Nelayan terapung 14 jam sebelum diselamat
KUANTAN, 22 Okts — Seorang nelayan dilaporkan terapung selama 14 jam di laut sebelum diselamatkan tengah hari tadi.
Sebelum itu Harun @ Alias Ismail Abu Bakar, 34, dikatakan tejatuh ke dalam laut kira-kira 1.5 batu nautika dari Pangkalan Polis Marin Kuantan, kira-kira 10 malam tadi.
Menurut tekong bot yang dinaiki mangsa, Kee Kuang Hoi, 58, beliau bersama mangsa dan tiga yang lain turun ke laut untuk menangkap ikan malam tadi dan dijangka berada di laut selama 10 hari.
“Tetapi sebelum kejadian, saya tengok mangsa semacam penat lalu saya suruh dia berehat di belakang bot.
“Tetapi selepas kami mahu melihat keadaannya pada pukul 10 malam, kami dapati dia tidak ada di situ. Saya mencari dia di atas bot pula tetapi dia tidak ditemui juga. Saya lalu telefon anak dia untuk beritahu mengenai perkara yang berlaku,” katanya.
Kee berkata ekoran kejadian itu, mereka kembali semula ke darat dan membuat laporan tentang kehilangan Harun pagi tadi.
Menurut Pegawai Kanan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuantan, Wan Daud Wan Awang, pihak bomba yang menerima panggilan tentang kehilangan mangsa kira-kira 10 pagi tadi telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat.
“Akhirnya mangsa yang dalam keadaan lemah dan dihanyutkan ke tepi Pantai Telun Chempedak berjaya ditemui oleh sebuah bot nelayan,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan