31 Jan 2011

Ternyata Mahathir Ingin Mati Sebagai Seorang Firaun

Dr M: Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang disebutnya sebagai 'Islam Nik Aziz' - lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.

"Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis," kata Dr Mahathir.

Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu."

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).

"Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," sindir Dr Mahathir.

Pada 27 Januari lalu, Utusan Malaysia juga melaporkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu dengan membandingkan dengan sikap segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

Melayu pecah tiga

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, hasil perjuangan nasionalisme Melayulah banyak nilai Islam diterapkan dalam pemerintahan jika dibanding dengan pengamalan di zaman British yang mana ramai pembesar Melayu minum arak, pekerja Melayu minum todi dan ramai yang tidak sembahyang.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?" soal Dr Mahathir lagi.

Beliau juga sebaliknya membidas menteri besar Kelantan itu dan PAS yang hasil terbesarnya didakwa memecahbelahkan orang Islam di negara ini, termasuk melalui penubuhan parti Islam itu sendiri.

Sokongan kepada parti Melayu Semangat 46 suatu masa dulu, juga menyebabkan orang Melayu berpecah menjadi tiga.

"Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadikan Pakatan musuh Umnoyang kuat.

"Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal," coret Dr Mahathir sambil menambah ajaran bahawa orang Islam itu bersaudara tidak dihiraukan oleh Nik Aziz. -mk

Ulasan GB

Jelas bahawa Tun Dr Mahathir ialah golongan yang tidak tahu tentang Islam apabila menjuzukkan Islam sebagai Islam Nasionalis dengan Islam Nik Aziz.

Islam itu satu, Islam itu ad-deen, Islam itu satu tatacara hidup.

Apabila kita menyebut "tatacara hidup" agaknya tatacara hidup siapakah yang menepati tacatacara kehidupan Islam? Nik Azizkah atau Mahathir?

Begitu juga dengan sistem berkerajaan. Sistem kerajaan siapakah yang mengikut acuan Islam? NikAzizkah atau Mahathir?

Jangan lupa Mahathirlah merupakan Perdana Menteri yang secara terang-terangan mengakui bahawa beliau menyekat pembangunan di Kelantan kerana Kelantan diperintah oleh PAS.

Jangan lupa Mahathirlah merupakan Perdana Menteri yang telah menghapuskan royalti minyak Petronas Ke Terengganu dan Kelantan setelah pada tahun 1999, Terengganu dan Kelantan jatuh ke tangan PAS.

Tidakkah ciri-ciri pemerintahan TDM itu yang menganiaya dan menindas PAS yang dianggotai 100% umat Islam itu lebih dasyat dari pemerintahan kafir?

PAS tidak semudah itu dapat mengampunkan dosa itu.

Ada yang menyanjung anda begitu hebat kerana adanya Putrajaya, Twin Tower dan lain-lain. Ya memang hebat, sehingga orang terpukau dengan kehebatan itu.

Tetapi ingat dan sedarlah di Mesir, Firaun itu juga hebat yang telah memajukan rakyat di zamannya, malah mempunyai Piramid yang sehingga sekarang masih tegap wujud, tetapi di sisi Allah Firaun itu dilaknat Allah - tercatat di dalam Al-Quran - yang sehingga kini mayatnya tidak diterima bumi!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BETUL LA TU...LKY TU KATA LONGGAR JER BUKNNYA TOLAK. TAPI MADEY TERUS TOLAK CTHNYA KALAU TERIMA ISLAM HABIS LA TANGAN, BOLEH BUAT SUP LAAAA....APA MAKNA TUH!!!! MAKNANYA TOLAK TERUS LAAAAA...HMMMM, DAH DIPENGHUJUNG USIA PUN MASIH DALAM KEGELAPAN....

Tanpa Nama berkata...

GB tak faham kenyataan mahathir yang simple dan mudah di fahami. perpaduan dituntut dalm islam kerana islam itu bersaudara tetapi pas menolak perpaduan-inilah dikatakan islam nik aziz.

nangome berkata...

semakin tua semakin menjadi kononya dia lah manusia yang bijak sangat menguruskan negara sedangkan dia klah manusia yang mengaku islam dan menjaga daulat raja disebaliknya dia lah memporak perandakan negara dia juga bertanggung jawab perpecahan bangsa melayu kerana dia bukanya melayu sebenar(paria yang diangkat)

anti madey berkata...

madey tu islam ka? ada yg kata dia hindu!!.. err hindu kot!

Tanpa Nama berkata...

Biarlah apa dia nak cakap. Allah bagi dia usia bonus untuk bertaubat. Kalau didunia ni dia asyik pertikaian Islam. Biar dia jawab dengan Malaikat dalam kubur nanti. Jangan ambil peduli. Orang jenis ni memang tak boleh nak dinasihatkan. Ikut dia la...

Tanpa Nama berkata...

Makin tua makin nyanyuk,...siapakah dia ni berbanding Tok Guru dari segi Islam, cuba suruh baca mana-mana surah serta terjemahkan tengok.....boleh ke...

Jadi kepala tahlilka,...baca talkin orang mati ka....atau naik jadi khatib sekali sekala...bolehke..

Tun Taik, zaman kau dah lepas, bawak2 lah taubat, dah hampir ke finish line ni wajiblah mintak ampun kat rakyat yg kau aniaya, kat keluarga arwah Ust.Ibrahim Libya ke...

Mudah-mudahan Allah terima taubat kamu....ni makin tua makin merapu ni, ertinya makin terukla...bagilah kami kenang kamu nanti sekurang-kurangnya sebagai orang yang dah sedar dan bertaubat...

Unknown berkata...

Dia lah "MAHA FIRAUN"

Amuraria berkata...

BILA MAMAK WAKIL MELAYU ! MANGKUK-MANGKUK MELAYU APCO SANGGUP CIUM TANGAN MAMAK KUTTY NI !
ADEY !

Tanpa Nama berkata...

TDM.... mudahan Allah panjangkan umur dan sihatkan akal fikiran TDM supaya beliau dpt melihat hasil kerja tangannya dulu yg memecah belah dan merosakkan rakyat Mesia khususnye orang melayu. Engkaulah wahai TDM sebenarnya perosak Melayu Melaysia!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Dari kecil hingga ke universiti, aku di sogok dengan informasi yg TDM ni pemimpin berjiwa rakyat..Aku kagum..Malangnya bila mendengar ucapan beliau, hina janggut Nabi saw, menghina orang lain dgn melemparkan fitnah liwat tanpa bukti, aku yakin ni syaitan bertopengkan manusia...dulu aku x suka PAS, tp melihat pendekatan TG Nik Aziz aku rasa dialah pemimpin sebenar..perselisihan pendapat itu biasa..

Tanpa Nama berkata...

Menyampah sungguh tengok muka TDM dan ucapannya melalut. Haprak betul.

Tanpa Nama berkata...

Begitu begini huhu ceritera sggh perbezaan yg patut diteliti ideologi pemimpin tu je kena perhati.. Rasa nya mereka x tolak kemajuan. Hala tuju je lain2. But carefull le pilih pmimpin nih.tp yahudi lg la manusia paling bijak kan? Jgn sampai dajjal sampai awal dh lah. Jgn kita lawan2 last dia kutip semua. Sejarah perang stakat ni Asia je negara Islam yg x dijajah us.benua2 Arab dh clear wei rakyat2. China/Russia je ngara skutu tp dah aim kita pro Obama. Jepun down kena tsunami. Jgn sibuk sebut hal ektremis islam skang ni la sam-dol.