9 Nov 2010

Saifuddin Cuba Memperbodohkan Ahli PKR

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR.

Sekali gus, beliau menyisihkan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.

"Di tengah hiruk pikuk ini, jawatankuasa pemilihan pusat hanya terima enam aduan secara rasmi.

"Kenapa masih riuh di luar sedangkan hanya enam aduan diterima," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Jelasnya, tiga daripada aduan tersebut masing-masing diterima dari Pulau Pinang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Katanya, pemilihan juga akan diteruskan di sebanyak 133 cabang lagi. -mk

Pemilihan pusat PKR tetap diteruskan, kata SU Agung

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.

Ketika menyatakan pendirian tegas parti itu petang, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.

“Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.

Saifuddin juga menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.

Dalam pada itu seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang memberikan kata dua kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pagi tadi, menang di 11 cabang.

“Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,” kata Saifuddin. -TMI

Ulasan GB

1) Saifuddin berkata, "kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi", jika benar dapat sokongan kuat dari akar-umbi, kuat yang macamana? Bukan beliau sendiri mendedahkan 38 cabang menyokong Zaid dan hanya 37 cabang menyokong Azmin? Kuat apanya? Bukankah sokongan akar umbi kuat pada Zaid?

2) Betulkah hanya 6 aduan rasmi? Sedangkan kenyataan media calon Timbalan Presiden mendedahkan hari ini terdapat 162 aduan?

Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

Bab itu pun masih nak menipu Saifuddin?

3) Saifuddin berkata lagi: “Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,”. Main kasar nampak. Itulah jawapan yang sama Saifuddin beri semasa tewasnya YB Kamarul Baharin bin Abbas di cabang Port Dickson. Kata Saifuddin kalau kita ada manipulasi tentu YB kamarul Bahrain tak kalah.

Jawapan saya, kamu malang kerana kamu tak dapat nak mempengaruhi semua. Penipuan kamu tidak menyeluruh. Kerana Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa, menyekat laluan kamu untuk menipudaya. Dan kini Allah akan mendedahkan lagi kepincangan dan konspirasi kamu-kamu di pimpinan tertinggi.

Jawapan Saifuddin itu sama dengan jawapan UMNO satu ketika dulu bila UMNO membela SPR kononnya SPR bertindak adil dan telus. Kata mereka, "jika SPR tidak adil, pembangkang tak boleh menang walau satu kerusi pun di Parlimen, tak boleh rampas satu negeri pun di negara ini."

Kemudian apa jawapan kita masa itu?

Kita kata, jika SPR benar-benar telus dan adil, kita dah jadi pemerintah Malaysia pada hari ini!

So Saifuddin, janganlah nak kelentong berlebih-lebihan.

Kamu boleh berdegil untuk meneruskan pemilihan. Tetapi Mustaffa dan Zaid juga berhak untuk meneruskan tindakannya. GB berdoa agar Allah memenangkan Zaid dan Mustaffa yang sedang dizalimi oleh sebab sifat kebinatangan pimpinan tertinggi PKR termasuk kamu Saifuddin untuk memenangkan calon pilihan kamu, Azmin namanya.

16 ulasan:

non dot dot berkata...

Semua ada 162 aduan tetapi Nasarudin dah semak dan mendapati bila disatukan ia jadi 6 sahaja !

Tanpa Nama berkata...

Heran jugak, kalau pun 6 aduan, ke enam-enam tu tak penting ker?

Berapa byk aduan baru boleh tangguh pemilihan?

me~ berkata...

http://www.facebook.com/album.php?aid=11163&id=100000719867662#!/photo.php?fbid=119430658090929&set=a.119426711424657.11163.100000719867662

nih die insan yang bersifat kebinatangan yg kamu maksudkan...
klu azmin mungkin..tapi tidak saifuddin nasution ismail.

Tanpa Nama berkata...

Kita mahu ke Putrajaya dgn org yg boleh dipercayai bukan org mcm Zahrain......malu lah ke DAP

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

sapa yg ada masalah sebenarnya pun x tau
yg nak kalah tu ka yg nak menang?

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

pemilihan PKR bukannya tgk berapa banyak cabang yg sokong tetapi berapa ramai ahli PKR yg sokong

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum Semua.
Hoiiiii ,Janganlah nasi dah jadi bubur baru nak stop.Kepincangan ini menyedapkan musuh hentam kita.Ini bukan bola tanggung lagi dah TAPI bom atom.Perbetulkan keadaan sebelum kita dihumbankan ke Pusara Negara(Rancangan PM utk membinanya).Simbolik Si Najib utk humbankan kita ke situ.Jika ini tak diselesaikan,sesungguhnya angan-angan utk tawan Putrajaya tak akan kesampaian.APAKAH PERANAN SEBENAR PENASIHAT PKR jika ini pun didiamkan shj.

apa kena dgn GB ni berkata...

GB

apa kena dengan kau sekarang ni.
suka hati panggil org penipu dan kata2 kesat.

kamu kenal saifuddin ke? kalau kamu salah,adakah kamu akan meminta maaf dgn saifuddin secara berdepan.

Liza berkata...

hal dalam kain pun tak blh nak settle ni kan pula bermimpi nak ke putrajaya... BODOH!

Unknown berkata...

"apa kena dgn GB ni" berkata:

kamu kenal saifuddin ke? kalau kamu salah,adakah kamu akan meminta maaf dgn saifuddin secara berdepan.

hebat sangat ker saifuddin tu. wali tingkat berapa?

kalau saifuddin yg bersalah apakah beliau akan meminta maaf dgn saya dan sekalian rakyat malaysia?

Tanpa Nama berkata...

Saudara GB,anda tlg nilai Zaid ni betul2.Dari mula lg tak mau bertanding,jd mcm Ghafar Baba,nak beri laluan,celupar pd kepimpinan,tak mau terima dasar-dasar dan keputusan parti,angkat Izzah dan mcm2 kerenah.Kenapa saudara membisu dengan sikap yg sebegini?

Unknown berkata...

Sahabatku anon 9:46

Di dalam hal ini, kita kena faham selok belok "pengurusan alaf baru".

Zaman untuk berbisik sudah terlalu semalam.

Pengurusan baru menuntut pemimpin era baru.

Tegas membawa kebenaran dan keadilan, tegas mengkritik sekalipun ia adalah terhdp pimpinan tertinggi.

GB pernah menulis begini:

Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi. Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini.

Semuga penjelasan itu dpt membantu.

ahlibosan berkata...

Nak tanya sikit Azmin Ali,adakah dia akan merasa hebat dan jadi hero sekiranya menang jawatan Tim.Presiden dengan 2 pencabarnya menarik diri dan dengan berlakunya suasan kong-kalikong dalam pemilihan ini?

Tanpa Nama berkata...

Saudara GB.. .jangan suke membuat telahan & manipulasi keadaan.. .
sebaiknya GB dengar dan pahami dari kedua2 pihak baru la nk mengkritik ape jua yg GB merase hak bersuara.. .wassalam

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menempelak tuduhan Datuk Zaid Ibrahim, kononnya ibupejabat parti memihak kepada Azmin Ali dalam pemilihan itu dan tidak melayan sebarang cadangan beliau bersabit pemilihan itu.

Menurut Saifuddin hakikat adalah Zaid menang di 38 cabang PKR manakala Azmin di 37.

Azmin bagaimana mendahului dari segi majoriti undi kerana keahlian yang lebih besar di cabang-cabang yang dimenangi oleh beliau.

Saifuddin turut menegaskan bahawa rungutan beliau kononnya cadangannya untuk memperkasakan proses pemilihan ditolak adalah tidak berasas.

"Surat dari calon Zaid pada JPP dan sekretariat bertarikh 5 OKT ada tujuh cadangan. Pertama calon dibenarkan lantik 'polling agen' di setiap cabang. Cadangan dia kita terima pakai. Kedua kertas undi patut letak no siri. Cadangan ini diterima.

"Peti undi mesti lutsinar. Kita tak buat sebab tak cukup duit. Senarai ahli berdaftar sahaja diguna pakai, yang ini kita buat. Ruang buang undi mesti diasing, kita buat. Masa perlu tetap dan ketujuh ahli yang bayar yuran parti mesti diberi peluang mengundi.

"Diakhir surat ini, Zaid kata harap cadangan dia diluluskan cepat supaya dia boleh buat keputusan samada mahu menerima pencalonan atau tidak. Hakikatnya, pada masa itu Zaid telah menerima pencalonan," terang Saifuddin.

Saifuddin kesal atas tindakan Zaid melontarkan tuduhan yang bertujuan mencemari kredibiliti ibupejabat PKR dan jawatankuasa pemilihan pusat.

Keputusan ahli PKR pada pemilihan adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi sebagaimana yang didakwa oleh Zaid.

"Zaid menang 38 cabang, azmin 37 cabang. Ini fakta. Bila Azmin mendahului alasannya mudah kerana mobilisasi Azmin yang baik. Itu diluar kuasa JPP dan sekretariat.

"Kalau kamu jaga baik mobilisasi kamu, maka baiklah politik kamu. 38 cabang 'solid' sokong Zaid. Kalaulah benar berlaku aktiviti memenangkan, mustahil Zaid mendahului 38 cabang," katanya.

Saifuddin berkata jentera calon-calon yang tidak dapat menjalankan tugas masing-masing tidak harus menunding jari kepada ibu pejabat parti.

"Atas pemintaan Zaid sendiri ada 'poling agen' dan 'counting agen' dibenar bertugas. Kegagalan calon lantik 'poling agen' untuk pantau pemilihan, jangan tuding JPP dan sekretariat, salahkan jentera kamu sendiri," katanya.

anti-penipu berkata...

"Peti undi mesti lutsinar. Kita tak buat sebab tak cukup duit. "

Kah kah kah

Ya ker tak cukup duit. Kan ramai jutawan dalam PKR, atau paling tidak pun cukai sikit gaji2 YB PKR yang puluohan ribu seorang tuh untuk buat tong lutsinar.

Patutlah byk penipuan. Tak da siapa nampak dari luar tong berapa ada kertas undi dan warna kertas undi di dalamnya.

Kes Beluran, Sandakan dan TAwau mendedahkan hakikat wujudnya kertas-kertas undi yang terlalu banyk (ratusan) berpihak pulak kepada calon yg kontrobersi, Azmin.

Memang alasan jer tak cukup duit tu...