Prima: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...
Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.
Sebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.
“Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.
“Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,” katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.
Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.
Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.
Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.
Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.
Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.
Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia. -mk
Ulasan GB
Sebelum ini, Muhyiddin menyokong kenyataan Chua Soi Lek yang menghina Negara Islam dan hukum Islam.
Sekujur itu Allah datangkan PRIMA untuk memberikan anugerah hebat kepada Muhyiddin: Pingat 3P (Penipu, Pendusta dan Pengkhianat)
Kutuk dan cacilah lagi hukum & negara Islam ...

4 ulasan:
Apa yang susah-susah,keluarkan sahaja buku itu cari buku lain. Nak jaga maruah, maruah siapa ?. Jangan-jangan ada 20 persennya tak ?
muhyidin nak berkuasa sampai tolak islam yang syumul?
dalam setiap hati orang umno khususnya muhyidin ada penyakit nifak.
Hai Ulamak Umno . Apa komen hampa tentang kenyataan preside mca . Gani Osman, Mahyuddin Yasin dan Lee Kuan YU tentang Islam.Adakah anda bisu?
Atau mulut dikunci.
Catat Ulasan