15 Okt 2010

Ada Apa Pada Bajet 2011?

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

* Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

*Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

Ulasan GB

Ramai yang melihat bajet yang dibentangkan adalah bajet pilihanraya.

Tetapi GB tidak pula melihat ia sebagai tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya di dalam tempoh yang terdekat.

Yang ketara, memang terdapat usaha Najib untuk "mengambil hati" rakyat, namun jika ditelek dengan sebenar-benarnya, tidak semua yang menikmati kelebihan yang ada di dalam pembentangan bajet baru ini.

Ia terlalu banyak menumpukan kepada golongan yang dijagai oleh kerajaan untuk kemenangan BN. Contohnya kakitangan awam, JKKK dan JKKKP, tetapi tidak ada perhatian khusus terhadap mereka yang bekerja sendiri seperti para petani, pekebun, nelayan dan seumpamanya.

Jurang pendapatan akan menjadi bertambah lebar apabila golongan marhain sentiasa dicicirkan oleh kerajaan BN di dalam setiap kali pembentangan bajetnya.

Bertambah buruk apabila FMT melaporkan bahawa pentadbiran Najib memperuntukan lebih RM100 bilion untuk Belanjawan 2011 tetapi peruntukan untuk semua kementerian dipotong separuh.

Perbelanjaan dipotong untuk membiayai projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dengan masing-masing mendapat peruntukan lebih RM17 bilion dan RM11 bilion.

Adalah difahamkan bahawa hanya kira-kira RM35 bilion, separuh dari peruntukan tahun lalu, diperuntukan untuk projek-projek baru kementerian.


7 ulasan:

shay1803 berkata...

Salam,
Bajet PRK Galas dan Batu Sapi ler, cuba bayangkan Elaun Tok Batin telah naik dari RM450 ke RM800, tapi kakitangan kerajaan yang berharap masih diholdkan dulu. Apatah lagi rakyat terbanyak, nasiblah....

Tanpa Nama berkata...

Good by BN/UM NGOK.. Bajet paling membingongkan rakyat marhain. Bersiaplah rakyat sekelian. 'Raja' penjual mimpi sedang 'mengigau'.

RAKYAT BUKAN BANGANG.
Hanya pecacai UMNO/BN sahaje yang terkinja-kinja oleh igauan raja mimpi mereka.

Kita dahului kerja menghumban UBN sebelum PRU ke-13, di Galas dan Batu Sapi.
Selamat menunjukkan 'kuasa' pengundi.

Tanpa Nama berkata...

BAJET 2011
Bagi memperkasa pendidikan awal, kerajaan akan memperuntukkan RM111 juta untuk program Permata, Sila rujuk kink in:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bajety2011_Sistempendidikandirombakdenganpenekanankepadadayapemikiran_sahsiahdiri/Article

Tanpa Nama berkata...

Bagi memperkasa pendidikan awal, kerajaan akan memperuntukkan RM111 juta untuk program Permata, Sila rujuk link ini:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bajety2011_Sistempendidikandirombakdenganpenekanankepadadayapemikiran_sahsiahdiri/Article

Tanpa Nama berkata...

rasanya tak ada ape pun yang istimewa pada bajet ini... hanya orang bingong aje yang suka dengan bajet bodoh ni... menipu rakyat, putar alam, putar belit... tunggulah kau umno bee end... zaman engkau akan berakhir... pandai lah pulak menggunakan nama Allah... menutup bajet tu... sayangnye hukum Allah tak nak laksanakan... hanya pada cakap aje...

Tanpa Nama berkata...

tiap kali belanjawan pencacai UMNO akan kata belanjawan yang mesra rakyt????

Tanpa Nama berkata...

belanjawan menindas rakyat, memihak kepada koperat UMNO yang makan kenyang.