22 Mac 2011

Video Seks - Kenyataan Datuk T Yang Kantoi

Video seks: Datuk T mahu media, NGO bentuk suruhanjaya tentukan ketulenan

Seorang lelaki yang mempertontonkan video seks kepada media semalam, mendakwa ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, hari ini meminta organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar membentuk sebuah suruhanjaya bagi menentukan ketulenan rakaman tersebut.

Dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini, lelaki itu yang masih mengenai dirinya “Datuk T” berkata, oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak berminat untuk menerima salinan rakaman video, maka pihaknya mahu media dan NGO menyiasat ketulenannya.

“Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media pada hari Isnin (semalam), saya menganggap bahawa beliau dan isterinya tidak berminat untuk menerima satu salinan daripada saya Isnin ini (28 Mac),” kata Datuk T dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.

“Oleh itu, saya minta pihak media dan NGO dengan segera membentuk sebuah suruhanjaya awam untuk menyiasat ketulenan pita tersebut,” katanya lagi.

Jutseru kata Datuk T, suruhanjaya itu boleh mendapatkan khidmat pakar forensik dari mana-mana negara untuk menentukan kesahihan rakaman video seks berkenaan, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.

“Saya akan menyerahkan rakaman asal kepada suruhanjaya itu,” katanya lagi.

Katanya, jam tangan jenama Omega yang ditemui di bilik di mana ahli politik tersebut mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing juga akan diserahkan kepada suruhanjaya berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

“Biar publik dan dunia menjadi hakim,” katanya lagi.

Malah kata Datuk T, dia tidak akan menyerahkan rakaman kepada polis atas alasan Anwar akan mengalih tumpuan sambil mendakwa pihak berkuasa itu bersongkol dengan kerajaan jika hasil siasatan tidak memihak kepadanya.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.

Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar serta reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polis itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks lewat bulan lalu.

Petang semalam, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks itu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.-TMI

Ulasan GB

Pertama, bagaimana batang tubuh yang memegang video lucah itu mengetahui bahawa ia adalah rakaman asal video berkenaan jika bukan beliau sendiri yang terlibat di dalam menghasilkannya?

Kerana sebelum ini dilaporkan bahawa:

Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.

Yang ditemui itu mungkin salinan, mungkin yang telah diubahsuai, mungkin telah mengalami sentuhan perisian komputer, BUKAN RAKAMAN ASAL.

Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu konspirasi yang kantoi.

Kedua, ketulenan pita itu memang diragui kerana dewasa ini CCTV yang murah pun adalah jenis berwarna. Tetapi video lucah yang dipertontonkan itu adalah hitam-putih. Tidak sukar untuk memberi jawapan mengapa rakaman itu sengaja dihitam putihkan oleh para konspirator - iaitu untuk melindung dan memadamkan kesan "superimposed" yang jelas tampak jika ia di dalam keadaan berwarna sekalipun di tahap 8 bits/channel. Malah tahap warna hitam di skala grey scale itupun dipertingkatkan untuk tidak menampakkan sebarang kesan ton warna.

Ketiga: Datuk T berkata:

“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.

Besar sangat pangkat DATUK kamu sehingga boleh mengatasi undang-undang dan tidak mahu menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa?

Ini menunjukkan kamu adalah sebahagian dari kumpulan yang melakukan konsprasi itu.

Keempat: Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

Sekali lagi persoalan DNA ditimbulkan. Saya katakan bahawa jam itu mungkin jam Anwar dan DNA mungkin sepadan tetapi ia tidak menjelaskan apa-apa hubungkait mengenai video seks berkenaan. Kerana anda mungkin sebagai anggota polis SUDAH mempunyai simpanan DNA Anwar yang boleh dicalitkan di mana-mana sepertimana dicalitkan didubur Saiful!

Kelima, kalau kamu anak jantan, kita cabar Datuk T itu usah berselindung. Dedahkan diri kamu siapa jika benar kamu seorang yang disuruh oleh Anwar mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel tersebut?

Setakat artikel ini ditulis, Datuk T belum ditahan sedangkan Anwar sudah membuat laporan polis. Semakin jelas kini siapa beliau sebenarnya.

Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini.

22 ulasan:

Yong berkata...

T = Tahir
T = Tajuddin
T = Tajul
T = Tahrim
T = Talha
T = TIKUS!!!
Hmmm...Nama Melayu yang mula dengan T memang tak banyak. Napa tak guna Datuk X? Lagi takde orang yang mula nama dengan X

Puyot berkata...

Bro greenBoc,

Punya la depa nak muhong sampai skrip hampeh camni pun depa bleh pentaskan. Muahahahaha.. Tipu sampai orang takleh nak percaya.

Cayalah UMNO! Buat la lagi.. moga2 kebencian rakyat bertambah-tambah.. Maka degan itu juga, terpelantingla UMNO dengan cepatnya (amin ya Robb!) ke laut.

Tanpa Nama berkata...

Bahalol punya UMNO....kalau ahli UMNO bawahan yg sedia ada bodoh bolehlah pemimpin UMNO perbodohkan. Elok2 70% org melayu konfius dgn kes liwat Anwar...bila tiba kes nie...langsung dah tak boleh masuk akal.

Mcmana pun bagi Anwar....untuk menyakinkan org melayu yg kononnya islam....Anwar buatlah bersumpah dgn al quran walaupun cara tersebut tidak digalakkan dlm Islam...mcmana pun tak berdosa. nak buat mcmana...zaman skrg melayu islam kononnya akan lebih yakin jika Anwar bersumpah. Saya yg tak berparti bila bercampur dgn org UMNO yg tolol dan org Pakatan rakyat....majoriti mahukan Anwar bersumpah sebagai meredakan keadaan hati org melayu yg dah terlalu beradat???

Tanpa Nama berkata...

datuk tungkik namanya....

pengecut bacul!!!!!!

tak yah hak hide hide...nak main nyorok nyorok.......podah ptuiiii...

macam sial...

Tanpa Nama berkata...

DATUK (betul ke Datuk), lepas ni buat video 1 lawan 4 pula.

Tanpa Nama berkata...

kalau betul siarkan saja, jangan jadi UMNO baling batu tuduh orang lain....

Tanpa Nama berkata...

tuan penasihat.... rancangan kita gagal lagi......
celaka punya abdul wahub

Tanpa Nama berkata...

apa pula video dalam hitam putih. sekarang dah warna warni. tak masuk akal.

apa pula kena mengena video dengan mendesak dsai & isteri letak jawatan dalam parti.

Shah berkata...

Datuk T = Datuk Tadak Teloq

Akhir Zaman dah sekarang nii, fitnah dan dusta senang shaja dibuat.

Tanpa Nama berkata...

Biar aku komen sikit.....
Aku adalah bekas Pegawai Penyiasat Jenayah PDRM.....
Aku nak habak sikit kat kot kot Datok T.....
Kamu siapa nak arahkan tubuhkan SuruhanJaya Awam..... Di bawah Peraturan mana dan kuasa apa yang hang ada....
Hang tau tak.... Sesiapa yang memiliki dan mengedar Vidio atau VCD &DVD Lucah boleh dituduh bawah Seksyen 292 Kanun Kesiksaan......
Kalau berani dan anak jantan serah Vidio ini kat Pegawai Polis yang menyiasat kes ini.....

Unknown berkata...

baru dia tau ..polis dah bersuara .. memandai je mintak itu ini ..eh tah pe2 .. tang ne yang skrip lari neh, blom pro lagi nak menipu pun .. piiiraaahh

1 Malaysia berkata...

Tak usah dok layan mangkuk ayun. Dah la bahlul, bodoh, bangang, ... Dia dok ingat orang Malaysia semua bodoh macam dia juga. Ooooooo mungkin juga kebanyakan / kesikitan orang Malaysia yang bodoh sebab otak depa ada kat lutut.
Malaysia kini dah tak berdaulat. Senang-senang saja seorang Datuk T boleh meminta seorang pemimpin letak jawatan dengan sewenang-wenangnya.
Polis Di Raja Malaysia ada kat mana? Awat sampai la ni masih tak tertangkapnya Datuk T ni? Memang betul kata Tok Jib dan Tok Sham, polis tak terlibat! POLIS TAK TERLIBAT DALAM PENANGKAPAN / PENAHAN DATUK T. Mungkin Datuk T tu pun polis juga, Kan SB banyak. Ada yang jadi drebar teksi pun ada.
Entahlah. 1 Malaysia Boleh.

Tanpa Nama berkata...

wahai datuk T, awak adalah dikalangan hamba Allah yang sememangnyer tak pernah belajar hukum yang ditetapkan oleh Allah... kalau hang tau hukum.. tentu hang tak berani nak buat fitnah, sbb nyer kau tunggulah disaat hang akan dicelupkan oleh Allah kedalam kepanasan api neraka... masatu dah terlambat ... tak ada siapa yang akan tolong hang... sbb pok jib pun akan sama2 ngan hang dalam bakaran api tu kelak.... HANG TUNGGULAH...

Tanpa Nama berkata...

'Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.'

Kalau benar, kenapa perlu Datuk T menunggu tempoh sebulan untuk dedahkan kepada wartawan? Kenapa tak dicepatkan saja? Adakah dalam tempoh sebulan itu Datuk T telah melakukan SUPERIMPOSED VIDEO? Kenapa DSAI perlu merakam aksinya sendiri? Adakah DSAI memasang sendiri CCTV di merata sudut dan memuat-turun aksinya sendiri ke pita rakaman?

BANYAK SOALAN YANG SANGAT MERAGUKAN MENGENAI KESAHIHAN PITA RAKAMAN TERSEBUT!!

Tanpa Nama berkata...

NAMA DATUK "T" ialah Datuk Tongong Bin Bahlul

Selumbar berkata...

Kita jangan leka, tujuan video lucah itu dikeluarkan tidak lain adalah untuk memesongkan pandangan rakyat dari memfokas kepada pilihanraya DUN Sarawak.

Bila datuk T dan video lucah itu selalu kita bincangkan akan hilang mode untuk kita berkempen bagi mengalahkan Barisan Nasional diSarawak.

Ini adalah strategi perang politik kerana kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib amat lemah begitu juga dengan Pehin Sri Haji Abdul Taib tidak mampu berselindung lagi tentang cerita kekayaan yang dimilikinya.

Tujuan utama kes liwat II dan juga video lucah yang dikenakan kepada Datuk Seri Anuar adalah untuk menimbulkan pertelingkahan pendapat antara dua puak iaitu kumpulan penyokong dan penentang Datuk Seri Anuar.

Sekarang kita lihat ramai pelayar blog melepaskan komen masing-masing bertelagah sesama sendiri. Suasana seperti ini yang pihak kerajaan mahukan.

Selalunya apabila seseorang itu berada dalam keadaan marah, mereka tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan betul. Malahan kemarahan itu akan mengundang perbuatan jenayah. Orang yang marah akan mudah ditumpaskan oleh pihak polis yang berselindung disebalik undang-undang. Waspada !

Kita jangan terpedaya dengan permainan politik kerajaan. Mereka sedang menggunakan segala jentera yang mereka miliki untuk memecah belahkan perpaduan politik pembangkang yang sedang bangkit melawan.

Dalam mahkamah pula kita melihat sekejap ok sekejap kata tak ok dan kita lihat adakalanya Datuk Seri Anuar seolah-olah sudab berada dipintu penjara. Ini juga adalah permaianan emosi yang dimainkan oleh pihak kerajaan. Waspada.

Pilihanraya ke13 hampir tiba, gunakan sebaik mungkin hak mengundi demi membina sebuah kerajaan baru menggantikan kerajaan BN yang telah tua dan tidak mampu memberi keselesaan hidup pada rakyat.

Kalau kita bagi lagi kuasa memerintah pada BN maka kita akan menanggong azab dan siksa untuk lima tahun lagi.

Sanggupkah anda terys menanggong beban hutang kehidupan bersama kerajaan BN hari ini ?

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Jelaslah memang ada agenda terancang di sebalik tayangan video ini. Dato' T sudah ada plan 'A', plan 'B' dan seterusnya. Penjelasan Dato' T tak masuk akal.

Sidratul Muntaha berkata...

datuk t ni kan yg tumbuk anwar smpai patah tulang kat jel dulu..
pastu plak,kan dia ade kes rogol budak bawah umur.
korang dah lupa ker?!
aku ingat jer...
ape nka kesahlah,anwar takde hal.dia dah nak mati.dia redha jer.
najib?!
entahlah..
selagi dia boleh keruk duit rakyat..
dia mesti keruk abis - abisan.

bunbinban berkata...

korang ni agak2lah nak tuduh Datuk T tu. Dia cuma menjalankan tugas yg di amanahkan. ha ha ha. Di awal pendedahan video ini, Datuk T kata di terjumpa rakaman ni dlm bilik di mana dikatakan Anwar wat projek ketika Anwar suh dia pegi amik jam tangan cap omega yg tertinggal. Dan dia juga kata, dia berada di bilik sebelah bilik Anwar. Tapi hari ni dia ngaku bahawa dia dlm video tu tengah adjust kamera. hahaha. kan dah kantoi. Ummi pun dah bagitau kat press, dia dah tau lama dulu dah, 13 tahun yg lampau dan juga dia tahu siapa dalangnya. Tapi yg aku muskilnya, video ni di katakan berlaku dlm bulan FEB 2011...errrr mcmana Ummi ni tau awal sgt?. ke skrip mmg dah awal tulis tapi lambat publish sbb xde sponsor? atau Ummi ada Qasaf? hahaha..donia donia...

Tanpa Nama berkata...

"kita" nak buat bagi "dia" marah..asyik2 "kita" juga yg jadi marah...gggrrrrrrrrrrrrrr...mr.penasihat..tolonggg

Cikgu Asiah berkata...

aku nak bagi tau sapa yang suruh anuar sumpah tu.hang tau tak anuar tak perlu sumpah ,yang perlu sumpah ialah yang menuduh.dia kena tunjukkan kebenaran atas sumpah dia.kalau sumpah dia tak betul baru sumpah makan tuan,hang tara baca ka

Tanpa Nama berkata...

Aku tak pro umno, aku tak pro pkr, dan aku tak pro mana2 parti sebab aku dah 36 tahun dan tak pernah mengundi.wahahaha.......tapi bab anwar meliwat tu, aku tak percaya sama sekali, dia tu jutawan...kalo dia gila sngat nk meliwat punyalah banyak gay dan pondan yang nk menyerah. Dia boleh bayar beratus ribu untuk melindungi dirinya sebagai peliwat ...hahahaha.......fitnah dunia ja ni, kalau anwar liwat isterinya aku percaya la sebab istri dia walaupun salah, ni jantan yang gagah diliwat, bodoh jugak apasal tak lawan.