31 Jan 2011

Banjir Di Empat Negeri: Johor, N.Sembilan, Melaka Dan Pahang

Banjir di Johor ragut 2 nyawa, 28,900 dipindahkan

LABIS: Banjir di Johor meragut dua nyawa, kedua-duanya wanita dengan 28,900 mangsa dipindahkan di 192 pusat pemindahan di seluruh negeri sehingga 8 pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata mangsa yang terkorban dari Kampung Rahmat, Kulai dan Kampung Chaah, Segamat.

Beliau berkata, mangsa yang dipindahkan itu adalah terdiri daripada 6,854 keluarga.

“Segamat, Johor Bahru dan Kluang kini adalah daerah yang paling teruk dilanda banjir dan hujan dijangka berterusan sehingga esok,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, semua hubungan ke Daerah Segamat kini lumpuh manakala laluan ke Muar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di kedua-dua hala turut ditenggelami air.

Laluan ke Pekan Labis yang semalam dinaiki air kini sudah surut tetapi kawasan pinggir daerah itu masih digenangi air.

TERKINI : Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila 39,304 orang dipindahkan ke 241 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri itu sehingga 4 petang tadi.

BERITA 2
Banjir di Melaka ragut mangsa pertama

MELAKA: Banjir di Melaka meragut mangsa pertama hari ini di Jasin sementara 2,714 mengsa dipindahkan di 26 pusat pemindahan di ketiga-tiga daerah di Melaka sehingga 4 petang ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 616 keluarga di daerah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Seramai 1,275 mangsa dari 330 keluarga dipindahkan di Jasin di 15 pusat pemindahanan, 1,390 mangsa dari 278 keluarga di Alor Gajah di 10 pusat pemindahan dan 49 mangsa dari lapan keluarga di Melaka Tengah di satu pusat pemindahan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata mangsa yang ditemui lemas ialah Yusry Mohd Yusof, 40, seorang pengawal keselamatan di Loji Air, Kg Chinchin, di Jasin.

"Mangsa dilaporkan terjatuh ke kolam itu pada pukul 10 pagi ini dan polis dengan bantuan orang ramai, pasukan bomba dan penyelamat menemui mayat mangsa pada kira-kira 1.30 tengahari," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, mangsa tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Asahan, Selandar, Batang Melaka, Tehel, Melaka Pindah dan Lipat Kajang.

"Mangsa mula dipindahkan ke pusat pemindahan sejak petang semalam dan malam tadi," katanya.

Beliau berkata, air di kawasan terbabit naik antara 0.2 meter hingga 0.4 meter ekoran hujan renyai dan kadang kala lebat yang turun di negeri ini sejak dua hari lalu.

Beliau berkata kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam di Kota Cemerlang, Air Keroh di sini dan boleh menghubunginya di talian 06-2333333. - BERNAMA

BERITA 3
1,900 mangsa banjir di Negeri Sembilan dipindahkan

TAMPIN: Kira-kira 1,921 penduduk dari empat daerah di Negeri Sembilan dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini berikutan beberapa kawasan di daerah tersebut dilanda banjir akibat hujan sejak semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tampin berkata seramai 1,545 mangsa di daerah kecil Gemas dan daerah Tampin dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di dua daerah itu.

Katanya 416 mangsa dipindahkan di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Dewan Kampung Tiong (64 mangsa), Balai Raya Kampung Ladang (4), Masjid Kampung Londah (38), Dewan Sungai Kelamah (260), Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4 (125), Balai Raya Kampung Parit Buluh (325) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor (150).
Pusat pemindahan lain ialah di tokong Buddha Air Kuning (25), Sekolah Kebangsaan Ladang (54), masjid Kampung Gedok, Gemencheh (20), Masjid Kampung Sungai Dua, Gemencheh (35) dan satu pusat pemindahan di daerah Tampin di surau Kampung Keru Hilir, Repah (29).

Sementara itu, di daerah Jempol 235 penduduk dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan banjir di daerah itu.

Seramai 88 mangsa dipindahkan di pusat ko-kurikulum kawasan Jempol di pekan Jelai, Sekolah Kebangsaan Palong 1 (80), Balai Raya Kampung Baru Rompin (24)Balai Raya Kampung Datuk Johan (20), Sekolah Kebangsaan Rompin (13), Balai Raya Kampung Dusat, Air Hitam (6) dan Dewan Orang Ramai Ladang Geddes (4).

Di daerah Kuala Pilah pula tiga pusat pemindahan dibuka di mana 77 mangsa dipindahkan ke Dewan Besar Dangi, Dewan Bandaran Majlis Daerah Kuala Pilah (51) dan Balai Raya Kepis (13). - BERNAMA

BERITA 4

Pahang mula dilanda banjir

KUANTAN: Pahang mula dilanda banjir apabila 419 mangsa membabitkan 101 keluarga di tiga daerah iaitu Rompin, Raub dan Bentong dipindahkan ke pusat pemindahan pagi tadi.


2 ulasan:

noha berkata...

Susah apa orang Johor khususnya di dun Tenang.Bukankah orang-orang demo berkerajaan "Rakyat didahulukan ......."
Takkan para pembesar negeri tidak berkampung dan bermalam di rumah demo?
Takkan mereka berbuat demikian semasa ingin meraih undi saja ?

Kalau layanan tidak sama seperti semasa PRK lalu .. jelaslah puak-puak demo TERTIPU dan lebih parah lagi demo berjiwa kering.

Tanpa Nama berkata...

Ni la masanya MB Johor pulak nak meredah banjir.Jgn lupa masuk surat khabar dan TV3.Adun Tenang yg baru pun boleh turut serta mungkin ari tu tak puas main banjir