10 Okt 2010

Galas: Ibrahim Putar Lidah Kata Perkasa Tak Mahu Kempen Calon UMNO BN

Perkasa tidak mahu bantu kempen calon Umno-BN di Galas

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Perkasa yang pernah terlibat dalam kempen beberapa pilihan raya kecil secara aktif tidak akan membantu calon Barisan Nasional (BN) di Galas kali ini, keputusan yang dipercayai diambil ekoran kontroversi berhubung kerjasama dengan Umno-BN baru-baru ini.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak akan terlibat dalam apa jua bentuk kempen sebagai entiti, tetapi membenarkan ahli-ahlinya, yang sesetengah mereka merupakan anggota parti-parti politik, membantu parti masing-masing atas kapasiti ahli parti mereka.

“Perkasa tidak akan terlibat dengan apa jua kempen di Galas... tapi ahli Perkasa secara individu atau yang menjadi ahli kepada mana-mana politik parti, adalah hak masing-masing, begitu juga saya,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam satu kenyataan.

Ibrahim tidak menggariskan sebab Perkasa mengambil tindakan ini.

PAS dan Umno melihat pilihan raya kecil ini sangat penting kepada mereka.

Ibrahim pernah menjadi ahli Umno dan telah memenangi kerusi Parlimen Pasir dengan menggunakan simbol PAS pada 8 Mac 2008.

Pengarah jentera BN di DUN Galas Tengku Razaleigh Hamzah pula merupakan bekas ketuanya ketika menganggotai Parti Melayu Semangat 46.

The Malaysian Insider difahamkan ia ada kaitan dengan kontroversi membabitkan Ibrahim dengan beberapa pemimpin kanan Umno dan BN sejak Jun lalu.

Ketika ada dakwaan bahawa pendirian Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang Melayu dan Bumiputera ini, membawa elemen-elemen rasis, mereka juga menggesa agar Umno menjauhkan diri daripada Perkasa.

Mereka bimbang Perkasa boleh menghakis sokongan kepada BN dalam pilihan raya termasuk pilihan raya kecil.

Sebelum ini, Perkasa menafikan dakwaan sedemikian atas alasan ia hanya ditubuhkan dua tahun lalu, sebaliknya kemerosotan sokongan kepada BN adalah kerana masalah dalaman parti-parti komponen BN.

Perkasa pernah aktif berkempen ketika pilihan raya kecil DUN Manek Urai Julai 2009 dan seterusnya di DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Penyertaan Perkasa ketara ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan mengadakan bilik gerakan khas. Ia tidak terlibat secara langsung di Sibu, Sarawak Mei lalu.

Dalam kenyataannya kali ini, Ibrahim kelahiran Kelantan memberitahu, sekiranya beliau pergi meninjau atau memberi pendapat ketika kempen pilihan raya kecil DUN Galas, ia adalah atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas dan bukan atas nama presiden Perkasa.

“Tegasnya, Perkasa atas nama organisasi tidak akan terlibat dgn sebarang kempen,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 November ini dengan penamaan calon pada 26 Oktober.

Ulasan GB

Yang sebenarnya, Perkasa TIDAK DIPERLUKAN untuk membantu UMNO BN di Galas, bukan Perkasa tidak mahu membantu UMNO.
GB sudah ulas di SINI.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari dulu lagi pun UMNO tak pernah harapkan orang lain. Ahli kita dah semamangnya ramai. Yang senyap-senyap lagi ramai. Biasalah tu, masa kita senang dulu ramai sahajalah yang rapat. Ku Li ni memang dah lama orang tahu. Memang baik hati sejak zaman Tun Razak dulu lagi dia dah terror. Berahim, Berahim ni tak mainlah.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya Ibrahim ali jadi calon nak tengok perkasa atau UMNO yang kuat

Tanpa Nama berkata...

takut nak sokong UMNO bimbang MCA marah?

Tanpa Nama berkata...

Perasan betul Brahim Ali ni.Dia tak tau Perkosa tiada pengaruh politik dan diarena politik macam melukut tepi gantang aje.Nama Perkosa tidak akan membantu mana-mana parti politik malah akan membawa padah kepada mana-mana parti politik yang berkait dengan Perkosa.Cerminlah muka sikit!!!

Tanpa Nama berkata...

masuk bertanding di galas kalau perkasa kuat

rimau akaq berkata...

I know u brahiem.........
kah kah kah