19 Mac 2011

Izinkan GB Jawab Amaran Karpal Terhadap PAS

DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.

Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.

Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.

Kenyataan Karpal, yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS.

Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘big sweep’.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ‘big sweep’ yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya yang turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

Ulasan GB

Terima kasih Karpal, terima kasih DAP.

Pertama "amaran" Karpal Singh itu merugikan dirinya dan DAP sendiri kerana ia menghilangkan sokongan orang Melayu/Islam terhadapnya dan terhadap DAP.

DAP akan kehilangan banyak kerusi di dalam pilihanraya akan datang jika berkeras menentang dasar Islam yang dilaksanakan di Kelantan.

Mungkin DAP mengharapkan Kerajaan Pusat UMNO BN untuk intervensi menghalang tindakan kerajaan Kelantan, namun hal itu menyerlahkan dualisme DAP sendiri - dan sepastinya kesan pilihanraya umum nanti tidak akan berpihak kepada DAP kerana pengundi Melayu/Islam rata-rata adalah majoriti.

Kedua: Ia sekaligus menguji UMNO dan golongan songkok tinggi. Nah sekarang kamu-kamu sokong siapa? Menyokong tindakan kerajaan Kelantan yang mengharamkan judi atau menyokong Karpal yang menentang pengharaman itu? Jika anda menentang langkah Kerajaan Kelantan, anda munafik peringkat tertinggi kerana sanggup menentang apa yang diperintahkan Allah terhadap individu muslim.

Ketiga: Karpal jika jujur, sama seperti kes beliau menentang hukum hudud, beliau sepatutnya berpegang kata-katanya yang dahulu:

isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN

Tapi Karpal memilih untuk menentang secara terbuka. Salah siapa jika BN mengeksploikannya kali ini?

Karpal meminta PAS menghormati hak bukan Islam, kami akur dan telah banyak melakukannya. Namun di satu pihak lain, Karpal dan DAP juga perlu hormati hak dan undang-undang orang Islam.

Justeru yang utama ialah perbincangan untuk mengendurkan sebarang perbbezaan dan kesalah-fahaman, bukan bertempik untuk menunjukkan jaguh dan wira.

Jika anda bertempik, kami juga boleh melakukan demikian, tetapi apa gunanya sedangkan kita dalam sebuah kapal yang sama?

Anda peguam paling hebat, tapi kali ini nampaknya anda mendedahkan, anda ahli politik paling bodoh!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

go to hell kapal sink

Mohd Shubhi berkata...

Setuju sangat, Karpal tu memang BODO !, malah SOMBONG pulak!

natori miyagi berkata...

kapal layaq singh nie sampai nak padam pun tak akan paham punya Islam cara menyeluruh.....

dia perasan dia tau undeng-undeng lebih dari orang lain......
dia lupa Islam sebagai satu set undang-undang yg serba lengkap........

buang masa saja layan singh nie..........


kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Apa komen PKR pulak?? Susah jugak ye..bila nak buka restoran bawah pentadbiran 3 bangsa... Satu nak hidang todi dengan capati..satu nak hidang steak tak kira beef atau babi...satu lagi..tak terhidang apa..pasal terkejut geli...

2x5....5x2....

politic....politic...

Tanpa Nama berkata...

karpal,
kami menghurmati ketegasan anda tetapi kami lebeh tegas dengan agama kami menharamkan judi kerana melibatkan akidah kami.

Zakir berkata...

pada pandangan aku, PAS tidak sepatutunya melatah dengan statement Kapal Poosing ni berikutkan lesen judi di kelantan. Perlulah diinsafi, Kapal Poosing ni bukanlah islam, maka beliau tidak memahami hukum2 islam yang luhur. Maka, sekaranglah masanya PAS patut mengotakan janjinya dengan meluaskan dakwah infradhi kepada rakan2 sekapal seperti Kapal Poosing dan rakan. Perbalahan di dalam kapal akan memungkinkan kapal ini karam atau hanyut dibawa ombak UMNgok. Janganlah pula menuding jari menyalahkan orang lain andai rakan2 sekapal PAS bertolakan kerana PAS perlu melaksanakan dakwah dengan sepenuh hati dan berprasangka baik (khusnuh dzan) terhadap rakan sendiri melalui program wacana, dialog dan perbahasan ilmiyyah. Barulah orang2 kafir akan terbuka hati mereka untuk memperakui keindahan Islam yang di bawa oleh PAS. Dan pada ketika itulah, sokongan pengundi2 melayu yang dilihat semakin merosot jumlahnya akan kembali naik mendadak. Laksanakanlah terlebih dahulu cita2 daulah Islamiyyah dan pelaksanaan yang boleh dilakukan secara praktikal ialah di negeri2 taklukan PAS dahulu umpama Kelantan. Kepimpinan melalui tauladan. Tetapi kalaulah nak melaksanakan hokum di peringkat negeri yang PAS kuasaipun tak berkemampuan, macamana nak laksanakan daulah Islamiyyah untuk Negara? Pandangan aku, PAS patut lebih agresif menyatakan pendirian daripada mengiayakan apa jua kata2 rakan sekapal, hingga terpaksa menggadaikan pendirian hanya semata2 ingin menjaga hati kawan, dan demi secebis undi daripada orang2 bukan melayu.

Malahan, dalam melaksanakan hukum Islam, PAS tidak sepatutnya bertolak ansur dan meletakkan hukum Allah lebih rendah daripada neraca manusia kafir seperti Kapal Poosing nih. Sebaliknya PAS perlu bertegas dan tetap pendirian dalam menegakkan hukum Allah, dalam masa sama memperhebatkan lagi dakwah kepada orang2 bukan Islam, dimulai dengan rakan2 politik sekapal seperti yang ada dalam DAP. Barulah PAS dilihat menjalankan pengIslahan PR. Jika tidak, bagi aku, PAS hanya beretorik sahaja sebagai parti Islamik namun, hakikatnya PAS tidak lebih daripada sebuah parti politik tambahan di Negara kita. Sekurang2nya kalaulah UMNgok tu ngok, nampak juga UMNgok membela orang melayu. PAS? Apa jasa antum kepada agama? Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

kapal sink ni pun kadang2 pening di siang hari walaupun dh tunggang todi. itulah kelebihan the sink...statement yg tak ceqedik

a.samad jaafar berkata...

saya sangat mengharap moga TGNA bertegas dalam hal ini.. ketegasan beliau pastinya dapat membuktikaN bahawa PAS bukan tunggangan DAP..

1 Malaysia berkata...

Biar kita 'kalah' di dunia tapi bukan di akhirat.
Hanya Allah swt saja yang BENAR. Biarlah si Karpal tu. Tanya kat Karpal, awat agama sikh membenarkan judi, arak, berzina kah?