Ada Ular Kepala Tujuh Di Kangar

Kangar, 22 Jan -- ULAR KEPALA TUJUH?

Hasrat tiga pemuda dari Kampung Ngulang dekat sini untuk memancing di sebuah alur berhampiran Ampangan Timah Tasuh, empat hari lepas terbantut selepas terserempak dengan seekor ular dipercayai jenis tedung selar berkepala tujuh.

Dua daripada mereka dikatakan demam selepas terserempak dengan ular berkenaan.

Gambar ini dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang pemuda yang kebetulan memberanikan diri dan selepas itu mencetak gambar itu di kedai gambar di sini.

Inilah kebesaran Tuhan supaya manusia berfikir kerana sesuatu kejadian atau benda yang pelik tentu ada hikmah dan pengajarannya. --fotoBERNAMA




2 comments:

View Comments/Post a Comment

2 comments:

Anonymous said...

Tuan GB,
Sebenarnya ular kepala 2 sudah lama ada di negara kita...cuba tengok logo UMNO...diatas logo tu..seperti sekor ular berkepala dua...

Anonymous said...

gambar ni hoax jer. berlambak kat internet. mcm mana boleh jadi cerita kat bernama???!!!

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: