13 Feb 2011

Calon PAS: Empat Nama Diteliti, Yuhaizad & Kintan Jadi Pilihan

PAS telah meneliti empat nama calon yang akan dipilih bagi mewakili parti Islam tersebut dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Gambar: Yuhaizad Abdullah (kiri) Kintan Man (kanan)

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pimpinan PAS pusat yang bermesyuarat hari ini telah menerima empat nama darpada PAS Melaka untuk diteliti.

“Kita telah menerima empat nama untuk diteliti secara keseluruhan dan kita sudah ada keputusan rasmi.

“Calon yang kita pilih adalah anak tempatan dan ia hanya akan diisytiharkan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pada 24 Februari ini di Merlimau,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Empat nama yang diangkat PAS Melaka itu adalah Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man selain Ketua Penerangan PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin Yuhaizad Abdullah.

Ditanya peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil kawasan itu, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Merlimau berkata, ia tidak mustahil memandangkan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kubu kuat seperti dua siri pilihan raya kecil di Galas dan Tenang.

“Tak mustahil kita dapatkan kerusi pertama PAS di Merlimau, di sana tiada kubu kuat BN.

“Kalau kita lihat peti undi di sana juga adalah peti undi campuran, jadi dengan pendekatan yang kita gunakan nampak lebih mudah peluang kita,” katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin tertinggi PAS berkata dua nama iaitu Kintan dan Yuhaizad telah disenarai pendek untuk menjadi calon.

“Apa yang boleh saya katakan kita terima empat nama tapi dua nama iaitu Kintan dan Yuhaizad disenarai pendek manakala Kamarudin dan Jasme tidak.

“Tapi saya tidak tahu siapa yang akan dipilih, kita tunggu sahaja Presiden PAS umumkan pada 24 Februari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan 6 Mac dengan penamaan calon pada 26 Februari.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme dengan majoriti 2,154 undi. -TMI

6 ulasan:

Sekretariat Parlimen Kota Raja berkata...

bagus kalau akak ni terpilih

Tanpa Nama berkata...

Harap2 Allah bagi kemenangan pd PAS. Mcmana pun jika kalah jgn salahkan parti lain spt PKR atau DAP puncanya?? Jgn salah Anwar juga. Bagi menilai sokongan melayu pada parti PAS...PRK kat Kerdau menjadi penentu kerana disana majoriti besar org melayu.

"Lawan Tetap Lawan"

Tanpa Nama berkata...

anon di atas, kenapa tak boleh salahkan Anwar? kenapa tak boleh salahkan DAP? Bukankah ini satu team? Kalau tak boleh salahkan Anwar dan DAP lebih baik jgn ada PR.

PAS tak boleh perintah tanpa PKR dan DAP? Tetapi siapa sebenarnya yang lebih perlu drp bantuan siapa? PAS lebih perlu dari bantuan PKRkah atau PKR yang lebih perlu bantuan PAS? Begitu juga DAP.

TarafAGONG berkata...

Jika satu Team sepatutnya PAS tidak boleh menyalahkan PKR & DAP. Ini seolah-olah PAS cuba lari dari sebab sebenarnya dgn menyalahkan pihak lain?? Jika menang PAS OK...jika kalah Anwar la...DAP la...PKR la.... Jgn jadi UMNO yg suka memperbodohkan ahli bawahannya?? Jika satu team sepatutnya PAS kena jaga hati & penyokong PKR & DAP.

PRK di Kerdau menjadi penentu PAS perlukan sokongan DAP & PKR atau sebaliknya krn majoriti pengundi adalah org melayu. Jika PAS menang terbukti PKR & DAP perlukan sokongan PAS utk dapatkan undi dari org melayu TAPI jika KALAH ini bukti yg PAS perlukan sokongan PKR & DAP utk meraih undi dari Cina & Melayu serta undi dari pengundi atas pagar yg tak berparti seperti aku. Pas ada penyokongnya sendiri iaitu ahli PAS. Sama juga seperti DAP & PKR...cuma bezanya majoriti pengundi atas pagar memberi sokongan solid pada PKR. Jika PAS tak joint satu team dgn PKR & DAP...jgn harap la nak dapat undi dari penyokong atas pagar seperti aku. Pasal tu lah Titiwangsa & Kota Raja PAS menang. Undi pengundi atas pagarlah yg perlu dijaga kerana majoritinya beribu. undi inilah yg UMNO inginkan utk rampas semula negeri yg dibwh pemerintahan Pakatan Rakyat.

Maksud Anon di atas agar PAS tak salahkan PKR & DAP mahupun Anwar..mungkin dia tak nak PAS terus tak sedar diri dgn kelemahan yg ada pada PAS hingga menyalahkan org lain?? Sepatutnya jika dalam satu team...kena pandai-pandaila jaga hati penyokong Pakatan Rakyat. Mungkin juga Anon diatas tak nak PAS jadi seperti pemimpin UMNO yg sering memperbodohkan ahlinya yg sedia ada bodoh kerana saya pasti penyokong PAS takl sebodoh ahli UMNO dan ada juga ahli PAS yg lebih bijak dari sesetengah pemimpin PAS yg berlagak macam HEBAT!!!!

Tanpa Nama berkata...

hoi tarafagong

pas dah lama berjuang sendirian sebelum wujudnya pkr bahalol.

pkr belum lagi berjuang sendirian.

Azman Md Safiee berkata...

Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau Untuk 14 Feb-8 Mac. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/