4 Okt 2010

Pelakon Utama Untuk Sandiwara "Si Sepet Dan Si Botol" Sudah Ditemui

Si sepet, si kaki botol': Hamim buat laporan polis

Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya berhubung isu kenyataan 'rasisnya'.

Beliau hadir membuat laporan itu di balai polis Sentul kira-kira jam 1 petang dengan diiringi Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah.

Hamim bagaimanapun enggan bercakap sepatah pun kepada media, termasuk kandungan laporannya.

Beliau sebaliknya hanya membaca surah al-Fatihah dan berdoa untuk perpaduan umat Islam dan pemimpinnya di luar balai selepas membuat aduannya.

Hamim kemudian beredar daripada tempat itu tanpa mempedulikan wartawan yang mengejarnya sampai ke kereta.

Bagaimanapun, tampil berpakaian serba hitam - termasuk berkaca mata gelap - pegawai kerajaan itu sempat melambai dan tersenyum kepada pihak media yang menunggunya kira-kira sejam.

Menurut Arman Azha, laporan polis Hamim itu dibuat terhadap akhbar dan wartawan portal itu Boo Su-Lyn yang didakwa menyalahtafsirkan kenyataannya dan menyelinap dalam program tertutup mereka.

Menurut Arman Azha (kiri) lagi, tindakan Boo Su-Lyn itu yang "menyalahtafsirkan" kenyataan Hamim itu boleh "menggugat muhibah dan keamanan kaum".

"Kami PERKASA berdiri teguh di belakang beliau (Hamim). Itu adalah program tertutup. Media harus hormat," kata Arman Azha lagi.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. -mk

Ulasan GB

Tindakan melengah-lengahkan hukuman keatas Hamim Husin oleh Ketua Setiausaha Negara berhubung isu kenyataan 'rasisnya' rupa-rupanya ada rahsia yang disembunyikan.

Rahsianya ialah supaya Hamim membuat laporan polis untuk menafikan kenyataan itu pernah dibuatnya.

Dan kemudian yang akan disoalsiasat dan ditahan ialah wartawan The Malaysia Insider.

Hamim akan terlepas!

Begitu rupanya cara bagaimana kerajaan UMNO BN membela penjawat awamnya yang rasis.

mampukan sandiwara "Si Sepet Dan Si Botol" menggugat kedudukan sandiwara "Pulangkan", "I'da World" & "Pulangkan II"? Sama-sam kita nantikan.

7 ulasan:

Yong berkata...

Mungkin dia lupa bilangan "si-sepet" ni sebenornya lebih 10 kali ganda ramainya dari bilangan "si-sawo matang" (di Malaysia) yang beragama Islam. Adekah "si-sepet" yang begitu ramai beragama Islam kurang keislamanya berbanding dengan ahli perkosa?

P.s. Kiraan ini tak masuk "si-sawo matang" dari Indonesia yang suka bakar bendera.

Tanpa Nama berkata...

tengok muka pun dah tau sebijik mangkok hayun.

Tanpa Nama berkata...

Sekadar berhibor. Tiada kena-mengena sama ada yang masih hidup atau yang dah mati. Berkias pun tidak.
Wa ciplak dialog P. Ramli kepada Ibrahim Pendek.. dalam wayang Ali Baba Bujang Lapok... Bodoh, Bahlol.. Kelabu Asaap.. Banyak makan belacan..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...dlm UMNO dan perkasa g kononnya pembela bangsa melayu yg jadi ahli bawahan mmg sawo matang, tapi yg memimpin mereka ulor sawo aka bangsa yg malu ngaku keturunan taua yg perasan melayu, kulit sawo terlebeh matang...dah rentung...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Dia ni elok dudukk dlm zoo je..

Tanpa Nama berkata...

Bagus gak kalau namewee boleh buat lagu baru ni..

Tanpa Nama berkata...

DEPA DOK MAKI HAMUN TIAP-TIAP ARI ,BIAQ P KAK DEPA ,KITA PR BUAT KEJO SAMPAI TAWAN PUTEJAYA WA...WA