8 maut dalam banjir kilat di Mekah dan Jeddah
Penduduk merungut kerana banjir tetap berulang walaupun sudah terbentuk satu jawatankuasa khas tangani bencana bah
Gambar: BANJIR KILAT: Seorang wanita keluar dari tingkap kereta bagi menyelamatkan diri dibantu oleh seorang lelaki setelah kereta mereka terkandas akibat banjir kilat di Jeddah, Khamis lalu. - Foto AFP
JEDDAH: Banjir kilat melanda Makkah dan bandar raya Jeddah Khamis lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terkorban.
Berita kematian seorang lelaki dan tiga anaknya yang terkorban dalam banjir itu disampaikan oleh Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, kelmarin.
Akhbar setempat, Arab News, semalam pula melaporkan mayat empat lelaki yang mati lemas ekoran banjir di bandar Al-Lith, yang terletak ke selatan Makkah, telah ditemui kelmarin.
Putera Khaled bagaimanapun berkata, bencana berkenaan yang berlaku ekoran hujan lebat yang melanda Jeddah dan daerah lain di wilayah itu adalah terkawal.
Putera Khaled menambah, seramai 200 orang lagi berjaya diselamatkan, sebahagian besarnya dengan menggunakan helikopter.
Menurut beliau, seorang pengawal keselamatan di Jeddah juga cedera dan banyak bangunan kediaman di daerah Al-Sawaed dan Umm Al-Khayr runtuh.
Banjir di bandar raya Jeddah pula menyebabkan keadaan lalu lintas berhampiran pelabuhan pinggir Laut Merah terjejas setelah beberapa jalan utama di timur dan selatan bandar raya itu dinaiki air dan berpuluh-puluh kenderaan rosak.
Pihak berkuasa berkata, banyak rumah penduduk turut ditenggelami air.
Paras air di sesetengah daerah di Jeddah berada di paras lutut, sementara beberapa daerah lagi airnya naik melebihi paras pinggang.
Pada November 2009, Jeddah, bandar raya kedua terbesar di Arab Saudi selepas Riyadh, dilanda banjir mengakibatkan seramai 123 orang terbunuh dan banyak rumah dan bangunan rosak teruk.
Banjir pada November tahun tersebut disusuli dengan satu kempen yang tidak pernah diadakan di Internet oleh para penduduk bandar raya itu sebelum ini yang merungut mengenai rasuah dan perancangan bandar yang teruk.
Ekoran banjir yang berlaku kelmarin, ramai penduduk setempat mempersoalkan mengapa bencana itu berulang walaupun pihak berkuasa telah membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat bencana banjir yang berlaku pada 2009.
'Apa yang telah dilakukan oleh jawatankuasa ini memandangkan krisis yang sama telah berlaku lagi?' tanya seorang penduduk setempat, Encik Rashid Al-Mitairi.
Para penduduk Makkah juga merungut kerana projek-projek yang dijalankan majlis bandaran untuk mengatasi banjir ternyata tidak berkesan.
'Siapa yang akan bayar kos membaiki kereta saya ini? Saya menyara hidup keluarga saya menggunakan kereta ini. Saya tidak ada sumber kewangan yang lain,' kata seorang pemandu teksi, Encik Ali Al-Maqti, yang kenderaannya terkandas dan ditenggelami air banjir di tengah sebatang jalan raya. -- Agensi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan