24 Nov 2010

PKR Menipu Jumlah Keahlian

Betulkah PKR ada 400,000 ahli?

Dakwaan PKR yang ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tandatanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.

Menurut mereka sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lalu yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan ahli parti keluar mengundi.

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.

"Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan.

"Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Mohamed Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun," katanya.

Anuar berkata sekiranya benar anggota PKR sebesar itu, ini bermakna sebahagian besar tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti, maka ini dilihat sebagai satu protes secara halus.


Mengikut keputusan tidak rasmi, Mohamed Azmin yang kini naib presiden PKR,
dipilih sebagai timbalan presiden mengalahkan seorang lagi naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub. Seorang lagi calon, Datuk Zaid Ibrahim, menarik diri dan keluar dari parti itu selepas mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemilihan.

Jawatan presiden kekal dipegang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menang tanpa ditandingi. Anak Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah, pula terpilih sebagai naib presiden.

Ditanya mengapa pemilihan MPP hambar dengan peratusan keluar mengundi pada tahap 10 peratus sahaja berbanding Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), Anuar berkata ia disebabkan keghairahan anggota untuk mengundi terbantut kerana telah diberikan tekanan oleh beberapa pemimpin.

"Segalanya telahpun dicaturkan dan ada juga pemimpin yang mendesak, merayu, meminta dan ada juga yang mengugut supaya calon mereka dimenangkan,"
katanya.

Kenyataan yang hampir sama turut disuarakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor.

Katanya meskipun beliau tidak mengetahui jumlah anggota PKR selepas meninggalkan parti pada 2006, jika berdasarkan jumlah keanggotaan yang ada, sepatutnya lebih ramai anggota yang mengundi pada pemilihan MPP.

"Sekiranya benar, sudah pastinya calon yang menang tidak diberikan mandat daripada ahli untuk memimpin parti berdasarkan kepada peratusan kecil yang keluar mengundi," katanya.

Ezam tidak menolak kemungkinan bahawa peratusan mengundi rendah disebabkan anggota PKR merasa diperalatkan untuk mencapai matlamat politik individu tertentu.

Penganalisis politik, Sivamurugan Pandian, pula berkata beliau juga sangsi dengan jumlah keanggotaan PKR.

"Saya tidak tahu ia benar atau tidak. Kalau benar, sudah pastilah mereka ini akan keluar mengundi.

"Kalau kita berpegang kepada baki 90 peratus lagi anggota PKR keluar mengundi, keputusan pemilihan boleh jadi berbeza.

"Pada saya kalau benar (anggota PKR 400,000), 90 peratus itu adalah kelompok yang menunjukkan protes secara halus," katanya.-Bernama



PKR tipu jumlah ahli untuk rundingan kerusi…menang sebab jentera PAS
Oleh: HELME HANAFI

Betul ke PKR ada ahli seramai 400,000 orang? Rasa ragu dan pelik ini memang sudah menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi melihat pada jumlah ahli parti itu yang keluar mengundi dalam pemilihan jawatan utama parti itu yang sedang berlangsung sekarang.

Seorang bekas orang kanan parti itu tampil setelah membaca mengenai isu berkenaan dalam ruangan Sembang Kawan di Agendadaily Jumaat.

Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli mendakwa jumlah ahli yang digembar gembur oleh parti itu hanya temberang.

Dakwannya tujuan PKR tipu jumlah ahli parti itu kononnya ramai semata-mata sebagai taktik rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dan DAP.


“Mempunyai ahli yang ramai merupakan syarat penting rundingan kerusi dalam Pakatan Rakyat, sebab itu PKR terpaksa dakwa mempunyai ahli yang ramai untuk kaburi mata DAP dan PAS supaya parti itu dapat bertanding banyak kerusi,” katanya kepada Agendadaily Jumaat malam.

Sedangkan menurut Nazmi, hakikat sebenar ahli PKR jauh lebih rendah, dan jumlah itu dapat dilihat kepada ahli yang komited menyertai proses pemilihan PKR kali ini.

“Contohnya di Sungai Petani hari ini hanya 202 sahaja yang keluar mengundi dari 3,222 ahli, jadi soalannya, betul ke ada ahli banyak macam itu, atau hanya data yang dimasukkan untuk tujuan lain?” soal beliau.

Ruangan Sembang Kawan membuat komentar mengenai perkiraan jumlah undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dimana hanya 11,600 ahli yang mengambil bahagian.

Kalau mengikut putara… dari jumlah yang mengundi Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Auyb di 87 cabang yang telah selesai mengadakan pengundian setakat hujung minggu lalu hanya 134 ahli mengundi pada setiap cabang.

Menurut Nazmi, PKR selama ini hanya menumpang kekuatan PAS dari segi mobilisasi jentera setiap kali berlangsung pilihanraya.

“Tanpa sokongan jentera PAS dalam pilihanraya umum 2008, PKR tidak akan menang kerusi sebanyak yang kita lihat hari ini,” kata beliau.

Jelasnya lagi, apa yang mengecewakan ahli PAS sehingga kini adalah selepas menang besar PKR berlagak macam bos dalam Pakatan Rakyat.


“PAS hanya dapat ‘seredak’ sahaja, sebab itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengatakan PAS tidak mahu hanya melihat sahaja kemenangan ini tetapi mereka juga mahu memimpin dan memberi makna pada kemenangan Pakatan Rakyat ini,” ujarnya.

Menurut Nazmi, PKR perlu berterima kasih kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor yang sanggup berkorban dengan menerima PKR sebagai parti baru dalam Barisan Alternatif ketika itu.

“Tanpa pengorbanan Fadzil Nor, tidak akan ada Pakatan Rakyat hari ini, PKR tidak ada apa-apa, Anwar hanya menumpang apa yang telah diusahakan oleh Fadzil Nor semasa beliau dipenjara.

”Bahkan selepas Fadzil Nor meninggal dunia pun, dan Anwar bebaskan pun, PAS yang berperanan besar termasuk dalam ‘Demo Bersih’ beberapa bulan sebelum pilihanraya umum ke 12” kata beliau.

Dalam pilihanraya umum ke 12 BN hanya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ditandinginya. Di peringkat DUN, BN hanya memenangi 307 kerusi daripada 505 kerusi yang ditandinginya.

PKR telah memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN, Pas menang 23 Parlimen dan 83 DUN manakala DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN.




PKR Tipu Jumlah Ahli?

1. Saya jarang bersetuju dengan portal Umno (baru), Agendadaily. Namun pendedahan berkenaan jumlah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikit sebanyak boleh diterima dan dikaji dengan lebih mendalam. Klik di sini.

2. PKR mendakwa punyai ahli seramai 400,000 orang. Namun jumlah peratusan yang keluar mengundi dalam Pemilihan PKR mutakhir ini amat-amat mengejutkan. Rata-rata yang keluar mengundi adalah sekitar 4 hingga 11 peratus sahaja. Ia jauh lebih rendah daripada peratusan undi dalam mana-mana pilihanraya di Malaysia.

3. Ahli-ahli PKR kebanyakkannya bukan dari spesies manusia apolitical. Mereka peka dan celik terhadap perkembangan politik. Jika tidak, mana mungkin mereka akan memilih parti pembangkang yang sedang diserang hebat oleh media-media arus perdana. Mereka sudah tentu punyai kesedaran politik yang tinggi.

4. Pemilihan PKR yang melibatkan semua ahli di seluruh negara seolah-olah ‘perangkap makan tuan’ untuk PKR. Selain daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan manipulasi undi, PKR juga terdedah kepada pembongkaran jumlah sebenar ahli partinya.

5. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution perlu jujur dalam hal ini. Jika benar keahlian partinya hampir setengah juta, sila buktikan.

6. PKR tidak boleh berterusan menjadi parti yang bergantung pada kekuatan jentera PAS dan DAP. Sepanjang penglibatan saya dalam kempen-kempen pilihanraya, majoriti daripada jentera Pakatan Rakyat adalah daripada parti PAS. Manakala DAP di kawasan-kawasan yang agak ramai pengundi Cina.

7. PKR hanya bergantung pada barisan hadapan pimpinan partinya khususnya DSAI.

8. Sebenarnya ramai yang hairan apabila apabila PKR kelihatan begitu mudah untuk menamakan (kini memilih) ketua-ketua Cabangnya dari kalangan ahli-ahli parti yang masih muda. Ketua cabang dari kalangan wanita juga agak ramai. Kebiasaannya dalam sebuah parti yang besar, persaingan untuk jawatan-jawatan tertinggi adalah sangat tinggi. PKR bukanlah parti nyamuk seperti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ataupun PPP.

9. PKR mestilah agresif menarik keahlian di setiap bahagian bagi memastikan survival partinya akan dapat diteruskan walaupun tanpa DSAI pada masa hadapan.

10. PKR juga mestilah jujur pada rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat jika tidak mahu dikhianati.-hasbiemuda


Ulasan GB

Berkali-kali GB sudah bangkitkan hal ini bahawa kononnya ahli PKR ada seramai 400,000 yang diberikan oleh Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution itu amat meragukan. Penipuan itu pula diikuti dengan siri penipuan-penipuan di dalam kenyataan-kenyataan Saifuddin sepanjang Pemilihan berjalan.

Ada juga yang membela Saifuddin, tetapi GB tidak dapat menyelam sebarang kebenaran dari kenyataan-kenyataannya, ia tak lebih hanya menjadi seorang "yes-man" kepada Anwar Ibrahim.

Termasuk yang membelanya adalah wakil rakyat dan blogger PR yang mengikut telunjuk Anwar-Azmin. Di atas nama nak jaga hati kawan. Bebal tak bertempat, bodoh bertingkat-tingkat.

PAS dan DAP perlu tegas selepas ini. PKR sudah pun berjaya melakukan penipuannya kepada kedua-dua rakan komponennya untuk mendapat kerusi terbanyak di dalam pilihanraya.

Pastikan penipuan mereka tidak berulang dan mereka perlu berikan bukti mengenai keahlian yang didakwa oleh mereka seramai 400,000 orang itu.

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. -Al-Baqarah:9

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya dah agak dah, anwar mmg menipu masa mula2 berbincang utk mengagohkan kerusi pilihanraya.

saya masa tu tertanya2, mcmana parti yg baru ditubuhkan tiba2 boleh dapat byk kerusi...

mmg makhluk x berguna anwar ni.

Tanpa Nama berkata...

PENIPUAN betapa disorok bagaimana sekalipun TETAP akan terdedah juga.

Yong berkata...

Ikut logik memang tak logik. Kat Malaysia ade berpuluh2 parti politik. Tiap2 satu mendakwa ade beratus ribu hingga berjuta ahli. Berapa sebenar bilangan rakyat Malaysia? lebih kurang 27 juta. Yang layak jadi ahli parti politik mungkin ade 10 juta je, sebab yang lain kanak2, belia bawah umur dan pelajar university. Fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Jika benar kandungan artikel di atas, ku doakan PKR lingkup semuanya dan untuk selama-lamanya.

Tanpa Nama berkata...

PR perlu berhati2 dengan permainan Anwar dan PKR. Mereka menjadi pemusnah. harapan dan cita-cita PR.

Pemilihan PKR 2010 menyaksikan PKR terlalu kotor dan hanyir.

Tanpa Nama berkata...

Yang lebih tu JENGLOT yang manusia tak boleh nampak!

Kah Kah Kah

Tanpa Nama berkata...

PKR mungkin rasa ahlinya ramai sebab mereka menang banyak kerusi parlimen dalam Pilihanraya Umum 2008. Malangnya mereka tidak menyedari bahawa kemenangan mereka adalah hasil dan sokongan orang2 PAS dan DAP yang ramai di bandar2.

Tanpa Nama berkata...

walupun data yg di keluarkan rendah , tetapi data itu adalah yg terbaik antara parti-parti politk yg lain ,

berapakah anggaran peratusan anggota-anggota umno / pas / dap atau lain-lain parti yang BAKAL turun mengundi jika proses yg sama di laksanakan?

setakat ini TIADA data yg boleh di terima pakai dan boleh di jadikan perbandingan.

tamat.

Tanpa Nama berkata...

data kedatangan rendah satu hal, yang datang 40 tapi bilangan mengundi beratus tu apa hal? menipu apa pasal?
laporan dah beri tak amik tindakan kenapa? tu tanda-tanda pkr dah nak mampos! hidup menipu takkan selamat.

Tanpa Nama berkata...

dalam UPU, nak cari paca utk calon Parlimen PKR pun harap org PAS... apa ke hal?

Almarhum Ustaz Hassan Shukri cukup maklum perkara ini.