2 Nov 2010

Kes Sosilawati: Anaknya Kemuka Saman RM60 Juta

Anak Sosilawati Kemuka Saman RM60 Juta

Gambar: Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Kamarudin Ahmad memfailkan saman terhadap N. Pathmanathan dan lima pekerja ladang yang didakwa terlibat dalam kes kematian jutawan kosmetik itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Enam anak pengusaha kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada Selasa mengemukakan saman tuntutan ganti rugi berjumlah RM60 juta terhadap suspek-suspek yang terlibat dalam pembunuhan jutawan kosmetik berkenaan.

Tuntutan ganti rugi itu dikemukakan oleh Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati and Siti Nur Fatimah melalui firma guaman Kamarudin & Rakan-rakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka menamakan enam individu sebagai defenden iaitu kesemua yang dituduh terlibat atau bersubahat dalam pembunuhan ibu mereka.

Empat daripadanya ialah bekas peguam N. Pathmanaban, R. Kathavarayan, R. Matan and T. Thilaiyagan sementara dua yang lain ialah K. Sarawanan dan U. Suresh. Kedua-duanya mengaku bersalah terlibat membakar dan membuang abu mangsa iaitu Sosilawati dan tiga lagi ke dalam sungai.

Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, ditemui mati dibunuh di sebuah kawasan ladang di Banting pada 30 Ogos lalu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak saman kerajaan BN yang gagal menjaga keamanan dan keselamatan rakyat?

Tanpa Nama berkata...

jenayah meningkat, pemimpin UMNO selamat, rakyat tak selamat.

Tanpa Nama berkata...

Biar mereka bengkrap hingga ke tujuh keturunan..!!??

Tanpa Nama berkata...

MASA ZAMAN PAK LAH KAKI NGANTOK " KESELAMATAN RAKYAT DI UTAMAKAN KATANYA....JADI ZAMAN LA KERAJAAN NB SEKARANG??? NASIB BAIK LA MAK KAU ORG TERKENAL.....KES PUN ON....KALAU MAK CIK JUAL NASI LEMAK YG KENA BUNUH SILAP-SILAP..KES BAWAH TIKAR LA JAWAPNYA??? KENAPA POLIS TAK SIASAT SIAPA YG MENJADI PENGERUSI-PENGERUSI PADA SYARIKAT PEGUAM LAHANAT TU??? KALAU TAK ORG UMNO??? SIASAT LA......