Salah terjemah: Najib mohon maaf pada PM China
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah meminta maaf kepada Perdana Menteri China Wen Jiabao berhubung satu kesilapan bahasa di latar pentas bagi satu majlis sambutan rakan sejawatannya itu.
Ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini, Najib berkata Wen telah menerima permohonan maafnya itu.
"Jadi kita anggap isu ini sudah selesai," katanya sambil menyatakan pihaknya masih menyiasat punca kesilapan itu.
"Kita masih siasat. Tujuan (tulisan di latar belakang pentas) itu adalah untuk menunjukkan keghairahan kita dalam kunjungan perdana menteri China.
"Tapi malangnya, keghairahan itu satu perkara, kecekapan untuk menterjemah itu satu perkara lain.
"Jadi, ianya bukanlah disengajakan... Tak perlulah diperbesar-besarkan," katanya lagi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara hari ini.
Semalam, kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dalam bahasa Cina yang serius dan memalukan dikesan pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi Wen di Putrajaya.
Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.
Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.
Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005. -mk
Ulasan GB
Sungguh memalukan negara.
Mudah bagi Najib katakan:
ianya bukanlah disengajakan... Tak perlulah diperbesar-besarkan
Tak mahu dihebohkan, tak mahu diperbesarkan kerana ia menunjukkan di dalam keghairahan Najib yang kononnya ingin pamerkan kejayaan pemerintahan regimnya melalui pelan transformasi, KPI, NKRA.... rupa-rupanya Allah dedahkan soal backdrop latar pentas untuk satu majlis besar yang beliau sendiri ada mengandungi kecacatan yang begitu mengaibkan.
KPI & NKRA backdrop pun kantoi inikan pula dalam bab-bab yang lebih utama dan penting dari itu.
Ia seumpama seorang jejaka tampan tegak berdiri dan kemudian ditunjukkan orang zip seluarnya tak dikenakan.
Maka terlihat besarnya kemaluan.

Kesilapan terjemahan cemari sambutan PM China
Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.
Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"
Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.
Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi”.
Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.
Ia juga memaparkan bendera China dan Malaysia dengan gambar Tembok Besar Cina dan Menara Berkembar Petronas berserta gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersalaman dengan Wen.
Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.
Pada sidang media bersama selepas itu, Najib berkata Malaysia dan China bersetuju bekerjasama lebih rapat khususnya dalam bidang pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.
Ia dicapai hasil rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan hari ini.
"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009," kata Najib.
Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.
Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005. -mk
Ulasan GB
Sungguh memalukan negara.
Mudah bagi Najib katakan:
ianya bukanlah disengajakan... Tak perlulah diperbesar-besarkan
Tak mahu dihebohkan, tak mahu diperbesarkan kerana ia menunjukkan di dalam keghairahan Najib yang kononnya ingin pamerkan kejayaan pemerintahan regimnya melalui pelan transformasi, KPI, NKRA.... rupa-rupanya Allah dedahkan soal backdrop latar pentas untuk satu majlis besar yang beliau sendiri ada mengandungi kecacatan yang begitu mengaibkan.
KPI & NKRA backdrop pun kantoi inikan pula dalam bab-bab yang lebih utama dan penting dari itu.
Ia seumpama seorang jejaka tampan tegak berdiri dan kemudian ditunjukkan orang zip seluarnya tak dikenakan.
Maka terlihat besarnya kemaluan.
8 ulasan:
Memang kemaluan besar bagi Najib. Sehingga Backdrop pun takder kaum Cina Malaysia yang nak buat. Takkan tak boleh nak impot backdrop dari China, anak buah Najib kan hebat bab-bab pelacur China.
kalau bahasa moggolia mungkin mudah alih bahasa?
tanda UMNO dah tak percaya MCA dan Gerakan?
Kita merancang dan Allah juga mrerancang..
Dia nak malukan DSAI..
Allah malukan DIA dengan kebodohan sendiri.. dengan sekelip mata sahaja dunia tahu bahawa Malaysia BODOH dan dipimpin oleh PM dan kabinet yg BODOH.
Kini makhluk dunia ini dan makluk dilangit sedang mentertawakan Malaysia Bodoh.
org yg menterjemah itu mesti dihukum mengikut undang-undang china iaitu hukum pancung sampai mati
ehhehe....x munkin tidak ada orang2 cina yamg lalu atau melihat backdrop tu,sebelum upacara berlangsung.habis la kontrektor tu.mungkin x dapat duit langsung.bahagian urusetia tu juga mkin x dapat duit saguhati gak....ehehhe.MUNKIN KENA TUBUH SATU BADAN UNTUK SIASAT KES INI DAN KEMENTERIAN PELAJARAN KENA MASUKKAN SUBJECT BARU,MARI BELAJAR BAHASA CINA......tinggi bajet nih......kurang2 mau RM70juta.....
memanng memalukan, kesilapan ini mungkin tidak disengajakan, tetapi tidak dimaafkan. Tiada orang kah yang buat pemeriksaan sebelum papan tanda ini dipasangkan?
Itulah Najib.. percaya sangat kepada orang2 sekeliling dia atau ada pegawai berbangsa China yang hendak memperbodohkan Najib dan Kerajaan Malaysia.Buat mudah sangat..amek kau Najib ...
Catat Ulasan