22 Mac 2011

Anwar Buat Laporan Polis, Sahut Cabaran Hishamuddin

Pita seks: Anwar buat lapopran polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Beliau diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin. -mk


Video seks: Buat laporan polis jika teraniaya, kata Hishammuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu yang rasa dirinya “teraniaya” ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.
Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

“Kita tak boleh nak ambil tindakan selagi tiada laporan polis dibuat.

“Tapi siapa yang terlibat kena berani dan jawab, sesiapa yang rasa dianiaya buatlah laporan polis,” katanya pada sidang media.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

“Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara ini (video seks) pagi tadi, saya tak tahu siapa dan apa butirannya.

“Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.

“Apa yang boleh saya tegaskan bahawa polis tidak terlibat dalam apa jua kegiatan untuk merekod video itu.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya benar individu tersebut adalah pemimpin Pakatan Rakyat, maka rakyat akan menilai dan menghukum tindakan individu tersebut.

Semalam satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Datuk T”.

Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.

Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi. -TMI


Ulasan GB

Apakah Datuk T itu akan ditahan oleh pihak polis "untuk membantu siasatan"?

Itu yang dinantikan oleh rakyat sekarang ini.

Atau apakah Anwar memasuki perangkap Hishamuddin yang memang sudah menjangkakan Anwar akan membuat laporan polis mengenai video berkenaan dan mereka sudah menyiapkan skrip selanjutnya?

Sama-sama kita nantikan.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seperti biasa, langkah seterusnya ialah Anwar akan dipanggil memberikan kenyataan berkenaan perkataan ini.

Dan...seterusnya boleh rujuk kpd kes tuduhan liwat 2, liwat 1 dll kes yang berkaitan.

Tanpa Nama berkata...

terjawab sudah kenapa umno nak sangat DNA DSAI.. nak calit kat cadar untuk fitnah 3.

MIBU BULAN. berkata...

Pehak Polis wajib menyiasat Kes ini di bawah Seksyen 292 & 292 A kanun Kesiksaan kerana memiliki dan mengedar Vidio Lucah ini.....
Kepada yang membuat Vidio fitnah ini.....
Berapa lama anda akan hidup didunia ini..... Ingatlah bila ajal anda sampai.... andainya anda tidak dimaafkan.....Neraka jahanamlah tempat anda.... Janji ALLAH maha benar.....

GEGAR berkata...

Yang aku tengok dari cerita2 lama DSAI la...lapur kat polis ni macam lapur kat PENYAMUM ja.

Dulu bila DSAI lapur kat polis dan suruh polis siasat...kau orang tau apa yang [ENUA,UN2 ni buat? Di charge nya pulak DSAI sebagai PERASUAH kerana menggunakkan kedudukannya sebagai TPM (kunun) kerana mengarahkan polis siasat kes FITNAH 1. Dek kerana itu DSAI telah di tahan selama 6 tahun kerana MERASUAH polis untuk menjalankan siasatan.

BUKALAH CERITA LAMA DALAM KES LIWAT 1 wahai kawan2.

zairil berkata...

Sex scandal again? How much more pathetic can Malaysia politic be.

Sepatutnya polis dah ambik tindakan pada penganjur kerana menayangkan video lucah kepada umum. Di carcosa pulak tu......

Kenapa polis masih tak ambik tindakan? Ambiklah tindakan termasuk:

1. Penganjur
2. Pengurusan Carcosa kerana membenarkan tayangan terseut
3. Penonton-penonton yang menonton video lucah tersebut

Tanpa Nama berkata...

mereka(umno) ujudkan kes baru sebagai perangkap untuk menjerat DSAI.DSAI wajib berhati2 dengan sendiwara 3 ini jangan sampai masuk perangkap umnoapco dan besar kemunkinan mereka menggunakan pehak polis sebagai senjata tak buleh dinafikan.

Tanpa Nama berkata...

malu saya apabila anak2 kecil bertanya apakah orang yang membuat fitnah itu tak takut akan pembalasan dari allah swt?

Tanpa Nama berkata...

Nak suruh kita pertahan Prinsip Rukun Negara! adakah yang disaji dan dihidangkan kepada kita selama suatu nilai dan teladan sesuai dengan ikrar yang dilafazkan.Apakah makna kedaulatan undang-undang,kesopanan dan kesusilaan.Cuba terangkan kepada cucu-cucu atok.Bukan kepada cucu Datuk T.Kepada PDRM,SPRM,SPR badan Kehakiman jadilah pelindung Prinsip Rukun Negara dimana keadilan dan kemakmuran dikongsi bersama bukan dilihat berat, senget atau condong kepada sebelah pihak saja.