Umno guna model berbeza di Galas, tapis penceramah
KOTA BARU, 9 Okt — Umno Kelantan akan membuat tapisan barisan penceramahnya pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memastikan hanya penceramah berwibawa sahaja dibenarkan berkempen.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Dali Hussin berkata ia bagi mengelakkan ada penceramah yang dipertikaikan kebolehan dan tidak mampu memberikan hujah bertepatan dengan isu semasa.
“Sebab itu penceramah yang akan berkempen nanti perlu bersesuaian dan mampu memberikan impak dengan hujah-hujah yang bernas dan diterima pengundi di DUN Galas itu nanti.
“Kita akan susun jentera penerangan ini agar menepati kehendak pengundi dan bukan ceramah sahaja yang akan ditekankan tetapi ada kaedah kempen lain akan kita gunakan untuk mematah serangan lawan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Futsal 1Belia Peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Dali yang juga Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa itu berkata tidak semua modul pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang diadakan pada Julai tahun lalu sesuai untuk digunakan di Galas nanti.
“Keadaan di Galas mungkin berbeza dan kehendak rakyat tidak akan sama seperti di Manek Urai dan sebab itu tidak semua modul dan pendekatan di Manek Urai boleh digunakan di Galas nanti,” katanya.
Beliau berkata jentera penerangan Umno Kelantan yang diketuainya kini sudah bersiap sedia untuk berkempen di Galas dan menunggu lampu hijau daripada ibu pejabat parti untuk bergerak.
Dali berkata selain itu pihaknya juga akan mendekati kira-kira 2,000 pengundi Cina di DUN itu dan yakin isu perkauman yang sering dijadikan ‘senjata’ oleh pembangkang tidak berkesan kali ini.
“Pengundi Cina sudah memahami keadaan politik semasa dan yakin akan menerima semula BN menerusi konsep 1Malaysia serta pengaruh pengarah jentera pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari PAS Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu akan diadakan pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan tarikh pilihan raya ditetapkan pada 4 November. — Bernama
Ulasan GB
Dengan mengambil langkah untuk menapis penceramah, difahamkan UMNO tidak akan membenarkan PERKASA untuk turut serta di dalam siri ceramah yang bakal diadakan sepanjang kempen PRK Galas.
Ini kerana Perkasa akan menyebabkan pengundi-pengundi bukan Melayu akan mengenepikan calon UMNO BN di situ.
Namun hubungan intim Perkasa-UMNO sudah diketahui umum dan rakyat Galas juga sudah menghidu sandiwara UMNO tersebut.

2 ulasan:
Hallo,
Salam hormat,
Sape yek penceramah UMNO yang 'berkebolehan' berkenaan. Ada ke..!!? Yang aku tau semuanya dari pucuk sampai ke akar serabut 'berpenyakit'.. Terlampau bertapis nanti langsung tiada penceramah. Alih-alih muka sama yang dah terkenal akan kehaprakannya.
Hujjah apa yang nak diketengahkan hingga PR/PAS tak terjawabkan..?
Pasal amanah..?
Pasal keadilan..?
Pasal integriti..?
Pasal ketelusan..?
Pasal kebertanggungjawaban..?
Pasal akhlak..?
Pasal amalan beragama..?
Pasal TIDAK asobiah..?
Pasal kehebatan pemimpin negara memelihara khazanah negara..?
Pasal kejayaan negara mendapatkan situasi 'menang-menang' dalam isu-isu kedaulatan negara..?
Pasal 'tidak kelihatan mendalaangai'institusi seperti mahkamah,polis, SPRM, SPR..?
Yang aku tau..
Sejak PR semakin diberi mandat oleh segenap lapisan rakyat untuk mengurus-tadbirkan negara ini, UMNO semakin kelihatan menjijikkan dan rasis lalu terasing dan dipinggirkan.
Sebabnya..!!?
BN khususnya UMNO langsung tidak menghayati semua pasal tersebut. Mereka hanya memanipulasikan pasal-pasal itu untuk kemeriahan kuasa dan peribadi mereka sahaja. Jika memberipun, umpama 'aku beri seratus, aku akan dapat pula seribu', begitulah lebih kurang. Bukankah Najib yang cakap (Sperti yang dilapor oleh kebanyakan media)di Sibu dulu... You help me, I help you..!!?
Aku tak akan menjadi 'haprak' buat kedua kali.
Sesiapa yang nak terus menghaprakkan diri, itu hal kamulah..
Balik-balik ngerjakan DSAI tak habis-habis. Begitupun beliau TETAP utuh walau dipenjarakan berulang kali. Itulah kehebataan DSAI.
Andai kamu semua UBN yang 'dinasibkan' seperti DSAI dah lama kamu semua merempat untuk terus hidup... kalau pun tak gila meroyan
Ampun maaf.
Sekadar ingat mengingat supaya aku tetap aku. Engkau..!? Itu hal engkaulah.
Wassalam.
Perkasa UMNO pun malu tapi mahu..siapa taja kalu bukan UMNO?
Catat Ulasan