25 Sep 2010

Lanjutan Reman 6 Hari Lagi Terhadap Suspek Ugut Isteri Jutawan India

Reman Suspek Kes Ugut Isteri Jutawan India Dilanjut Enam Hari Lagi

Gambar: Dua suspek (baju lokap oren) kes ugut isteri jutawan dari India, Allal Kathan Muturaja yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang, bagi membenarkan tahanan tempoh reman dilanjutkan selama enam hari bermula Sabtu. Majistret Hurman Hussain membenarkan tempoh tahanan reman kedua-dua suspek lelaki itu dilanjutkan bagi membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S. Usharani, 27. Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1 juta yang kononnya bagi membebaskan Allal, 34. Foto BERNAMA

Tempoh tahanan reman dua suspek kes ugut isteri jutawan dari India, Allal Kathan Muturaja yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, dilanjutkan enam hari lagi oleh Mahkamah Majistret Litar di sini, Sabtu.

Majistret Hurman Hussain membenarkan permohonan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan kedua-dua suspek membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S.Usharani, 27.Ini merupakan kali kedua tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.

Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta yang kononnya bagi membebaskan Muturaja, 34.

Mereka yang memakai baju lokap berwarna oren, dibawa ke mahkamah pada 9.30 pagi.Turut kelihatan peguam yang mewakili kedua-dua lelaki itu, Chelvarajan R. Suppiah.- BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

drama apakah ini?