25 Sep 2010

Usha, Mike Beri Keterangan Berhubung Kehilangan Usahawan India

Usharani, Manikavasagam beri keterangan berhubung kehilangan usahawan India

BANTING: S Usharani, Isteri usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat hari ini bersama ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, untuk memberi keterangan berhubung kehilangan suaminya.

Mereka tiba di IPD berkenaan kira-kira jam 6 petang dan selesai memberi keterangan pada 9 malam tadi.

Manikavasangan berkata, beliau dipanggil merakamkan kenyataan berhubung pembabitannya membawa Usaharani dan membantu wanita itu berurusan dengan polis.
Beliau berkata, Usharani turut dipanggil berhubung perkara yang sama, dan polis turut mengambil keterangan berhubung rakaman dalam telefon bimbit milik wanita itu.

"Tadi, jam 12 tengahari, saya menyerahkan telefon bimbit (milik Usharani) ke Bukit Aman.

"Turut diserahkan ialah memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat tentang kehilangan suami beliau, salinan pasport dan salinan surat beranak anaknya," katanya ketika ditemui di IPD berkenaan.

Manikavasagam berkata, Usharani akan menyambung keterangannya di ibu pejabat polis itu pada 1 tengah hari esok.

Sementara itu, Usharani yang tiba di negara ini sejak 22 Sept lalu, berkata, beliau mungkin pulang ke India pada 26 September ini, bagaimanapun, ia mungkin ditangguhkan jika ada perkembangan baru dalam siasatan kes itu.

Beliau juga percaya saudara terdekat suaminya akan datang ke negara ini dalam tempoh terdekat bagi membantu mengesahkan DNA suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata pihaknya memperoleh telefon bimbit yang menjadi bahan bukti siasatan kes itu.

Semalam, Usharani mendedahkan ada menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa Tamil di telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti, membabitkan beliau dengan peguam yang menjadi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati. - Bernama

5 ulasan:

borg berkata...

ada perkara yg aku musykil smpi skrg. yg pertama sosilawati ada menghantr sms pada anaknya supaya tidak membenarkan seorang kenalan rapatnya dari memasuki kawasan rmhnya,siapakah individu tersebut?dh dekat sebulan siasatan tp tak pernah highlight pun namanya dalam sebarang kenyataan siasatan.

yg kedua,apa jadi dgn jongkong emas yg dibawa sosilawati?sedangkan dlm siasatan awal pihak bank telah mengesahkan bahawa beliau telah membeli dan mengambil jongkong itu dari cimb?

ish...makin lama aku ikuti hasil siasatan ni makin bertambah musykil aku jadinya.

Tanpa Nama berkata...

dah lama hilang, baru nak siasat?

Tanpa Nama berkata...

tuan gb ada tak simpan nombor telefon s usharani? wii wiitt

GB berkata...

anon 12.32
hahaha
gi tanya manickavasagam
dia tentu ada simpan
semuga anda bahagia

Nizam berkata...

Nasib baik s usharani ni repot kat mike dulu sblm buat repot polis. Kalau tak sure kes ni terperap begitu saja. Atau paling tidak untuk sedapkan hari orang ramai polis atau peguam negara akan keluar statement bukti tidak kukuh untuk sabitkan kes. Aku dapat rasa pembunuh sebenar akan terlepas dan kambing hitam akan lahir bagi menutup kes sebenar. Ini bukan tuduhan terhadap polis tapi persepsi rakyat biasa macam aku yang dah 42 tahun hidup kat malaysia ni.

Maaf kata, aku bukan melayu bodoh macam umno yg terima bulat-bulat semua berita. Aku akan fikir sendiri selepas baca berita walaupun dari blog pembangkang.