Buat baik dapat sakit
SAKIT...Muhammad Shahfaly yang terkehel tulang bahu dan patah lengan kiri selepas dibelasah sekumpulan pelajar.
KANGAR: Sekumpulan 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi di sini, dikatakan bertindak ala gengster apabila dengan selamba menarik keluar seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sekolah berkenaan dari kelas sebelum membelasahnya walaupun ketika itu guru sedang mengajar.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, mendakwa terkehel bahu kiri dan patah lengan kiri serta cedera di kening kiri akibat dibelasah teruk tiga daripada 10 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima itu.
Difahamkan, sebaik menarik keluar Muhamad Shahfaly dari kelasnya di tingkat satu, dia dibawa ke tingkat bawah bangunan sekolah sebelum dibelasah.
Muhamad Shahfaly berkata, seorang daripada pelajar terbabit memasuki kelasnya di tingkat satu ketika guru sedang mengajar lalu mengheretnya keluar dengan memegang tengkuk dan dibawa turun ke tingkat bawah.
“Di sana, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas, memukul hingga pitam.
Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar jeritan seorang guru yang kebetulan melalui kawasan itu.
“Beberapa pelajar lain kemudian memapah saya masuk ke kelas dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Bagaimanapun, guru lelaki yang sedang mengajar subjek Kemahiran Hidup ketika itu tidak menanyakan keadaan saya.
“Guru yang menyuraikan kejadian itu juga langsung tidak menjenguk saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat di sini, semalam.
Muhamad Shahfaly yang juga ketua kelas tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotif dendam kerana dia pernah mencatatkan kesalahan dilakukan pelajar terbabit yang sering tidak memasuki kelas ketika sesi pembelajaran.
Bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, berkata, dia terkejut apabila melihat Muhamad Shahfaly dipapah beberapa rakannya keluar dari perkarangan sekolah ketika datang menjemputnya kira-kira jam 12.15 tengah hari, Jumaat lalu.
“Saya geram apabila melihat kesan tapak kasut di belakang baju anak sulung saya itu dipercayai akibat ditendang pelajar yang membelasahnya.
“Lebih memilukan, semua guru seperti tidak peduli kejadian anak saya dibelasah dan seolah-olah terkejut apabila dimaklumkan perkara itu,” katanya.
Anoar mendakwa guru sekolah berkenaan gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya walaupun dia dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar.
“Saya membawa Muhamad Shahfaly ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) di sini, untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang bahunya terkehel, lengan kiri patah serta terpaksa menerima jahitan di kening kiri,” katanya.
Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat di sini, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu.
Menurutnya, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF petang kelmarin, dan kemungkinan besar akan dipindahkan ke sekolah lain demi keselamatan serta mengelak terus dipukul.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan di rumah masing-masing, malam kelmarin.
“Keempat-empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan parah terhadap mangsa,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan empat pelajar ditahan di Balai Polis Kangar untuk menunggu perintah reman.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis (JPP) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu selain menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan, dua pegawai JPP sudah melawat Muhamad Shahfaly di HTF dan akan berjumpa dengan pemangku pengetua SMK Syed Safi hari ini berhubung kejadian itu.
Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat tidak dapat dihubungi kerana menghadiri mesyuarat di luar negeri ini. -hm

8 ulasan:
Kita ramai-ramai bagi alasan Menteri Pelajaran . . "Takpe kena belasah da orang tak suka kat kau.. . nak wat macmana. . tahniah cikgu yang berada masa kejadian kerana mengikut arahan Menteri pelajaran. . buat apa kita nak susah2 tgk budak tu . . da org tak suka dia
kes jelas berlaku didalam jagaan guru yang mengajar tidakah dia sedar apa yang berlaku atau samada dia mengejar dia pejam matanya apa nak jadi pada guru2 kita dimana amanah mereka sebagi guru ...laporan perubatan telah mebukti dia di belasah...tetapi yang pelik terjadi kepada 14 Kedet TUDM pada 2007 dibuang dari TUDM ..pegadu membuat rawatan selepas 2o hari lebih dan macam2 cerita keluar dunia sekarang mereka tak mahu melihat keadaan sebanarnya yang mereka tahu siapa yang mengadu dulu orang itu yang betul
Inilah kesannya bila Guru tidak dihormati dan diperlekehkan. Masalah disiplin, biarlah Pengetua, Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran yang menguruskannya. Jika Guru tu masuk campur, nanti dia pulak yang dituduh. Biarkan dan padan muka dengan ibubapa yang selalu mempertahankan anak depa.
Bagaimana seorang murid boleh dibelsah murid lain kalaulah murid itu 'budak baik'? Serahkan kes ni kepada polis, peguam dan penguatkuasa untuk menyelesaikannya. AKU seru pada guru-guru, tumpu perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran sahaja. Jangan sekali-kali terlibat dalam soal disiplin, takut-takut nanti ayam terlepas, tangan berbau tahi.
HIDUP GURU MALAYSIA.
elok juga benda ni berlaku, biar semua orang buka mata... pelajar x boleh disentuh, bila jentik jer apatah lagi rotan, guru yg salah dan kena tindakan. takde sapa yg nk pertahan terutama pengetua/guru besar, PPD jauh sekali. Pengarah dan Dato menteri..., jgn harap ler.
Kesannya: yang jahat/nakal naik tocang ler... yang baik jadi mangsa mcm budak ni....
ada tak benda ni berlaku pada zaman bapak budak2 ni? kenapa?
Aku rasa yang perlu diperbetulkan dulu ialah sistem pendidikan tu sendiri barulah senang guru2 nak memperbetulkan budak2.
Ibubapa pun satu hal, jgn terlalu percayakan anak2 anda terutamanya yang jarang ambil tahu pasal anak kerana sibuk cari duit. Bila mati duit dah tak berguna, doa anak yg soleh lebih bermakna.
Dah macam negara tak bertamadun. Di luar sekolah pun tak selamat, di dalam sekolah pun tak selamat. Mesti pelajar2 yang memukul tu menganggotai kumpulan gangster di luar sekolah, sebab itu cikgu dan pengetua begitu takut.
inilah kesan dari dasar pendidikan yang ada sekarang! para pelajar sudah tidak ada sikap hormat dan takut terhadap guru2 ini kes pelajar belasah pelajar sebelum ini ada pelajar yang belasah guru satu nanti hari bukan setakat guru menterinya pun akan kena belasah.
Kepada Guru 1 Malaysia ........ulasan awak sama macam menteri pelajaran awak la.... Ngap/ngok
kamu yang ngok 1000 kali lg...kalu mu bodo dan tak tahu gapo mgenai sistem pendidikan skrg toksah kecek laaaa....mu tahu tak cikgu loni taraf dia lebih teruk dari tukang sapu sekolah, harap ko gaji jah mahal dr tukang sapu...kuasa gapo cikgu ada loni?????...cikgu2 sekolah loni diperbodohkan lebih dari lembu...kalu mu tu penyokong umno, mu la manusia paling bangsat yg menyebabkan sebahagian besar cikgu2 sekolah jadi bodo dan diperbodokan...khaaaakkk phutuiiii!!!
Catat Ulasan