Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikatakan membuat perancangan mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha membalas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa bekas pegawal peribadi allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini.
Mohamad Mahti Abdul Rahim, 63, berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek 'jambatan bengkok'.
“Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan Eskay.
Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.
Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwa seorang ahli politik kanan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur.
Panggilan telefon
Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim juga mengaku bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu.
Mahti berkata selepas mendedahkan pada sidang akhbarnya semalam bahawa Eskay sakit hati dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan enggan membalas 'jasanya', beliau dihubungi Shuib.
Katanya, panggilan telefon diterima petang semalam dan Shuib menwarkan untuk berjumpa dengannya bagi menerangkan apa yang berlaku.
Namun, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan.
"Saya percaya Shuib (anggota ketiga kumpulan Datuk T) dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik tidak terlibat dan mungkin dipengaruhi dia (Eskay).
“Ni semua jadi mangsa, Datuk Shuib dan Tan Sri Rahim Thamby Chik,” katanya pada sidang media kedua di ladang ternakan kambingnya di Kundang, Selangor, hari ini.
“Saya percaya Najib tak tahu menahu pasal benda ni. Tak ada konspirasi kerja dia seorang. Dia mungkin mempengaruh orang. Dia ada kepentingan. Dulu dia boleh masuk dengan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), sekarang mungkin nak tackle (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak).
Pada sidang media semalam, Mahti seorang anggota polis yang kemudian menjadi pengawal peribadi kepada Megat Junid berkata Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.
Tambahnya hari ini, pertemuannya dengan Eskay dengan tiga rakan yang lain berlangsung di Starbucks, Midvalley Mall, Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu di mana dia terdengar Eskay membuat ugutan.
"Saya tanya bicara nanti siapa jadi saksi? (kes saman ke atas Merong Mahawangsa dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil berhubung kontrak 'jambatan bengkok') Si Kitol (Mahti melabel Eskay, sebagai SK yang ditakrifnya Si Kitol) kata Anwar.
“Saya tanya betul ke Anwar nak mai (mari), dia kata dia mesti mai kalau tak saya akan buat sampai dia jatuh. Lapan telinga dengar,” katanya. -mk

4 ulasan:
Eskay bekas Konsul Thailand di Malaysia? Eskay ni rakyat Negara mana nu? Thailand ka Malaysia? Kalau Thailand pasai apa dia senang2 dapat projek bekalkan baja kat RISDA? Kalau warganegara Malaysia pasai apa dia jadi konsul Thailand? Jangan nak ngaku pulak kunun dia pejuang kebebasan Selatan Thai. Pejuang tembolok sendiri logic. Minta tolong jelaskan.
Si Kitol? Ohh... barulah tau makna 'Eskay' tu. Ehh.... dia ni masuk Islamkah masuk Melayu yang akan terima dividen saham firma Fitanah Video di Padang Mahsyar nanti. Sekarang ni tentu dia tengah sibuk menynaraikan nama-nama bakal penerima diveden termasuk Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim, Datto' Zulkifli Noordin, Ibrahim Ali, Mat Azam, Najib, Rosmah, Jamil Khir, Umi Hafilda dan ramai lagi pemegang saham tu.
Yang suka mendedahkan keaiban orang lain adalah merupakan orang yang buruk otak.
Datuk Shazryl Eskay Abdullah buat kerja terkutut ini adalah untuk menang kes dalam mahkamah dimana dia menyaman Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya Datuk Yahya A Jalil berkaitan projek 'jambatan bengkok'
Datuk Shazryl Eskay Abdullah ini sebenarnya orang yang kaya yang hampir muflis. Sekiranya dia tidak melacurkan dirinya dalam video lucah itu pasti segala asetnya akan dileleong.
Kita semua tahu bahawa peguam negara dan para hakim dibawab telunjuk pemimpin UMNO Baru.
Tidak timbul soal usaha membalas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dia diberi pilihan cuma satu saja nak menang kes tuntut komisyen mesti jahanamkan Anuar.Itu saja.
Kita sama-sama tunggu dan lihat kesudahan perbicaraan antara syarikat Aman Agropreneurs Sdn Bhd lawan syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd.
Catat Ulasan