20 Apr 2011

Email 1Malaysia Untuk Selamatkan Syarikat Bermasalah?

SSyarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.


Najib beri kontrak 50juta kepada syarikat bermasaalah kendali e-mail 1malaysia

Tricubes Berhad, syarikat yang meraih kontrak perkhidmatan emel 1 Malaysia bernilai RM50 juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia.

Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan firma berkenaan diberi kontrak lumayan untuk menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan kerajaan, lapor Malaysian Insider.

Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi.

Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.

Justeru mereka menolak projek e-mail 1Malaysia dan mempertikaikan kenapa ia diberi kepada sebuah syarikat yang dipantau oleh Bursa Kuala Lumpur.

Tricubes sebelum ini diberi amaran dan diletakkan di bawah status Nota Bimbingan Keselamatan 3 oleh Bursa Malaysia (GN3) tahun lalu.

Sebagai Syarikat GN3, Tricubes perlu memberikan laporan kewangan kepada Bursa setiap bulan serta melantik penaja sehingga ia bukan lagi berstatus GN3.

Menurut laporan itu jika syarikat (Tricubes) gagal berbuat demikian, mereka boleh digantung dan disingkirkan dari papan oleh Bursa Malaysia.

Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses meguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang memungkinkan status GN3 syarikat itu ditarik balik. -tvsnews


1 ulasan:

dayeuppy berkata...

PM kata tak guna duit rakyat pon, ini adalah projek voluntary Tricubes. saya rasa ada lojik juga penjelasan PM tu, kalau betul la. Tricubes boleh dapat keuntungan hasil daripada iklan dlm email, 10 juta pengguna adalah potensi pasaran yg besar juga, itupon termasuk orang yg duduk kat ulu. dr sudut perniagaan, bagi saya ini idea yang bagus dan fresh, sama macam Mudah.my..
saya sokong sekiranya:
1) rakyat tidak dipaksa menggunakan email ini untuk setiap aplikasi online kerajaan yg mereka gunakan. paling kurang pon diberi pilihan utk memforwardkan email dr 1Malaysia ke email pilihan mereka.
2) maklumat yang rakyat perlu masukkan dalam email ini hendaklah seminimum mungkin
3) kerajaan tidak dikenakan caj komisen oleh Tricube utk setiap email yg dihantar
4) untung rugi mestilah Tricubes tanggung sepenuhnya.

saya rasa RM1 juta pon cukup, so bila dia kata projek ni RM50 juta, saya still syak secara tidak langsung duit rakyat mungkin digunakan juga..