4 Okt 2010

Azmin Sifatkan Zaid "Deperado", Guna BH Serang Lawan.

Serang Zaid: Azmin perlu jelaskan – Gwo-Burne

Seorang lagi pemimpin PKR hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap serangan peribadi Naib Presiden Azmin Ali, terhadap pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan timbalan presiden semalam.

Loh Gwo-Burne (gambar) yang juga ahli parlimen Kelana Jaya berkata, "saya membaca kedua-dua News Straits Times dan Utusan Malaysia yang membuat liputan ucapan beliau pada mesyuarat agung tahunan Cabang PKR Gombak.

"Zaid dianggap sebagai pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, sebagai calon jawatan senior Timbalan Presiden parti, saya sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian.

"Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-nyebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini.

Ujar beliau, adalah benar Zaid adalah baru dalam parti, tetapi kita harus menghormati beliau bahawa beliau mempunyai pengalaman yang luas dan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai prinsip dan boleh memberi sumbangan kepada parti.

Penyertaan Zaid dalam PKR disambut meriah

"Adakah kita cepat lupa bahawa penyertaan Zaid disambut meriah pada suatu ketika dahulu kerana beliau adalah bekas menteri yang memprotes tentang salah guna ISA oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional?" soal beliau.

Gwo Burne berkata, "oleh itu, saya menggesa anggota-anggota parti supaya adil dan konsisten dengan pemilihan parti.

"Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya.

Katanya, parti hendaklah memenuhi matlamatnya untuk menegak demokrasi dan keadilan jika mahu menerajui pembaharuan di negara ini. Oleh itu, tiada tempat bagi pemimpin yang tidak matang dan bersifat keanak-anakan.

"Saya melihat seorang pemimpin kanan parti membuat serangan peribadi dan mengancam untuk memecah belah parti dalam usahanya untuk memenuhi cita-cita peribadi. Ini tidak boleh dibiarkan.

"Saya meminta Azmin membuat penjelasan dan menafikan kemungkinan salah faham ekoran dari laporan kenyataannya dalam NST dan Utusan hari ini," jelas beliau.


Azmin akui ada 'desperado' dalam PKR untuk raih undi akar umbi

DUA bulan lalu, Dr Syed Husin Ali menyatakan kepada beliau mengenai kesediaannya tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memberi laluan kepada pemimpin muda yang sudah diuji, teruji dan setia pada perjuangan, demikian dakwa Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya faktor yang mendorongnya menawarkan diri bertanding mengisi kekosongan ditinggalkan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu.

Azmin pernah berada dalam kedudukan selesa untuk mencabar jawatan nombor dua PKR itu apabila menerima cukup pencalonan pada pemilihan 2007, namun menarik diri bagi memberi laluan kepada Syed Husin untuk terus berkhidmat kepada parti.

Walaupun menolak andaian pencalonan kali ini direstui pucuk pimpinan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin menegaskan beliau memiliki kriteria yang diperlukan parti, sekali gus kenyataan Syed Husin itu merujuk kepada dirinya.

“Tidak timbul soal restu mana-mana pimpinan parti kerana pencalonan yang saya terima cukup meyakinkan. Itu adalah manifestasi anggota di bawah untuk melihat parti ini terus maju dan berpegang kepada agenda reformasi yang dicetuskan pada 1998,” katanya.

Namun, perubahan sistem pemilihan kepada sistem ‘satu anggota satu undi’ menyaksikan julung kalinya semua ahli diberi kuasa menentukan barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Ini mungkin tidak menjanjikan keputusan sewenang-wenangnya memihak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu walaupun jumlah pencalonan setakat ini jauh meninggalkan pencabar lain.

“Sistem baru ini tidak mampu meletakkan seseorang calon dalam keadaan selesa kerana calon perlu berdamping rapat dengan semua anggota parti untuk memperoleh kepercayaan,” katanya.

Azmin turut menyifatkan kesetiaan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden parti, bersama Anwar selama 26 tahun dan perjuangan parti itu tidak mampu dinafikan mana-mana individu yang rasional.

Justeru, jika tempoh 26 tahun itu gambaran bukti kesetiaan Azmin terhadap Anwar dan keluarga maka dakwaan mengatakan Anwar mencatur barisan kepemimpinan parti itu sukar dinafikan. Jadi, apakah keupayaan pencabar lain terutama Ahli MPP, Datuk Zaid Ibrahim; dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub yang sudah mengumumkan hasratnya untuk bertanding yang tidak mendapat restu Anwar mampu menghalang kemaraan Azmin.

Kebanyakan pemimpin parti itu juga mempunyai penilaian tersendiri apabila mengatakan Zaid terlalu ‘muda’ untuk berada dalam barisan tertinggi parti. Apatah lagi beliau gagal dalam ujian pertama iaitu tewas pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu kepada calon Barisan Nasional, P Kamalanathan, yang memperoleh 1,725 undi.

Zaid yang masih dianggap ahli keluarga baru dalam PKR dinasihat meletakkan diri dalam ‘cooling period’ sebelum membuat kemunculan semula bukan menguji keupayaan melalui pemilihan akan datang. Ungkapan sinis juga kedengaran di kalangan pemimpin dan anggota PKR yang menyifatkan kekalahan Zaid di Hulu Selangor memberi kebaikan kepada parti kerana jika tidak, beliau pasti menggunakan kemenangan itu sebagai modal kempennya.

Bagaimanapun, kebelakangan ini timbul cakap-cakap mengatakan Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah, enggan memberi restu terhadap pencalonan Azmin.

Sambil menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu, Azmin sebaliknya mendakwa menerima jaminan Nurul Izzah, dua hari selepas mesyuarat agung tahunan (MATC) Cabang bermula 17 September lalu yang menjelaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak bermaksud sedemikian.

Azmin juga menyifatkan cakap-cakap itu bertujuan melaga-lagakan hubungan baiknya dengan Anwar dan keluarganya.

“Ini adalah usaha ‘desperado’ pihak tertentu untuk meraih sokongan akar umbi,” katanya.

Umum maklum, Wan Azizah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menolak dakwaan mengatakan beliau tidak merestui pencalonan Azmin. Sikap itu menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya pendirian Wan Azizah terhadap Azmin. Malah, agak pelik kalau sikap Wan Azizah bertentangan dengan agenda yang diatur suaminya. -BH


Ulasan GB

PKR juga nak lancarkan filem isu semasa. Tajuk filem "Tersungkur". Siapakah yang tersungkur? Sama-sama kita nantikan.

Marah Zaid guna Utusan. Anda guna Berita Harian, tak apa?

p/s GB dah cakap dulu, sekarang jadi kenyataan. Peribadi Azmin semakin terdedah. Disedahkan sendiri oleh tuan punya mulut dan badan. Sebab dah rasa sombong dan angkuh dapat pencalonan yang banyak, kira dah macam "gerenti menang".

Belum menang dah pun tunjuk lagak. Kalau menang agaknya entah macamana....

Allahumma arinal haqqa haqqaan....

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul, tak sia-sia saya baca blog ini setiap hari. nmpknya pendirian, pandangan dan ramalan gb adalah benar. hebat...

Tanpa Nama berkata...

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata badan binasa.
Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.
Cakap umum biar berlapik dan berbahasa.
Jika tidak dikata orang berkurang ajar.

azim berkata...

Ulasan GB pun tidak menunjukkan anda berkecuali...maknanya 2x5 juga..he..

GB berkata...

Sdra azim,

Di dalam Islam, kita tidak boleh berkecuali, kita diperintahkan untuk mencari kebenaran dan ikut kebenaran itu. Jangan jadi umat yang bebal tak sudah2 kerana mengikuti kebatilan.

Doa untuk ikut kebenaran dan tinggalkan kepalsuan:

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnat tiba'ah wa arinal bathila bathilaan, warzuqnaj tinabah

maksudnya: Ya Allah tunjukkan aku kebenaran itu kebenaran dan didiklah aku mengikutinya dan tujukkanlah aku kepalsuan itu kepalsuan dan didiklah aku untuk menjauhinya.

Tanpa Nama berkata...

Sy penyokong Azmin Ali yang sy tahu lebih berperinsip dan telah teruji... Zaid tiba2 je dtg untuk memporakperandakan PKR. Kita seblum ini pun telah melalui zaman tanpa Zaid. Apa perubahan dia buat kalau setakat tembak orang sana tak betul orang sini tak betul. Sudahlah bosan sgt dah pasal Zaid nih.. Mcmlah dia hebat sgt...kenapa dlm UMNO dulu org tak pilih pun Ahli MT ke atau Naib Presiden. Dasar mementingkan diri sendiri. Lepas tu tak hormat langsung dengan DS Anwar dan DS Azizah.

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam Tuan GB..

Sebenarnya Azmin ni memang berlagakpun.. saya tahu pasal sepanjang PRK Permatang Pauh saya banyak berurusan dengan dia..

Tanpa Nama berkata...

tembelang azmin akhirnya pocah juga.

memang beliau tidak ada nilai2 kepimpinan yang bagus.

kalau bab prinsip dia kalah dgn zaid. zaid sanggup tinggalkan jawatan menteri. azmin lagi mau buru jawatan mb. bab undang-undang kalah juga dgn zaid. azmin tahu zero undang-undang.

kalau bab ugama, memang kalah dengan mustafa. mustafa setidak2nya boleh jadi imam, boleh mengaji Quran, boleh tafsir hadith, boleh baca talkin. azmin tahu apa? tahu bab membodek Anwar dan Wan Azizah, tahu bab mencerca MB Selangor, tahu bab melobi YB-YB PKR utk sokong pencalonannya.

antihipokrit berkata...

kalau mendabik dada...akulah yg hebat...akulah yg paling lama.... akulah yg paling banyak berjasa...dan mcm2 lagi jasa nak dihebahkan, bermakna sudah tidak ada keikhlasan dalam perjuangan anda wahai si Azmin... apakah niat anda sebenarnya menceritakan kerjabuat anda selama ini?... bukankah ini namanya riya'...ujub.... dll.. Sepatutnya bukan anda yg menceritakan amalan diri sendiri, tetapi bila anda menceritakannya...maka terbuktilah selama ini anda tidak ikhlas... anda berkata anda tahan diuji...sebenarnya anda TEWAS... TEWAS kepada NAFSU anda sendiri! Anda mungkin MENANG di dunia...tetapi anda akan TEWAS diakhirat! Bukanlah jangkamasa itu sebagai pengukur untuk melayakkan anda menerima redha Allah... tetapi keikhlasan anda itulah penentu segala-galanya! Org yg pendek umurnya tetapi ikhlas amalannya akan akan diterima oleh Allah drp org yg panjang umurnya tetapi tidak ikhlas amalannya! Buangkanlah sifat2 munafik yg bersarang didalam hatimu sebelum terlambat! Bartaubatlah kpd Allah sementara umur masih ada. Sanggupkah anda memakan daging saudara2 anda sendiri? Bertandinglah secara berhikmah, bijaksana... bukannya mencela sahabat2 seperjuangan! kalau beginilah sikap anda... maka lebih baik anda berundur... atau anda akan kami undurkan!...atau lebih dahsyat lagi kalau anda dimalukan oleh Allah s.w.t. di hari yg tidak ada org yg yg akan menyokong anda di akhirat kelak!

Waris berkata...

Ezam dulupun berprinsip jgk tp skrg apa dah jadi? Siap bersumpah lagi. Sumpah pemuda sumpah keramat. Pigi dah... Tak perlu sebut pasal prinsip le. Itu semua gula2 yg keluar dr mulut org yg pandai berpidato je. Yg penting ialah action. Hati dia org siapa tahu? Ckp lain, buat lain...

Martoiriat berkata...

Begitulah hebatnya demokrasi ala PKR.Jika Azmin masih lagi bersuara lantang dan menyerang peribadi calun yang tidak sehaluan dengan beliau, saya yakin perpecahan akan terus berlaku dalam PKR dan matlamat untuk menawan Putrajaya jaya akan musnah jika begini lah perangai pemimpin2 atasan yang hanya ingin mengekalkan kuasa dalam usaha untuk memenuhi cita-cita peribadi.
Memang Azmin orang lama dalam PKR, tapi apakah calun-calun baru tidak berwibawa untuk merajui PKR? Apakah PKR milik beliau atau milik pemimpin-pemimpin atasan. Usah bermegah dengan kekuatan itu tanpa sokongan akar umbi dan rakyat nescaya PKR akan terkubur jika mengamalkan sikap double standard. Tunggu dan lihat...
Heboh sana sini membuat kenyataan bahawa PKR akan lebih Demokratik dan akan mengamalkan sikap terbuka dalam pemilihan, belum pun di peringkat Nasional sudah bertegang leher dalam berkempen. Ini lah padahnya jika kita rasa parti itu milik kita.
Jika kesalahan Zaid membuat kenyataan di akhbar Utusan, bagaimana pula dengan Azmin di NST?