Kuala Lumpur: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.
Gambar: BAPA mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adenovirus, Ishak Daharin (tengah) kelihatan sedih ketika melawat jenazah anaknya, Mohd Redzuan Ishak (gambar kecil) pelatih inspektor dari PULAPOL di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.
Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.
Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh. -BERNAMA

2 ulasan:
al fatiha kepada kedua-dua mangsa. diharap pihak pengurusan PDRM dan Pulapol serta kementerian kesihatan dapat menangani wabak tersebut dengan segera, agar tidak menjadi kebimbangan masyarakat setempat
beliau adelah sepupu saya,.=( al fatehah untuk beliau.
Catat Ulasan