27 Nov 2010

Shahrizat Yang Tak Tahu Malu

MB Selangor tidak tahu malu’

BANTING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang yang tidak tahu malu apabila meminta semua dana bagi negeri itu untuk diuruskan sendiri.

"Dia minta RM100 juta bagi kepada kerajaan negeri. Permintaan Abdul Khalid mencerminkan cara pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya mengulas permintaan Abdul Khalid supaya 20 peratus daripada bayaran cukai rakyat Selangor dipulangkan kepada kerajaan negeri untuk membantu rakyat memerlukannya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Gempur NKRA Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah di Dewan Orang Ramai, Kampung Bukit Changgang, Sepang, di sini, semalam.

Shahrizat berkata, beliau bimbang jika kebajikan ditadbir melalui kerajaan negeri, ramai rakyat Selangor akan menderita.

Terdahulu, Shahrizat menyerahkan bantuan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kepada 110 keluarga miskin tegar dan miskin berupa bakul nutrisi makanan, pakaian seragam sekolah, tilam, bantal serta wang tunai RM300.

Katanya, program itu sedang berjalan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan sejumlah 90,530 keluarga miskin tegar dan miskin berdaftar di bawah sistem e-Kasih menerima bantuan bagi meringankan beban mereka.

Beliau berharap program itu dapat membantu meringankan beban golongan miskin tegar dan miskin untuk jangka pendek.

Ulasan GB

Tan Sri Khalid Ibrahim ialah MB Selangor yang dipilih oleh rakyat Selangor. Anda, Sharizat Jalil, wakil rakyat mana?

Dah kalah di dalam pilihanraya lepas, tetapi menjadi seorang menteri di atas tiket senator. Dasar muka tak tahu malu!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku cukup menyampah tengok muka betina sekor ni.. macam setannn...

Tanpa Nama berkata...

Bila Pakatan Rakyat perintah Selangor mulalah timbul rakyat miskin di Selangor. Masa BN perintah tak ada miskin ke?

Apa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tak pandai menguruskan wang untuk membantu rakyatnya ke? BN saja ke yang tahu segalanya. Memang dasar kaki busuk hati BN ni.

Tanpa Nama berkata...

pemerhati..

kalo kita xsuka pn xpyh la nk mrngumpat n mengata sesuka hati,mknanya kita x ada beza pn dgn mereka..busuk hati..ini semua politik dunia..apa yg kita perlu lakukan ialah latih dri seniri n ahli keluarga kita supaya kehidupan kita diredhai Allah di dunia dan akhirat..