13 Feb 2011

Siapa Yang Tak Ketawa Baca Berita Ini?

Rasuah bukan masalah di negara ini - Isa Samad

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa. -petikan harakahdaily

Ulasan GB

GB rasa sekalian jin pun ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Isa Samad tersebut.

Isa Samad - nama yang cukup sinonim dengan rasuah... meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang a.k.a. rasuah dalam pemilihan Umno 2004.

Yang aneh, UMNO melatakkan beiau sebagai calon di Bagan Pinang, menang, kemudian dilantik Pengerusi FELDA.

Maka tidak hairan Ssa Samad menyatakan rasuah bukan masalah besar di negara ini.

Beliau sepatutnya boleh menjadikan dirinya sebagai contoh... yang walaupun dah pernah digantung dari partinya kerana rasuah tetapi UMNO tetap peliharanya malah mengangkat dirinya sehingga ke peringkat sekarang.

Justeru, tidak hairan budaya rasuah hidup subur di dalam UMNO. Berlaku di semua peringkat. Samapi terbawa dan berakar umbi di dalam pentadbiran kerajaan UMNO BN sekian lama.

Isa Samad menambah "Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni".

Ya, benih-benih kehancuran sudah kelihatan, cuma Isa Samad yang dibutakan hati tidak dapat melihatnya. Mungkin nak lihat Malaysia benar-benar hancur baru beliau akur. Jangan cabar Tuhan!

6 ulasan:

Amuraria berkata...

KAH KAH KAH PENYAMUN MENASIHATI PENCURI KOT !

nangome berkata...

memang muka tampal kulit babi kaluj seorang melayu bercakap rasuah perkara kecik.apa punya manusia.......tu bukan apa dia dok pikir nak kebas duait felda la tu

fiQ berkata...

malu aku jd rkyat msia kalo menteri msia bodoh cmni. ckp xpkai otak. kalo otak pn xpkai,apekn lg Islam kn.

AKU berkata...

Inilah tahap pemikiran orang yang bersifat "melayu". Kan dalam Melayu kita, rasuah tak bersalah malahan tak berdosa. Nanti bila mati, jangan lupa "simpan" mangkuk ayun di tanah perkuburan "Melayu". Jangan sekali-kali simpan di tanah perkuburan ISLAM.

John mantin berkata...

Orang nogori yang sokong dia ni memang BODO BODOH BODOHHH... aiie malu den !

Undertaker berkata...

Ni le contoh dan tauladan yang mesti diikut oleh para menteri2x & wakil2x rakyat BN...rasuah bagi mereka HALAL cuma belum keluar "sticker" logo halalnya je....rakyat je yang buta...jangan salahkan mereka sebab itulah matlamat dan idaman mereka...kita sendiri yang menjadi punca dan perdorong serta membuka jalan utk mereka ni menerima rasuah...fikir2xkanlah.....tanpa pangkah "X" pada sekeping kertas siapalah mereka?