1 Okt 2010

PKR, Hentikan Kerja Mengarut Dan Melalut.

Henti mengkritik sesama calon – Manikavasagam

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR S Manikavasagam hari ini mengeluarkan kenyataan yang pedas bercampur nasihat mengenai "perang mulut" yang berlaku sesama anggota parti terutama mereka yang bertanding untuk jawatan tinggi.

Beliau menasihat Naib Presiden Dr Lee Boon Chye supaya mengambil sikap neutral dan berhenti dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan bernada serangan terhadap calon-calon lain, termasuk serangan ke atas Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dato’ Zaid Ibrahim.

"Dr Lee mesti sedar bahawa beliau juga dalam pertandingan untuk merebut jawatan tinggi dalam parti dan beliau tidak harus dilihat sebagai menjalankan kempen untuk meraih undi dengan memperlekeh orang lain," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam Dr Lee mengeluarkan kenyataan membidas Zaid kerana mengkritik parti sendiri dalam satu wawancara eksklusif yang tersiar dalam akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Mengenai pemilihan parti di peringkat Cabang yang sedang berlangsung, beliau berkata, "saya rasa parti dan ahli-ahli jawatankuasanya gagal untuk menegak prinsip asas demokrasi iaitu dengan mengadakan pemilihan yang bebas dan adil.

"Walaupun saya menjangkakan terdapat beberapa masalah timbul ekoran dari mengendalikan pilihan raya bercorak baru ’satu ahli satu undi’, saya merasa sedih apabila mendapat tahu keseluruhan proses pemilihan telah dicemari oleh anasir-anasir tertentu," katanya.

Manikavasagam yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, "saya berharap parti dapat mententeramkan keadaan bagi menghadapi pemilihan Cabang pada hujung minggu ini supaya parti kita tidak menjadi bahan ketawa di negara ini.

"Saya menyeru semua pihak supaya mengendalikan pemilihan ini dengan bersih dan adil.

Kita tidak seharusnya mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai cara mereka mengendalikan pilihan raya-pilihan raya di negara ini apabila kita sendiri tidak dapat melaksanakan tugas itu dengan baik," ujar beliau.


Parti perlu lebih ramai pemimpin reformasi

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Jeffrey Kitingan hari ini berkata parti memerlukan lebih ramai lagi pemimpin berpemikiran reformasi.

"Parti juga memerlukan para pemimpin yang mempunyai pemikiran yang terbuka supaya parti dapat bergerak maju ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata beliau, "saya fikir semua ahli parti harus mengalu-alukan cadangan-cadangan yang konkrit yang dibuat oleh sesiapa saja bertujuan untuk memperbaiki parti.

Sambil merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Dr Lee Boon Chye semalam, beliau berkata beberapa cadangan Dato’ Zaid (Ibrahim) boleh membantu kita mencapai matlamat kita untuk rakyat.

Beliau berkata, "saya telah membaca kenyataan Dr Lee semalam dan merasakan kenyataan itu dibuat tidak kena pada masanya, terutama ketika parti sedang menghadapi saat-saat getir dalam pemilihan peringkat Cabang hujung minggu ini.

"Saya juga membaca beberapa wawancara dengan Zaid oleh pihak media. Saya rasa ia mengandungi aspirasi parti dan tidak lebih dari itu. Beliau bukan bertindak selaku "mangsa" sepertimana yang diutarakan oleh Dr Lee," katanya.

Beliau menggesa semua pemimpin parti berhenti dari menyerang calon Timbalan Presiden dan juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dato’ Zaid. -FMT


Ulasan GB

GB rasa cukuplah setakat ini disiarkan mengenai persoalan kekecohan di dalam PKR sekalipun nampaknya ia seperti takkan tamat walau selepas pemilihan.

Cuma GB menasihatkan pihak-pihak yang bertanding kembali kepada matlamat asal perjuangan disamping mengenepikan agenda peribadi sehingga membentuk klik-klik yang merosakkan parti.

Pemimpin tertinggi parti perlu adil, tidak boleh dilihat partisan.

Jawatankuasa Disiplin perlu peka dan cepat bertindak di atas sebarang aduan salahlaku untuk mempastikan parti tidak dirosakkan oleh parasit-parasit yang kelak seluruh parti akan hancur kerananya.

Media-media alternatif pula juga perlu tegak berdiri menjadi pendamai dan bersikap saksama kepada semua calon.
Apa yang ketara GB lihat beberapa media milik PKR condong kepada menyiarkan hanya berita-berita seorang calon tertentu, seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk meletakkan seseorang itu di jawatan tertentu dengan menekan pihak lawannya. Kerana sikap itulah maka blogger seperti GB terpaksa membela pihak yang dilihat telah dizalimi, memberi ruang kepadanya sepertimana GB selama ini telah berjuang untuk Datuk Seri Anwar sendiri sekalipun GB bukan menjadi ahli kepada partinya.

Perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan perlu dimulakan dan dijayakan di dalam diri kita, dalam kumpulan kita dahulu, di dalam PR dahulu, sebelum dapat kita jayakan perjuangan itu di luar kita.

Kalau di dalam parti kita masih ada kezaliman, bagaimana parti hendak membenteras kezaliman di luar parti?

Jangan menjadi seorang doktor yang cuba membedah pesakit di pinggiran sedangkan tangan doktor itu sendiri rupanya sebahagian dari penyakit yang menyerang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Maklumlah,
Sebahagian mereka dalam kalangan pemimpin PKR semacam sudah terlalu yakin akan kunci-kunci pintu khazanah negara semakin jelas dan hampir digenggam. Begitulah dalam IMPIAN mereka.
Tidak peduli lagi di mana mereka berada. Dalam PKRkah, PASkah atau kelompok apa pun.
Dasar nafsu dan minda 'DUNIAWI UMNO' yang masih bersarang dalam otak mereka.
Para pemilih nanti pepandailah anda menilai dan menetapkan pilihan. Untungnya mereka sedang sedaya upaya mendedahkan dalam diri mereka sendiri.
Jika anda sebagai pemilih alpa dan buta mata hati akan 'kemunafikan' mereka maka anda juga ada saham yang menjahanamkan parti.

Jangan sampai parti menjadi 'kaca' yang terhempas ke batu.

mz berkata...

GB,
kalau benar hang memperjuangkan org dizalami- mcm mane pula dgn parti PKR itself telah diserang sesuka hati oleh zaid---? perlu juga dibela- mcm azmin ade dia kutuk zaid gila2-aku tak nampak secara jelas dlm media dia kutuk-kat blakang aku tak tau--tp kutuk dkt media ni boleh jadi fitnah besar kalau tak benar-- utk zaid-FMT dan ureka sudah jadi alat zaid dah pon-- dan kalau tgk GB juga bela dia sgt2-- aku taknak pon GB berkuacali kat sini....

===