12 Nov 2010

Wanita Pertama Didakwa Guna Internet Jual Bahan Lucah

Bicara wanita jual bahan lucah 16 November

KLANG – Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh perbicaraan selama dua hari terhadap seorang pengurus pusat peranginan yang dituduh menggunakan Internet bagi meraih pendapatan menerusi penjualan kandungan bahan lucah.

Hakim Slamat Yahya berkata, perbicaraan itu akan bermula pada 16 dan 17 November tahun depan, selepas dimaklumkan pihak pendakwaan yang dokumen berkaitan diserahkan Maslina Hashim, 32.

Maslina adalah wanita yang pertama di negara ini dihadap ke mahkamah atas tuduhan itu dan mengaku tidak bersalah.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Badius Zaman Ahmad hadir bagi pihak pendakwaan, manakala Maslina tidak diwakili peguam.

Dia didakwa menggunakan aplikasi Internet dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Perbuatannya itu dikesan Jabatan Kawal Selia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya, Sepang, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang, 23 Jun tahun lalu.

Maslina didakwa mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga berdepan dengan denda RM1,000 bagi setiap hari untuk kesalahan sama yang diteruskan selepas disabitkan.

Pada 12 Oktober lalu, mahkamah membenarkan Maslina dengan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin. -Bernama




MAHKAMAH SESYEN JENAYAH KLANG

NO. KES JENAYAH: 63-128-10

PENDAKWA RAYA -LWN- MASLINA BINTI HASHIM


KORUM: HAKIM TUAN SLAMAT BIN YAHYA
TPR: BADIUS ZAMAN BIN HAJI AHMAD / PP EN.ZAIRULNAHAR BIN ZAKARIA
OKS HADIR SENDIRI

PERTUDUHAN:

Bahawa kamu pada 23 Jun 2009,jam l/kurang 5.30 petang di Aras 1, Jabatan Kawalselia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Off Persiaran Multimedia, Cyberjaya, dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor, didapati telah menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dengan alamat IP 60.48.170.110 di laman web http://3gpmelayu.com dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada Mohd Fitri Mydin. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3).

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Dalam sebutan pada hari ini, OKS tidak mengaku bersalah dan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM7,000/- dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan akan datang pada 11/11/10.

FAKTA KES

Pada 5 Januari 2009, Eneng Faridah Iskandar (Pengarah Jabatan Kawalselia Kandungan SKMM) telah membuat laporan kepada Jabatan Siasatan SKMM ke atas satu laman web http://3gpmelayu.com yang dikatakan mengandungi kandungan yang sumbang, lucah dan tidak menyenangkan.

Pada 23 Jun 2009, Mohd Fitri Mydin, pegawai SKMM menjadi agen provocateur setelah diarahkan untuk mendaftar di laman web http://3gpmelayu.com sebagai ahli VIP dengan bayaran RM 100 dan telah membuat pembayaran seperti arahan di dalam laman web tersebut melalui perbankan internet. Semasa proses pembayaran, beliau mendapati akaun tersebut dimiliki oleh Maslina Binti Hashim (OKS).

Setelah pembayaran dibuat, beliau kemudian mengisi borang permohonan VIP dalam laman web http://3gpmelayu.com dan menghantar permohonan tersebut secara ‘online’. Seterusnya beliau perlu menunggu email pengesahan dan telah diterima.

Siasatan mendapati URL http://3gpmelayu.com dengan ‘IP address’ IP 60.48.170.110 adalah menggunakan perkhidmatan aplikasi internet daripada Pemberi Perkhidmatan Applikasi.

Pada 1 Julai 2009, serbuan dan sitaan telah dibuat oleh sepasukan pegawai dari SKMM bagi mendapatkan peralatan-peralatan komunikasi yang berkaitan dengan kes untuk dianalisa. Keputusan analisa dan laporan forensik menunjukkan terdapat kandungan imej dan video lucah dalam laman web http://3gpmelayu.com dan menunjukkan ianya ada digunakan untuk mengakses laman http://3gpmelayu.com dari akaun pentadbir yang dimiliki OKS.

Oleh yang demikian, OKS OKS adalah orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu telah menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dengan alamat IP 60.48.170.110 di laman web http://3gpmelayu.com dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) Akta yang sama.-

5 ulasan:

Laniisma berkata...

Ingatkan 'wanita pertama' negara 0.yang Rosmah kumpulkan baru-baru ini, he....

Tanpa Nama berkata...

kerajaan BN macam tak kisah saja

Tanpa Nama berkata...

selagi BN perintah, perkara ni berlarutan tanpa kesudahan

Unknown berkata...

ooo dia didapati bersalah sebab sebarkan bahan lucah dengan maksud komersial.
kalau bagi free tak salah kot.??

Tanpa Nama berkata...

individu ini terainaya oleh suami sndr.. kesian kalu dgr citer sebenarnya..