Radioaktif: Rakyat Jepun, warga asing di Tokyo mula panik
TOKYO, 15 Mac — Tokyo diselubungi perasaan panik selepas kerajaan mengesahkan paras radioaktif di sekitar kawasan timur laut negara itu yang dilanda gempa bumi, menyebabkan sebahagian kecil penduduk mula meninggalkan ibu negara Jepun itu.
Laporan dari Jepun juga menyebut penduduk tempatan mula menambah simpanan stok keperluan rumah.
Beberapa kedutaan asing juga menasihatkan kakitangan dan rakyat negara masing-masing agar meninggalkan tempat-tempat yang terjejas dan syarikat-syarikat multinasional juga mengambil langkah sama ada menggesa kakitangannya menjauhi kawasan terbabit atau menimbang untuk memindakan mereka ke luar Tokyo.
Menggambarkan perasaan panik di kalangan warga kota Tokyo, tinjauan Reuters hari ini menunjukkan Don Quixote, kedai 24 jam di daerah Roppongi telah kehabisan radio, lilin, tin-tin minyak dan beg tidur.
Terdahulu Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radiasi pada kadar yang tinggi di kawasan timur laut yang menempatkan loji-loji tenaga nuklear.
Pelancong-pelacong asing seperti Christy Niver dari Egan, Minnesota berkata mereka mengalami pengalaman menakutkan dan mahu meninggalkan Tokyo segera.
Anak perempuannya berusia 10 tahun, Lucy kelihatan lebih tegas untuk meninggalkan Tokyo.
“Saya takut. Saya sangat takut, saya lebih rela hadapi tornado,” katanya.
“Saya mahu tinggalkan (kawasan ini),” katanya lagi.
Pasukan Czech Symphony Orchestra juga meninggalkan Tokyo dengan bas menuju wilayah Ishikawa di sebelah barat Jepun selepas konsert mereka di sini dibatalkan.
“Sebahagian mahu kembali ke kampung halaman mereka selepas gempa bumi, tetapi sukar untuk mendapatkan tiket bagi seratus orang sekarang,” kata Hitomi Sakuma, pemain piano.
Bank utama Amerika Syarikat, Citigroup juga berkata pihaknya secara konsisten memaklumkan pekerjanya berhubung perkembangan semasa tetapi belum ada arahan supaya memindah keluar mereka dari Tokyo.
Beberapa wartawan antarabangsa yang membuat liputan di kawasan bandar raya Sendai, yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 10,000 orang, juga meningalkan kawasan tersebut.
Pejabat Michael Page International, syarikat perkhidmatan pengambilan pekerja Britain di sini, juga ditutup selama seminggu.
“Saya akan pergi ke Singapura esok dan akan bekerja dari pejabat kami di Singapura,” kata seorang pekerjanya.
Agensi berita Kyodo kadar radiasi setiap minit juga dikesan di Tokyo dengan paras radiasi di Saitama dekat ibu negara Jepun itu sekitar 40 kali lebih tinggi berbanding paras normal - tidak cukup untuk menyebabkan kemudahan ke atas orang ramai tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan rasa panik.
Sekitar 12 juta orang tinggal di kawasan metropolis itu.
Angin sedang menerbangkan secara perlahan-perlahan radiasi dari loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak kira-kira 240 kilometer ke utara Tokyo.

PM Jepun sahkan radioaktif bocor, paras ‘sangat tinggi’
TOKYO, 15 Mac — Perdana Menteri Jepun Naoto Kan mengesahkan radiasi keluar daripada loji tenaga nuklear di timur laut negara itu selepas awal pagi tadi letupan kali ketiga dalam tempoh empat hari dan satu lagi kebakaran baru dilaporkan.
“Nampaknya kadarnya sangat tinggi, dan masih ada tahap risiko yang tinggi bagi lebih banyak radiasi keluar (dari loji),” kata Kan dalam kenyataan dikeluarkan menerusi televisyen sebentar tadi.
Kan memberitahu radiasi terbocor daripada tiga reaktor loji tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi, salah satu wilayah yang paling teruk dilanda gempa bumi pada skala 9 dan tsunami 10 meter.
Perdana Menteri itu berkata, mereka yang tinggal dalam kawasan lingkungan 30 kilometer diminta hanya berada di rumah masing-masing.
Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.
Kedudukan loji tenaga nuklear di Jepun.
“Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak,” Kan.
“Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang,” katanya lagi.
“Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinan kebocoran radioaktif semakin meningkat,” kata Kan yang kelihatan suram.
Terdahulu Kedutaan Perancis mengeluaran amaran bahawa radiasi dari kawasan itu akan bergerak ke Tokyo dalam tempoh 10 jam.
Jarak antara Tokyo dan kawasan loji iti adalah kira-kira 240 kilometer.
Di sebalik kebimbangan mengenai impak bencana berganda ini, pasaran saham Jepun pula jatuh tujuh peratus, ke paras paling rendah dalam dua tahun, selepas merosot 7.6 peratus semalam.
Sebelum ini Kan memberitahu Jepun berhadapan dengan krisis paling buruk sejak Perang Dunia Kedua dengan kos kewangan bencana ini dianggarkan AS180 bilion, yang menurut penganalisis akan membawa negara ketiga terkaya itu kembali ke era kemelesetan. -TMI
2 ulasan:
orang jepun sendiri pun tak sanggup nak lepak lagi... camana pulak orang kita yang duk sana bleh diaorang (kerajaan) cakap x nak balik?...konpius²....
Loji Nuklier diJepun ni sudah tak dapat dikawal lagi oleh orang Jepun,walau pun depa punya teknologi tinggi dan canggih.Ini satu pengajaran kepada kerajaan Malaysia,agar berfikir 2-3 kali sebelum gatal tangan nak bina Loji Nuklier.Jangan fikirkan duit masyuuuuk aje tapi fikirkan akibat dan angkaranya.Dengan penduduk kurang dari 28 juta,Malaysia tak perlukan Loji Nuklier.Malaysia tidak punya saintis nuklier yang ramai untuk menangani sebarang masaalah seperti yang sedang berlaku diJepun dewasa ini.Yang disebut "angkasawan" pun bukan ori punya tapi jenis tompang aje.
Catat Ulasan