12 Nov 2010

Maruah PKR Ke Tong Najis Bila Pemilihan Diteruskan

Sah, PKR tidak tangguh pemilihan walaupun aduan banyak, kata pengerusi JPP

PETALING JAYA, 11 Nov – Pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sekarang akan diteruskan walaupun ada gesaan agar ia dibatalkan dan diadakan semula proses pengundian ekoran dakwaan kepincangan dan kecacatan.

Ketika dihubungi petang ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata ia antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik yang diadakan semalam.

“Ya, ia hasil mesyuarat Biro Politik, dan diputuskan pemilihan tidak akan ditangguhkan, akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan dan diputuskan sebelum ini,” kata Dr Cheah.

Keputusan itu ekoran memorandum yang dikemukakan oleh salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub kelmarin.

Dr Cheah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Mustaffa tengah hari tadi untuk menjelaskan keputusan, antara lain meminta bukti dan penjelasan berhubung aduan-aduan yang dikemukakan dalam memorandum beliau.

Mustaffa memberitahu beliau akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pendiriannya ekoran keputusan yang disampaikan oleh JPP.

“Ada masanya kita kena amalkan (prinsip) ambil dan beri, saya akan umumkan pada sidang media esok,” kata Pengerusi PKR Perak ini.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan keputusan itu, Mustaffa yang kini merupakan Naib Presiden PKR berkata: “Ya, puas hati.”

Mustaffa berkata pertemuan dengan Dr Cheah berlangsung kira-kira sejam.

Ketika ditanya sama ada Mustaffa diberikan sebarang tempoh untuk mengemukakan bukti dan penjelasan yang diminta, Dr Cheah berkata beliau berharap ia akan dikemukakan dalam waktu terdekat.

Ditanya hujung minggu ini, kata beliau, “ya, saya harap beliau akan kemukakan dengan segera.”

Dr Cheah juga yakin pemilihan membabitkan baki cabang mulai esok akan berjalan dengan lancar memandangkan tiada masalah besar setakat.

Dalam laporan pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan, Biro Politik PKR yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan memorandum kata dua calon timbalan presiden berhubung pemilihan pusat tidak membuat keputusan muktamad atas alasan memerlukan bukti kukuh dan keterangan susulan.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berlangsung kira-kira dua jam, memutuskan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pengadu.

Memorandum yang diserahkan oleh Mustaffa menggesa parti mengambil tindakan segera dalam 48 jam - tempoh yang akan berakhir petang ini.

Ia menggesa agar proses pemilihan dibatalkan dan digantikan dengan pengundian baru walaupun 87 cabang sudah selesai mengadakan pengundian sepanjang lima hari pertama, sehingga Ahad lalu.

Sehari sebelum itu seorang lagi calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding atas alasan wujud banyak kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Malah Zaid juga melepaskan semua jawatan dalam parti dan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi calon timbalan presiden Azmin Ali keluar parti.

Biro Politik mengadakan mesyuarat mingguan malam tadi tetapi calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini termasuk Mustaffa sendiri tidak hadir.

Dr Cheah yang dipetik Bernama menyebut, pemilihan parti tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan.

“Orang kena faham, untuk membuat sesuatu keputusan ia perlu ambil masa, setiap aduan kita perlu teliti dahulu,” katanya.

Pemilihan pusat yang berlangsung pada 29 Oktober lepas dan akan berakhir 21 November ini melibatkan sebanyak 218 cabang. Ia disusuli dengan Kongres Nasional Tahunan PKR selama tiga hari mulai 26 November di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.

Esok, sebanyak 12 cabang akan mengadakan pemilihan iaitu empat di Kelantan dan lapan lagi di Kedah dan 41 lagi pada Sabtu ini.

Ulasan GB

Cukup degil. Walaupun Saifuddin yang sebelum ini begitu galak buat kenyataan untuk Pemilihan telah berdiam diri, ternyata Presiden dan Pengerusi JPP, Molly Cheah pula tak tahu impak apabila pemilihan diteruskan.

Azmin akan menang, tapi menang dengan maruahnya sebusuk tong najis. Demikian juga maruah PKR sendiri.

Ini kerana sekalipun bukti-bukti sukar untuk diperolehi untuk membuktikan wujudnya penipuan (kerana keseluruhan pemilihan sebelum ini dikawal ketat oleh pimpinan tertinggi yang antara lain untuk mempastikan tiada bukti dapat dikesan - sama macam kes Sosilawati jugak) tetapi satu dunia dah tahu PENIPUAN memang wujud.

Baca ni:


Many of them, including women, from Penang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negri Sembilan, Malacca, Johor and Pahang did not mince their words when they criticised the PKR leadership and its central election committee (CEC) for the current state of affairs.

Although they did not mention names, they were clearly expressing their frustration at Anwar for keeping quiet over questionable practices in some divisions such Libaran, Sabah, and a few other places.

It was highlighted in the online media that the voter turnout for Libaran was fewer than 100 members. But the official result showed Azmin obtained 881 votes, Mustafa Kamil Ayub (the other contestant) eight and Zaid six.

A youth leader from Perak highlighted the discrepancies in the number of ballot papers printed and the actual membership of a division. “Why was it that in some divisions only 15% of the ballot papers were printed when the actual numbers of members could be higher?

"But in Libaran about 900 ballot papers were printed but how did the CEC know in advance that there would be a high voter turnout?” he asked
.


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai apo nak diharapkan pada 2 boneka ni..

Tanpa Nama berkata...

Jika PKR tumbang, UMNO-BN akan terus bermaharajalela. Peranan PKR penting bagi mengikat PR dan permasalahan dalaman perlu diselesaikan secara kekeluargaan.

Peranan kita ialah untuk menerapkan politik matang untuk menjadi negara maju. Kena jauhkan amalan mengulas perkara yang belum tentu sahih yang akhirnya perkara tak betul dianggap betul oleh orang tak tahu rentetan ceritanya.

Tanpa Nama berkata...

Anwar-Saifuddin-Azmin boleh disiasat oleh SPRM jika ada ahli membuat aduan.

ROS juga boleh batalkan pendaftaran PKR jika ada aduan terhadap penipuan di dalam Pemilihan.

Itu akibat-akibatnya jika Pemilihan diadakan juga.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:36

Jika PKR tumbang, UMNO-BN akan terus bermaharajalela. Betul, tetapi yang membuatkan PKR tumbang ialah Anwar sendiri bersama konco-konconya.

Kalau nak sgt Azmin jadi Timbalan Preside buat apa ada pemilihan?

Apa guna Pemilihan jika melakukan Penipuan?

Tanpa Nama berkata...

PKR masih dalam proses pembersihan...Tulang belakang PR perlu mantap dalamannya dahulu.

cool bro berkata...

GB

kredibility kau pun akan tergugat just kerana taksub kau pada zaid.

rilekla bro.,

kami pun tidak berapa puas hati dengan bebrapa kejadian dalam PKR ni tapi perkataan2 yg kau sebut seperti perangai datuk zaid.

aku mulanya setuju dengan zaid tapi perangai loose canon dia dah bagi aku menyampah dan berfikir 2 kali.

Unknown berkata...

Anon 9:23

Sejak bila saya taksub kpd Zaid? Buktikan mana-mana artikel saya yang membodek dan mengampu Zaid?

Berkali-kali saya nyatakan saya hanya membela kebenaran dan keadila. Dan seandainya kenyataan saya ada membela Zaid ia hanya kerana beliau perlu dibela, bukan bererti saya taksub kepadanya.

Saya hanya menyerang penipuan dan kelemahan Pemilihan disamping mendedahkan penglibatan beberapa pimpinan PKR tertinggi PKR yang merosakkan partinya sendiri.

Masalahnya ialah terlalu ramai di dalam PR orang yang taksub kepada Anwar. Sekalipun Anwar ternyata dah lakukan kesalahan, masih terus gila mempertahannya.

Hal ini bertentangan dgn agama dan wajar ditegur.

along7275 berkata...

Bro GB,
Byk ulasan bro...yg saya setuju dan jugak yg tak setuju...tp pasai ulasan semua dlm blog ikut suka bro nak ulas apa apapun????....tp pendapat saya Bro kena memberi jalan,cadangan apa sahaja yg boleh memantapkan Parti2 PR nie terus kepada Pucuk pimpinannya,jgn tunjukan salah saje diupdate dlm blog......cara nie tak brapa nak cantek sgt.....kita haruslah bersatu jgn tak suka sorang hentam kaw2 punya....penaik sorang lg....dunia politik macam nie la kan bro....apa yg berlaku dlm pemilihan PKR skrg nie...satu pengajaran...nanti boleh diperbaiki...dgn SPR nampak kita berlembut aje pun..tp dlm Parti2 PR ...semua nak serang ajepun...tgk belum apa2 dah ada crita nak tubuh KeAdilan Baru lah dan sebagainya...Saya rasa kita harus membaca dan mengambil berat dgn pandangan daripada Prof Aziz untuk kebaikan kita bersama menentang kebejatan BN .SIAPAKAH YANG KITA TENTANG?????????tanamkan dlm diri siapa yg ditentang itu....Trima Kasih...Selamat Berjuang Bro GB dan sihat selalu...

Tanpa Nama berkata...

dah banyak parti serpihan UMNO terlungkup, PKR satu-satunya harapan rakyat Malaysia, takkan masing-masing nak ambil peluang dan bantu jahanamkan lagi macam UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Yang menghancurkan PKR ialah pimpinan PKR sendiri yang rakus kuasa. Guna taktik kotor untuk memenangi jawatan tertinggi parti.