19 Mac 2011

Jepun Kaji Timbus Loji Reaktor, Malaysia Kaji Nak Bina Loji

Jepun kaji timbus loji nuklear

TOKYO: Jurutera Jepun mungkin menimbus loji nuklear yang musnah menggunakan pasir dan simen konkrit sebagai cara untuk mengelakkan pelepasan radiasi besar-besaran, kaedah yang digunakan untuk menutup kebocoran besar di Chernobyl, Ukraine, pada 1986.

Ini adalah kali pertama mereka menyarankan langkah menimbus kompleks itu selepas tindakan seperti menjirus air menggunakan helikopter tidak banyak menampakkan kejayaan.

Tidak mustahil untuk menyaluti rektor dengan konkrit. Tetapi, perkara utama kami ketika ini ialah untuk menyejukkan reaktor itu dulu,” kata pegawai dari pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) dalam sidang akhbar.

Jepun memasuki minggu kedua selepas dilanda gempa bumi berukuran 9 skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter di bandar timur laut negara itu dan meragut ribuan nyawa, serta menghadapi krisis nuklear paling teruk sejak Chernobyl.

Jutaan penduduk Jepun masih berada di rumah dan bangunan sejak Jumaat berikutan kebimbangan penyebaran bahan radioaktif dari kompleks yang terletak 240 kilometer di utara Tokyo, walaupun angin membawa asap tercemar itu jauh dari kawasan penduduk di bandar ke Lautan Pasifik.

Radiasi tidak memberikan risiko segera kepada kesihatan manusia di luar lingkungan loji itu, kata wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia di China, Michael O’Leary.

“Pada masa ini, masih belum ada bukti yang penyebaran radiasi melepasi zon di kawasan rektor itu sendiri,” kata O’Leary kepada wartawan di Beijing.

Malapetaka nuklear di Jepun turut mencetuskan amaran global dan penilaian terhadap keselamatan loji tenaga atom di seluruh dunia.

Presiden Amerika Barack Obama berkata beliau sudah mengarahkan penilaian menyeluruh terhadap loji nuklear negara itu dan merayu Washington menyokong Jepun.

Pengendali nuklear utama Amerika berkata ia akan mengambil masa berminggu untuk menyejukkan batang bahan bakar di loji Fukushima.

“Ini adalah sesuatu yang mengambil masa untuk menyelesaikannya, mungkin berminggu untuk mengakhiri kepanasan ini daripada reaktor dan kolam kegunaan bahan bakar,” kata Pengerusi Pengendali Suruhanjaya Nuklear, Gregory Jaczko di Rumah Putih. – Reuters


Kajian penilaian tenaga nuklear akan diteruskan

Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia akan terus menerima tender daripada syarikat-syarikat untuk kajian penilaian terhadap loji tenaga nuklear yang dicadangkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Johnity Ongkili berkata kabinet akan membuat keputusan muktamad selepas menerima kajian penilaian tersebut.

Katanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.

“Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear,” kata Maximus.

Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan.

Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun.

Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik. -mk



1 ulasan:

Yong berkata...

Sejak akhir2 ni juga pihak2 pro-reaktor nuclear sibuk kuar TV menakut2kan orang dengan greenhouse gases dan harga litrik yang tinggi sebab minyak dah nak abis. Syarikat mana untung jika bina loji nuclear?
Apa punya bangang. Malaysia ada banyak matahari dan angin. Guna saje bahan semualjadi tu. Nuklear ni dari uranium. Satu masa nanti abis juga macam minyak.