9 Nov 2010

Siapa MB Yang Pernah Nak Jadikan Selangor Salah Satu PIG COUNTRIES?

MB Selangor perli Khir boleh jadi tak pernah belajar perakaunan

SHAH ALAM, 9 Nov — Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa kerajaan Selangor bakal menjadi “PIGS countries”, yang bakal bankrap mengikut langkah Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol.

Dr Khir membuat tanggapan sedemikian atas alasan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim terus mengamalkan belanjawan defisit, bukannya bajet berimbang yang dipopularkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri, semalam.

“Akan datang Selangor akan dibandingkan, dengan izin, ‘PIGS countries’, bukan merujuk kepada negara penternak babi tetapi merujuk kepada Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol (PIGS) yang berdepan dengan masalah kewangan dengan serius,” kata Dr Khir (gambar) pada sidang DUN Selangor.

Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang berkata demikian kerana perbelanjaan negeri pada 2009 defisit sebanyak RM65.98 juta.

Beliau menjangkakan, Bajet 2010 juga akan terus defisit minimum sebanyak RM114 juta berbanding anggaran pendapatan asal iaitu sebanyak RM1.35 bilion.

Ini kerana menurut Dr Khir, kerajaan negeri pada April lalu telah mendapat peruntukan tambahan RM69 juta.

Pada Julai lalu, tambah Khir, kerajaan negeri sekali lagi mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta.

Pada sidang DUN semasa, kata beliau, kerajaan negeri turut memohon peruntukan tambahan RM8 juta.

“Keseluruhan belanjawan tambahan tahun ini (2010) ialah RM194 juta, jumlah keseluruhan Belanjawan 2010 adalah sebanyak RM1.494 bilion,” jelas Dr Khir.

Bagaimanapun, Khalid, Menteri Besar Selangor menerusi satu kenyataan media petang tadi menafikan jangkaan perbelanjaan yang didedahkan Dr Khir.

“Boleh jadi dia (Dr Khir) tidak pernah belajar perakaunan atau belanjawan, belanjawan adalah satu proses, bukan satu kesimpulan.

“Jadi, belanjawan itu akan ditinjau atau dinilai semula.

“Ada belanjawan berimbang dan ada belanjawan tidak berimbang, oleh itu perkara yang mengatakan (anggaran) belanjawan mesti tidak berubah tak ada,” kata beliau.

Beliau turut menafikan dakwaan Dr Khir bahawa kononnya Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat turut mengamalkan perbelanjaan defisit seperti kerajaan pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Walaupun defisit pada bulan Disember (2009), tetapi pada bulan Jun tahun ini kita telah meningkatkan simpanan rizab negeri (sebanyak) RM285 juta... merupakan peningkatan tertinggi sejak lima tahun lalu,” kata beliau.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan Dr Khir supaya tidak hanya menuduh kerajaan negeri bakal bankrap sekiranya beliau ikhlas mahu membangunkan kerajaan negeri.

“Perdana Menteri Malaysia yang mengamalkan perbelanjaan defisit yang jumlahnya bukan RM200 juta, jumlahnya ialah RM20 bilion hingga RM40 bilion.

“Kalau kerajaan negeri itu berbelanja (defisit) tak sampai RM200 juta, bayangkan kalau kekurangannya (kelemahan kerajaan pusat) sehingga RM20 (defisit)... perbincangan ‘loyar buruk’ (Dr Khir) ini tidak boleh digunakan.

“Kalau dia (Khir) takut Selangor bankrap, dia kena memberitahu Perdana Menteri kerana Perdana Menteri adalah ialah menjalankan belanjawan defisit,” jelas Khalid sambil meminta rakyat mengetepikan dakwaan Selangor bankrap oleh bekas menteri besar itu. -TMI

Ulasan GB

Yang hampir membankrapkan Selangor, setahu rakyat ialah sewaktu Khir Toyo menjadi MB. Kes Disneyland, sampai bawa berpuloh ahli keluarga menelan belanja jutaan ringgit. Kes beli apartmen mewah di Mekah menggunakan wang Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), kes istana Khir di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 Shah Alam yang berharga RM24 juta dan banyak lagi.

Selangor yang diperli oleh Khir jadi one of the PIGS COUNTRIES pun sebenarnya di zaman Khir Toyo. Pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.

Siap ada bukti bergambar lagi. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononnya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor.



5 ulasan:

Yong berkata...

Ya ampuuun! Dr Khir kan doktor gigi. Dia pandai bilang gigi, bukan bilang duit belanjawan. Satu lagi benda yang dia pandai bilang ialah tempe!

Tanpa Nama berkata...

Lantak kau lah khir, Mulut kau punya. Ngomel lah secukup rasa. Aku peduli hape. Masa kau dah berlalu. MB Khalid tuh jauh lebih cerdik dan berwibawa.
Ok wak, aku minggir dulu.

Tanpa Nama berkata...

apa laa doktor gigi ni merepek... dia nak kira gigi pigs ke.... isk3 mcm mana umno boleh ambil dia ni jadi pemimpin??

zaid Ampang berkata...

Aku rasa la kan elok kalau dia ni tumpukan perhatian kepada klinik gigi supaya gigi seluruh rakyat Selangor jadi tambah cantik. Lagi baik daripada dok cakap sebagai orang hilang kuasa, dah tu kata orang tak betoi, tak sedag yang dia lagi kona baring....Kesel aku krungu crito Khir !

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Sepatutnya orang yang berpendidikan tinggi tahu erti kebenaran berbanding kebanyakan rakyat yang sijilnya hanya berbahasa Melayu. Semua orang tahu bahawa kebenaran akan membuka pekung di dada. Tetapi mengapa Dr.(GIGI) Khir sedaya upaya mahu memburukkan kredibiliti seteru ?, kawan sebelahnya ?, hanya untuk menaikkan keagungan diri kerana kawan satu parti juga menjadi saingan.

Setiap langkah kebenaran yang dibawa seteru perlu dicaci kerana setiap kejayaan itu akan dengan sendirinya memecah tembelang diri masa berkuasa dahulu. Mengapa demikian lakunya. Bukankah tuan doktor telah diberi peluang mentadbir negeri dahulu. Mengapa hanya berkemampuan beberapa bulan sahaja menjalankan dengan penuh amanah. Buktinya tuan doktor dapat lihat sendiri. Betul juga akan risik hatimu. Mereka juga punya keinginan menjadi ketuamu.

Mengapa tidak dikuatkan taubat diri, kerana setiap kali tuan doktor membuka mulut bau busuknya sampai ke sempadan kampung. Tuan doktor masih muda dan berpengaruh kerana gedung mu yang besar. Tuan doktor juga masih berpeluang waima untuk menjadi PiEm Malaysia sekali pun insa Allah. Tadbirilah diri dengan penuh amanah memperjuangkan hak rakyat dari SEKARANG, dan bukan dengan memburukkan kerja baik orang lain.

Gigi pesakit yang rosak rawatilah ia kalau diminta ~ ikhlas sahaja, tapi kalau gusi tuan doktor yang bengkak BAGAIMANA?. Fikir-fikirlah kerana tuan doktor bukan lagi penjual surat khabar lama. Jangan terbawa-bawa perangai itu lagi. Wasallam.