah-tambah lagi orang Melayu kita yang begitu minat dengan seks.
Catat Ulasan