3 Nov 2010

[Bergambar] Lagi Gambar Banjir Di Kedah

14,818 mangsa dipindah

ALOR SETAR: Banjir di Kedah bertambah buruk apabila seramai 14,818 penduduk membabitkan 4,188 keluarga di empat daerah di negeri itu iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar dipindahkan ke 87 pusat penempatan apabila rumah mereka dinaiki air sedalam antara satu dan lebih dua meter berikutan hujan lebat sejak Sabtu lalu.

Kubang Pasu mencatat mangsa banjir paling ramai dipindahkan iaitu 10,834 orang membabitkan 3,108 keluarga diikuti Padang Terap, 3,478 orang daripada 927 keluarga, Kota Setar seramai 438 orang daripada 136 keluarga manakala Pokok Sena membabitkan 68 orang daripada 17 keluarga.

Di daerah Padang Terap, semalam mendapati, keadaan bertambah buruk apabila laluan utama dari Kuala Nerang ke Padang Sanai ditutup kerana dinaiki air sedalam 1.5 meter di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap dan di bangunan Majlis Daerah Padang Terap.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Padang Terap, Abdul Gafar Yahya berkata, 38 kampung membabitkan 11 mukim di daerah itu terjejas dengan banjir kerana ditenggelami air setinggi paras pinggang sehingga menenggelamkan kenderaan selain terputus perhubungan jalan raya, semalam.

“Kita membuka 41 pusat penempatan sementara di beberapa tempat di mukim ini apabila paras air naik mendadak selepas hujan lebat tanpa henti sejak dua hari lalu,” katanya.
















Tiada ulasan: