4 Mac 2011

NGO 1Malaysia Di Merlimau: Ali Rustam Ibarat Kura-kura Dalam Perahu

Jasin - Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.

Malah pertubuhan itu, yang turut menganjurkan pelbagai jenis program termasuk majlis makan malam dikatakan mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, kewujudan pertubuhan misteri itu dilihat membantu kempen BN dengan menawarkan pelbagai hadiah dalam setiap program yang dianjurkan.

Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.

Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai.

Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan program makan malam bersama masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau di sini malam tadi.

Setiap pengundi diberikan tiket untuk menghadiri program tersebut. Mereka yang tiada tiket tidak dibenarkan masuk termasuk wartawan.

Selain itu, program anjuran pertubuhan misteri itu dikawal ketat petugas yang memakai kemeja-T 1 Malaysia.

Ketika ditanya mengapa wartawan tidak dibenarkan masuk, petugas terbabit berkata hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan untuk menyertai program yang dianjurkan.

“Maaf, hanya mereka yang ada tiket sahaja yang boleh masuk. Ini adalah arahan pihak atasan, saya tidak boleh benarkan,” kata petugas yang mengawal di pintu utama sekolah itu.

Selain makan malam, masyarakat India yang hadir turut dipersembahkan dengan dendangan lagu dan cabutan bertuah.

Wartawan yang menunggu di hadapan pintu masuk sekolah itu hanya dibenarkan masuk ketika Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hadir memberikan ucapan.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pertubuhan itu, Mohd Ali berkata beliau tidak tahu tentang kewujudannya.

“Saya tak tahu, saya datang sini sebab ada ramai orang, jadi saya singgah.

“Tapi kalau ia sokong 1 Malaysia saya juga sokong,” katanya.

Pertubuhan 1 Malaysia ini pertama kali muncul pada kempen pilihan raya kecil di Galas November lalu dengan sejumlah sukarelawannya mengagihkan beg barangan itu kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ramai pengundi berbangsa Cina.

Keadaan yang sama juga disaksikan pada pilihan raya kecil Tenang. -TMI

Ulasan GB

Kura-kura dalam perahu. Pura-pura tak tahu.

GB sudah ulas di dalam BN Guna NGO, Ubah Taktik Bawa Penari Seksi Ke Merlimau.

Petikan:

Ya, begitu sandiwara UMNO BN yang mengubah taktik dengan menggunakan NGO, bukan lagi parti komponen BN untuk membawa penari seksi di dalam pilihanraya kecil.

Jika sebelum ini majlis konsert sedemikian di bawa oleh MCA, tetapi setelah di hentam teruk oleh masyarakat Islam, kini sebuah NGO dibentuk - bernama 1Malaysia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh MCA sebelum ini.

Untuk menipu rakyat, maka berkatalah mereka kononnya mereka juga mengjengkelkan BN, kononnya MCA, MIC dan Gerakan juga irihati dengan mereka, walhal itu adalah hanya wayang dan sandiwara untuk mengaburi mata masyarakat umum.

MCA, MIC dan Gerakan telribat untuk menjemput masyarakat bukan Melayu ke jamuan anjuran NGO berkenaan. Itu sudah jelas membuktikan ia adalah tajaan BN sendiri.



Tiada ulasan: