23 Jan 2011

PKR Tenang: Anak-anak Cina Menjerit Nama "Cikgu Mala"..!!

Labis - "Cikgu mari!" jerit beberapa orang anak berbangsa Tionghwa sebaik sahaja melihat kehadiran calon PAS itu di Pekan Labis. Mereka yang sedang bersedia untuk memasuki kelas tuisyen, tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Cikgu Normala.

Cikgu Normala memulakan hari pertama kempen di pekan Labis dengan mengunjungi kedai-kedai sambil mengedarkan kad Tahun Baru Cina dan limau kepada peniaga di situ.

Beliau turut diiringi oleh empat Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina.

Kehadiran Tian Chua, Hee Loy Sian, William Leong, William Leong dan Gan Pei Nei itu lambang sokongan padu rakan-rakan Pakatan Rakyat kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang ini.

Perjalanan kempen turut dimeriahkan dengan lagu mandarin 'Bu Sien Tau' yang digubah liriknya, sesuai dengan suasana pilihanraya.

"Pilihanraya kecil sudah tiba di Tenang. Menyambut pilihanraya kecil, mengundi Pakatan Rakyat," lagu mereka berulang kali. - n05tenang

5 ulasan:

Unknown berkata...

Ya lagu 'Bu Sien Tau' antara lagu yg paling popular di Tenang

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan Bn dan diganti pemimpin beriman adil dan amanah

bunbinban berkata...

utk bolgger UMNO, perhatikan betul2 Cikgu Mala ni, sejuk mata memandang. Jgn tipu diri sendiri. Jgn kerana wang dan ego kamu semua maka tertutup pintu hati utk berkata benar, berkata apa yg sebenarnya dlm hati korang. Taubatlah, fitnah ini adalah amat besar dosanya lebeh2 lg terhadap seorang yg bertakwa. Pintu taubat masih terbuka sebelum terlambat, maut hadir tak kira waktu. apabila sudah di suratkan ajal kita sampai maka tidak ada siapa pun yg boleh mengelakkannya.

NAN SG SAMAK berkata...

Ya Allah Ya Tuhanku... kau bukakanlah pintu hati semua pengundi Di DUN Tenang pada 30 Januari ini untuk mengundi CALUN PAS.Ya Allah .. Ya tuhanku kau tetapkanlah hati mereka semua.. Amin

kembara ijau berkata...

Aaaaaaaaaaaaaamiiiiiiiiiiiiiiiiiiinn.