27 Mac 2011

Sokong Saranan Dr.Asri Adakan Perhimpunan Menentang Politik Lucah

Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi. -mk

Ulasan GB

Satu pendirian tegas dan berani dari Dr Mohd Asri terhadap apa yang berlaku sekarang ini.

Bukan saja isu video seks, tetapi juga perbicaraan di mahkamah kini telah dipenuh-saratkan dengan hal-hal lucah melampau yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Aksi-aksi jijik dan lucah melampau sengaja dihebohkan di dalam mahkamah yang kemudiannya disiarkan oleh para media semata-mata untuk mengaibkan figur yang dijadikan sasaran untuk dipenjarakan.

Ianya berlaku lagi kali ini dengan lebih dasyat, sebuah video yang dicipta khusus dan pemilik serta penyiarnya lansung tidak ditangkap dan dikenakan tindakan sekalipun amat terang dan nyata ia menyalahi undang-undang.


13 ulasan:

1 Malaysia berkata...

110% setuju dengan saranan tu.
Salam 1 Malaysia.

a.samad jaafar berkata...

Cukup lantang-berani-berwibawa ! Syabas ustaz...

Tanpa Nama berkata...

Sokong. Kita kena berani sekarang. Jangan terus diperbodohkan oleh mana-mana pihak sekalipun orang ternama. Berani kerana benar. Allah akan membantu, insya Allah.

goldfinger berkata...

boleh tahan juga tinggi songkok maza ni..apa2 pun ambo sokong 110%!!

Malaysia berkata...

100% sokong saranan itu.
Salam rakyat Malaysia

Tanpa Nama berkata...

tak payah buat perhimpunan,mai kita pakat2 balik kepada islam maka selesai masaalah yang jahee tukey tu pi cari tok guru belajar agama yang hak gheti sikit2 tu tulong ajar kawan hak jahe tu, hak jahe pula jangan dok ego sangat mai kita buang sifat2 keji hak dok ada dalam hati kita masokan sifat terpuji INSYAALLAH kelia.

Tanpa Nama berkata...

kami sokong 110% dimana saja perhimpunan dibuat kami akan datang dan sokong ramai=ramai. Takbir...

goldfinger berkata...

Ayuh ke Dataran Tahrir kita..
Mereka sedang menghina seluruh rakyat Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

sangat2 setuju......banyak lagi perkara yg perlu mereka pikirkan..mcmana nak membantu rakyat...bukannya sibuk ngan video lucah tu......itu la kalau dah jenis tu mmg la mcmtu.....otak aje ada tapi takleh pikir...

Tanpa Nama berkata...

Apa yg ustaz asri sampaikan adalah peringatan pada seluruh umat islam terutama di malaysia.

Syabas ustaz kerana berani menyuarakan pendapat demi agama ,bangsa dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Kita buat perhimpunan di rumah ketua polis negara kerana sehingga kini si penayang video lucah masih bebas dan tidak ditangkap??? jika kena org PR...tak payah susuh..dah pergi tangkap tak kira dimana mcm kes Abg Mat. Inilah dia anjing malaysia yg mengikut arahan Tuannya???

akuLerNie berkata...

harap-harap ianya menjadi..bangkitlah rakyat malaysia semua...kesianlaa anak-anak dan cucu-cucu kita yang disogok dengan berita2 yang tak bermoral, ayat-ayat yang lucah dan segalanya...baliklah kepada Islam..tolaklaa parti yang tidak mahu mendekati Islam..

W.I.S.E Central berkata...

Ide untuk diadakan perhimpunan besar golongan pemuda ini adalah suatu kemestian. Kita punya hak untuk menyatakan kerisauan dan kebimbangan kita akan kerosakan yang dibawa oleh BN UMNGOK kedlm masyarakat dan negara. Kita harus menuntut:
1. Perletakan jawatan PM dari kerajaan.
2. KPN mesti letak jawatan
3. Pengerusi SPRM mesti letak jawatan
4. Semua media yang menyokong BN UmNGOK mesti di halau keluar dari rumah2 kita dan ini termasuk TV3, Kosmo, Berita Harian.
5. Kes-kes yang Najib dan konco2nya terlibat mesti dibuka semula dan disiasat habis2an.