12 Dis 2010

Online Forex: Satu Kesalahan - Bank Negara

Bank Negara: Online Forex Satu Kesalahan

Bank Negara Malaysia mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram.

MANA-mana individu di negara ini yang melakukan urus niaga melibatkan pertukaran mata wang asing merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Mingguan mStar berhubung aktiviti pertukaran asing secara dalam talian atau Online Forex. “Hanya peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing boleh berurusan dalam pertukaran mata wang asing.

“Online Forex berisiko kerana pelabur akan diperdaya dan wang pelaburan hasil simpanan atau pinjaman bank dilesapkan oleh penganjur,” kata BNM.

Sehubungan itu, BNM mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam dan luar negara.

Kebiasaan modus operandi program berkenaan menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan pelabur sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk.

“Syarikat terbabit kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara.

“Mereka juga menyediakan akses mudah kepada laman web dan kemudahan lain bagi memudahkan pelabur menjalankan urus niaga Online Forex,” kata BNM.

BNM berkata, ini termasuk situasi di mana pelabur dikehendaki menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi urus niaga dan kemudiannya menambah pelaburan permulaan atau panggilan margin bagi mengelakkan kehilangan modal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Online Forex mencurigakan perlu melaporkan perkara terbabit kepada BNM,” jelas BNM.

Saluran aduan kepada BNM boleh menghubungi 1-300-88-5465 atau faks ke 03-21741515 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888: BNM TANYA (laporan/pertanyaan) atau emelkan ke bnmtelelink@bnm.gov.my.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang selain daripada peniaga berdaftar.

Di bawah Akta itu turut menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman web BNM iaitu http://www.bnm.gov.my.

3 ulasan:

Waris berkata...

Tak habis-habis kerajaan UBN nak tipu rakyat. Saya dah bertahun menjalankan urusniaga pertukaran matawang ni dan telah mendapat keuntungan berlipat ganda dan tiada masalah ditipu. Inilah punca pendapatan saya selama ini.

Memang benar urusniaga ini mengundang risiko yang terlalu tinggi tetapi kami rakyat menggunakan wang sendiri hasil dari titik peluh kami sendiri unruk memulakan urusniaga ini. Setiap perniagaan ada risikonya tersendiri dan risiko itu kami akan tanggung sendiri. Ini adalah lebih baik drp tindakan nor yaakop yg melabur forex menggunakan duit rakyat sbnyk 10 billion satu ketika dulu kemudian lesap. Kami hanya merisikokan duit kami sebanyak USD100 (RM370) sahaja sebagai modal permulaan yg sehingga kini membuahkan hasil yg berlipat ganda sehingga mampu menyara kehidupan harian yg semakin tertekan di bumi Malaysia ini. Saya mampu memperolehi pendapatan antara USD500~1000 seminggu buat masa ini. Jika diharap ahli politik BEBAL membantu rakyat alamatnya rakyat akan mati kebuluran.

Risiko ini adalah lebih kecil berbanding risiko mengundi UBN pada PRU13 nanti di mana harga barangan akan naikmendadak serta pendapatan rakyat tetap di takuk lama. Malah risiko serta modal urusniaga ini adalah lebih kecil drp memulakan perniagaan menjual burger.

Tetapi perlu diingat kepada pelabur2 kecil, anda dinasihatkan agar menjalankan urusniaga sendiri serta belajar memahami selok belok trading forex agar tidak rugi. Jangan sesekali serahkan bulat-bulat pelaburan anda utk diurusniagakan oleh orang lain kerana risikonya terlalu besar.

JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI...

Melabur sendiri, berurusniaga sendiri, dan risiko tanggung sendiri. Buangkan mentaliti berfikiran cara meLAYU kuno (cara umno) kerana meLAYU tidak akan maju walau 100 tahun akan datang selagi tidak berusaha sendiri ke arah kemajuan. Umnolebih suka meLAYU meiskin agar mudah dicucuk hidung mereka. MeLAYU perlu ingat setiap urusniaga pasti ada UNTUNG dan RUGI. Berniaga pasar malam pun kadang kala rugi. Itu biasa.... Urus niaga forex hanya untuk yg berjiwa kental sahaja. Tiada apa yg mudah utk berjaya. Sebab itu kita lihat bangsa lain lebih maju berbanding meLAYU...

Waris berkata...

Lagi satu pesanan buat ahli perniagaan yg berjiwa kental... kita perlu ikut resmi air sungai yg mengalir, walau disekat pun ia tetap akan mengalir walaupun haluannya diubah...

Tanpa Nama berkata...

Salam & Maaf mencelah...

Urusniaga FOREX adalah haram!

1. 'short Selling" : Haram unyuk menjual sesuatu yang belum kita miliki atau yang hendak kitak miliki dengan anticipation harga yang nak beli lebih rendah. ( walaupun 'short selling' ini seperti urusniaga 'consignment';

2. 'Overnight interest': haram untuk membiar urusniaga yang menguntungkan dari perbezaan kadar faedah;

3. 'Leverage' : Urusniaga Forex amat menarik kerana dengan USD100 (RM330) kita boleh berurus niaga sehingga bersamaan USD40,000 (RN120,000), jika modal USD1000 kita boleh berurusan sehingga RM1.2 juta- Ini adalah haram kerana '1=1' bukannya '1=400 atau lebih or kurang'

4. apa lagi? Terdapat 2-3 ayat al Quran memperjelaskan perkara di atas.... saya bukan ustaz


5. Urusniaga FOREX adalah urusniaga 'Over the Counter' (OTC), dalam urusan jual beli, is hendaklah 'fizikal'... yang ni saya faham & ada ayat Al Quran memperjelaskannya, cuma saya tak pandai hendak memperjelaskannya...

6. googling 'haram & halal forex' anda mungkin dapat jawapannya...

maaf saja hendak berkongsi pendapat