28 Mac 2011

NTBL Untuk Nalla

Pemimpin PAS enggan layan hasrat Nalla

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pimpinan tertinggi PAS mengambil pendirian tidak mahu “melayan” hasrat Datuk S. Nallakaruppan yang mahu bertemu pemimpin parti Islam itu bagi mendedahkan sendiri siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, pemimpin PAS enggan memberikan sebarang komen berhubung cadangan Nallakaruppan itu,

“Beliau (Nallakaruppan) tak perlu nak dedah... kita pun tahu siapa Nallakaruppan.

“Jadi tak perlu nak susah-susah nak dedahkan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tidak mahu melayan “permintaan” Nallakaruppan itu.

“Kita tak mahu layan Nallakaruppan,” jawabnya ringkas.

Nallakaruppan dipetik Utusan Malaysia hari ini berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS.

Menurutnya, banyak perihal Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga mengambil pendirian tidak mahu melayan Nallakaruppan.

Malah Mustafa juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Tiada komen,” jawabnya. -TMI

Nalla pula mahu dedahkan pemimpin PAS siapa Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” minggu lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan pula mahu bertemu pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS.

“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

“Penyokong PAS harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.

Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China. -TMI


Ulasan GB

Nalla, sorry, NTBL - No time bo layan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JIKA TERSEREMPAK NALA & ULAR...KETUK NALA DULU....PASS KETUK NALA...SURUH ULAR TU PATUK NALA PLAK.....

AMENO Cha Cha Marba berkata...

NALLA adalah seorang yang tak boleh dipercayai....Habis kenpa si-Ezam boleh percaya pada khabar berita orang yang FASIK dan KAFIR??
sampai terkeluar dari PKR??

Ada-kah EZAM telah tergelincir Iman nya atau dia sudah di SOGOK dengan WANG dan janji jadi SENATOR?