28 Mac 2011

Mengapa SPRM Yang Mahu Soal Balas Peter Vanezis, Bukan Suruhanjaya Siasatan?

Shafee akan soal balas Peter Vanezis

Peguam Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock Hock, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan menyoal balas ahli pathologi ternama, Prof Dr Peter Vanezis (gambar) minggu depan berhubung kemungkinan punca kematian Teoh.

Vanezis adalah pengarah kepada Cameron Center, William Harvey Research bagi sains perubatan forensik dan perunding kanan dalam sains perubatan forensik angkatan tentera British.

Beliau susah melakukan lebih 2,000 bedah siasat membabitkan kematian yang meragukan, di mana kira-kira 1,500 daripadanya berkaitan kes pembunuhan.

Merujuk kepada prosiding minggu lalu, Shafee berkata, Teoh, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, adalah saksi utama dalam siasatan SPRM untuk memberi penjelasan kepada beberapa dokumen.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, manakala anggota panel lain terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T S Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Teoh, 30, ditemui mati 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. - Bernama

Ulasan GB

Kita tertanya-tanya mengapa sekarang baru peguam SPRM yang bernama Muhammad Shafee Abdullah mahu menyoal balas ahli pathologi, Prof Dr Peter Vanezis minggu depan berhubung kemungkinan punca kematian Teoh?

Mengapa ia tidak dilakukan semasa inkues tempohari sebaliknya telah membenarkan Peter Vanezis pulang dengan alasan kononnya beliau menerima ugutan bunuh melalui email?

Sepatutnya Suruhanjaya Siasatan yang melakukannya dan SPRM sudah tidak perlu campurtangan lagi demi integriti dan kredibiliti hasil siasatan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa tak nya.. Hari tu kat berita TV3 1/4 Datuk Seri Safie keluar statement hasil siasatan SPRM terhadap Beng Hock, mereka percaya itu bukan sekadar kes penyelewengan 'ribu-ribu' aje, tapi mungkin 'juta-juta'. Rasanya dia orang nak create hujah PR yang hantar orang bunuh Beng Hock kot.. kononnya nak tutup kes, sebab Beng Hock saksi utama.. Maklumlah, pilihanraya Sarawak tak lama lagi..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin untuk menyelamat seseorang daripada didakwa, maka Beng Hock perlu dihapuskan kerana Beng Hock merupakan saksi utama pendakwa/SPRM jika dibawa kemahkamah.