2 Feb 2011

Perkembangan Banjir Di Johor, N Sembilan, Melaka Dan Pahang

Johor Baharu: Bencana banjir yang melanda Johor masih tidak banyak berubah dengan jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan ialah seramai 43,283 orang daripada 10,281 keluarga.

Gambar: MOHD Farhan, 18 dan Mohd Farid, 20 (dua dari kiri) berusaha menyelamatkan lembunya daripada mati lemas akibat banjir yang melanda Kampung Pogoh 2, hari ini. - FotoSairien Nafis

Laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor www.johordt.gov.my menyebut sehingga pukul 8 pagi ini daerah Segamat mencatatkan mangsa teramai dengan 21,128 orang melibatkan 5,194 keluarga.

Ini diikuti Ledang dengan 5,822 orang (1,308 keluarga), Batu Pahat dengan 5,090 mangsa (1,109 keluarga), Muar (4,759 orang daripada 1,074 keluarga) dan Kluang dengan 4,135 mangsa melibatkan 1,029 keluarga.

Portal itu juga melaporkan di Kota Tinggi seramai 1,523 orang daripada 353 keluarga dipindahkan, Pontian (740 orang membabitkan 180 keluarga), Mersing (47 orang daripada 31 keluarga) dan Johor Baharu (39 orang daripada sembilan keluarga).

Kesemua mangsa di Kulaijaya sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Portal itu berkata sehingga kini sebanyak 232 pusat pemindahan dibuka iaitu 84 di Segamat, Batu Pahat (34), Ledang (30), Kluang (29), Muar (23), Kota Tinggi (18), Pontian (12), Mersing dan Johor Baharu masing-masing satu.

Sehingga kini dua kematian dilaporkan membabitkan dua wanita dalam kejadian banjir di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lepas.

Laluan Segamat-Jementah, Bukit Kepong-Muar Masih Ditutup

SEGAMAT: Laluan Segamat menghala ke Jementah dan laluan Bukit Kepong menghala ke Muar di sini masih ditutup kepada orang ramai berikutan banjir.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat berkata laluan Segamat-Jementah ditutup ekoran jambatan runtuh, manakala laluan Bukit Kepong menghala Muar dipenuhi air yang masih bertakung dan berbahaya untuk semua kenderaan.

"Bagaimanapun hampir kesemua laluan utama di Labis di sini mulai dibuka kepada orang ramai hari ini setelah cuaca semakin baik. Bagaimanapun, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Laluan menghala ke Universiti Teknologi Mara Cawangan Segamat masih dibanjiri air dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir melanda Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan sehingga Ahad ini.


Lebih 1,300 mangsa banjir di pusat pemindahan di NS

SEREMBAN: Seramai 1,380 mangsa banjir daripada 345 keluarga masih berada di 12 pusat pemindahan di dua daerah di Negeri Sembilan sehingga 10 pagi ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir berkata, daerah Tampin merekodkan 1,144 mangsa daripada 290 keluarga, manakala di Jempol pula terdapat 236 orang yang masih berada di pusat pemindahan.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian daripada mangsa banjir itu dijangka dibenarkan pulang menjelang petang ini berikutan keadaan air yang semakin surut serta cuaca cerah. - BERNAMA



Banjir: Mangsa di Melaka, Pahang meningkat

Bencana banjir yang melanda Johor masih tidak banyak berubah dengan jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan ialah seramai 43,283 orang daripada 10,281 keluarga.

Laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor www.johordt.gov.my menyebut sehingga pukul 8 pagi ini daerah Segamat mencatatkan mangsa teramai dengan 21,128 orang melibatkan 5,194 keluarga.

Ini diikuti Ledang dengan 5,822 orang (1,308 keluarga), Batu Pahat dengan 5,090 mangsa (1,109 keluarga), Muar (4,759 orang daripada 1,074 keluarga) dan Kluang dengan 4,135 mangsa melibatkan 1,029 keluarga.

Portal itu juga melaporkan di Kota Tinggi seramai 1,523 orang daripada 353 keluarga dipindahkan, Pontian (740 orang membabitkan 180 keluarga), Mersing (47 orang daripada 31 keluarga) dan Johor Baharu (39 orang daripada sembilan
keluarga).

Kesemua mangsa di Kulaijaya sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Portal itu berkata sehingga kini sebanyak 232 pusat pemindahan dibuka iaitu 84 di Segamat, Batu Pahat (34), Ledang (30), Kluang (29), Muar (23), Kota Tinggi (18), Pontian (12), Mersing dan Johor Baharu masing-masing satu.

Sehingga kini dua kematian dilaporkan membabitkan dua wanita dalam kejadian banjir di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lepas.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir di 19 pusat pemindahan membabitkan tiga daerah di Melaka kini meningkat kepada 4,555 orang berbanding 4,110 orang malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata daerah Melaka Tengah mencatatkan mangsa teramai dengan 2,264 orang, iaitu meningkat berbanding 2,114 orang pada pukul 7 malam tadi.

Di Alor Gajah, jumlah mangsa yang dipindahkan juga meningkat kepada 1,748 orang berbanding 1,568 orang, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, keadaan banjir di Jasin kini bertambah baik dan jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan ialah seramai 543 orang.

Beliau berkata keadaan paras air di sungai-sungai utama juga dilapor semakin menyusut berikutan cuaca baik tanpa hujan di seluruh negeri.

Sementara itu, di Kuantan, jumlah mereka yang terlibat dengan bencana banjir di dua daerah di Pahang kini meningkat kepada 1,941 orang berbanding 1,777 petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Rompin merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,778 orang daripada 222 keluarga membabitkan lima buah kampung.

Kampung-kampung terbabit ialah di Bukit Serok (1,499 orang), Kampung Rekoh (162), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (85), Kampung Mekang Ibam (26) dan Kampung Lubuk Batu (6 orang), katanya ketika dihubungi pagi ini.

Jurucakap itu berkata di Temerloh, mangsa yang dipindahkan adalah seramai 163 orang daripada 44 keluarga di empat buah kampung, iaitu Kampung Insaf (83 orang), Kampung Batu Kapor (70), Kampung Sempadan (7) dan Kampung Rantau Panjang Lanchang (3).

Katanya beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan melibatkan jalan Kampung Inoi, jalan Kampung Baru Bukit Ibam, jambatan Sungai Gayong Kedaik dan jambatan Kampung Lubuk Batu Kota Bahagia di Rompin.

Sementara itu, jalan di Km 5 Felda Selancar, Rompin, ditutup kepada kenderaan berat selepas berlaku runtuhan tebing manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda, katanya.

Selain itu katanya, Km 22 Jalan Kemayan-Risda di Bera hanya boleh dilalui kenderaan berat selepas dinaiki air sedalam 1.5 meter.- Bernama


SEGAMAT HARI INI


Tiada ulasan: