28 Mac 2011

Video Seks: Pemimpin PAS Pula Jadi Menjadi Mangsa Fitnah Blogger UMNO

Jika itu gambar saya, buka penutupnya - Wartawan Harakah

"Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks.

Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah blogger Umno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno.

Bukan itu sahaja, dua pemimpin PAS juga turut menjadi mangsa kononnya mereka telah menonton video lucah tetapi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenainya.

Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang telah menonton video seks di Carcosa Sri Negara Isnin lepas bersama dengan wartawan dari media lain.

Ekoran itu, mulai semalam, blog Umno menyiarkan laporan kononnya seorang wartawan Harakah telah mengaku bahawa lelaki dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu, lapor blog Umno itu dibuat dalam satu kedai makan di Jalan Yap Kwan Seng dalam pertemuan dengan mereka.

Bagi membuktikan pertemuan itu, blog itu turut menyiarkan sekeping gambar (gambar) dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video itu dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu.

"Kalau benar itu gambar saya, saya cabar mereka buang penutup muka itu," kata Wan Nordin kepada Harakahdaily yang sangat kesal dengan fitnah itu. Ini kerana, tanpa disebut nama, orang akan mengaitkan beliau dengan gambar itu kerana hanya dia yang menonton video itu.

Selain memfitnah wartawan Harakah, blog Umno turut memfitnah dua pemimpin PAS. Selain dalam blog, ia juga disebarkan dalam twitter.

"M** **** dan M******* *** dari PAS dah lihat Video Porno Anwar Ibrahim. Pasal apa depa diam? Patut depa cakap hal ni kepada juak Pas yg lain," tulis blogger Umno berkenaan dalam Twitternya.

Ketika dihubungi, kedua-dua pemimpin PAS berkenaan menafikannya.

"Depa bohong..ana blum tengok pun lagi..." kata salah seorang darinya.

Seorang lagi pemimpin PAS yang dihantar salinan Twitter berkenaan pula menjawab, "Belum tengok dan tak minat nak tengok. -HD


Fitnah sebagai senjata paling ampuh

Fitnah terhadap Anwar ini merupakan suatu konspirasi yang jahat yang bertujuan untuk menjatuh dan menghancurkan karier politik beliau.

KUALA LUMPUR: Fitnah menjadi senjata yang paling ampuh untuk menjatuhkan musuh politik yang digunakan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) dewasa ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar.

Merujuk kepada fitnah terbaru yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan pelacur dari China, beliau berkata,

“Fitnah itu lebih bahaya dari membunuh orang. Adalah menjadi tangggungjawab kita untuk bangkit dan menentang perkara ini. Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja.”

Naib Presiden PAS itu berkata, fitnah terhadap Anwar ini merupakan suatu konspirasi yang jahat yang bertujuan untuk menjatuh dan menghancurkan karier politik beliau.

“Fitnah ini terpaksa disebarkan kerana ia menyentuh soal survival politik dan masa depan Umno dan BN yang semakin terhakis pengaruhnya,” katanya dalam satu ceramah di surau Desa Bakti, Selayang dekat sini semalam.

Mahfuz menasihati umat Islam, khususnya orang Melayu, supaya kembali kepada kehidupan yang berasaskan hak dan kebenaran serta jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang disebarkan oleh orang-orang fasik dan munafik.

Lalu beliau memetik ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”

Beliau menyifatkan Datuk T (Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Emkay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim) yang membawa berita fitnah (terhadap Anwar) itu sebagai orang-orang yang fasik.

Misi politik kita (PAS) katanya, ialah untuk kembali kepada amalan politik yang jujur, telus dan tulus (daripada hati yang ikhlas) serta berasaskan hak dan kebenaran.

“Jangan sampai kita tidak berani untuk menyatakan hak dan kebenaran dalam kehidupan kita dan harapan saya semoga kita kembali kepada landasan kehidupan yang betul dan benar,” ujar Dato’ Mahfuz.


Ulasan GB

Marilah kita sama berdoa agar Allah menurunkan siksa yang sehebat-hebatnya kepada pemfitnah yang tidak takut dengan dosa memfitnah ini.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baca yg ni...
http://www.thejakartapost.com/news/2011/03/28/a-new-low-malaysian-politics.html