17 Apr 2011

Kesan PRN Sarawak: Harga Minyak Bakal Naik, Anwar Dalam Video Seks

Kemenangan BN di dalam pilihanraya negeri Sarawak semalam akan membuka laluan yang luas untuk Najib dan kerajaan BN melakukan apa yang tertangguh.

Pertama, harga minyak RON95 akan dinaikkan. Sebelum pilihanraya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak dapat menjamin harga minyak RON95 kekal ketika diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter awal bulan ini.

Itu sebelum pilihanraya.

Kini pilihanraya sudah berakhir dan BN diberikan semula mandat untuk menerajui negeri Sarawak.

Riak untuk kenaikan harga minyak sudah jelas apabila menteri berkenaan menyatakan:

Pada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.


Kedua: Isu video seks. Nampaknya kini perancangan untuk mengenakan Anwar akan bertambah hebat.

Esok atau lusa, tidak mustahil akan diisytiharkan "lelaki bertetek labuh" itu Anwar.

Kemudian akan berlakulah lagi satu tangkapan. Untuk mendakwanya. Bukan untuk mendakwa Datuk T yang telah terang-terang melakukan kesalahan undang-undang, memiliki dan menyiarkan video seks kepada ornagramai.

Demikian keadilan ala Malaysia yang diamalkan oleh PDRM.

Pegawai Kastam, Ahmad Sarbini akan dikatakan terjun membunuh diri dari bangunan SPRM.

Lebih mengejutkan lagi nanti, kesan dari keputusan pilihanraya Sarawak semalam akan memberikan endorsement kepada kerajaan Najib untuk melakukan apa saja yang menekan rakyat.

Apa ada hairan untuk melakukan itu semua? Rakyat tetap sokong BN... katanya.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pengundi BN, biar harga minyak naik berterusan, siapa yang bodoh?

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA insyaallah boleh berlaku berdasarkan keputusan Serawak

Tanpa Nama berkata...

buatlah PRU cepat-cepat.....lepas menang penaik minyak lagi sampai minyak dah tak ada dalam bumi...masa tu nak penaik apa....turunlah jawabnya.

sb dehlawi berkata...

Puak2 yang mengundi BN kelmarin adalah golongan minda kelas bawah, tertutup, tak tahu langsung maklumat kezaliman & kejahatan dilakukan BN

Tanpa Nama berkata...

isu yg relevan skrg ialah kerajaan perlu menyediakan alternative kpd rkyt spy kurng brgntung pd petrol

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Kepada Semua Pengundi BN Sarawak... Ingat ye...
1) Jangan salahkan kerajaan apabila tanah kamu dirampas
2) rasuah terus berleluasa
3) Segala harga barang naik
4) Jangan salahkan kerajaan apabila suatu masa nanti caj hospital meningkat..
Semua KERANA UMNDI KAMU..
Bukan salah PAKATAN RAKYAT