23 Sep 2010

Tahniah Nicol David Kerana Harumkan Nama Negara

Persembahan lima bintang Nicol

Pilihan pertama dunia Nicol David merangkul rekod kejuaraan lima kali syuash Terbuka Dunia dengan penuh bergaya di Sharm El Sheikh, Mesir semalam.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu terlalu handal buat pemain pilihan keempat Omneya Abdel Kawy dari Mesir dalam perlawanan akhir, mencatat kemenangan mudah 11-5, 11-8, 11-6 ketika mana pemain negara itu bergelut untuk memberi tentangan walaupun di depan penyokong sendiri.

Sebelum ini, Nicol telah merangkul kejuaraan Terbuka Dunia itu pada tahun 2005, 2006, 2008 dan 2009.

"Saya gembira dapat memenangi kejuaraan itu buat kali kelima. Saya tidak menjangka memenanginya dengan straight set," kata Nicol yang dipetik dalam blog squashsite.co.uk.

Kejuaraan kelima beliau menyamai pencapaian pemain Australia Sarah FitzGerald, yang meraih kejayaan pada 1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002.

Kejayaan Nicol semalam merupakan kali ke 13 kemenangan ke atas Omneya dalam 14 kejohanan Persatuan Pemain-Pemain Skuash Wanita Antarabangsa (Wispa).

Nicol berada pada tahap prestasi cemerlang dalam Terbuka Dunia, memenangi kelima-lima perlawanannya tanpa menggugurkan walau satu set.

Dengan kejayaan ini, Nicol kini telah memenangi sebanyak 48 kejohanan Wispa sejak menjadi pemain profesional pada 2000. Kejayaan ini merupakan kali ke tujuh berturut-turut dalam kejohanan Wispa.



Nicol David Wins Record-Equalling Fifth World Crown In Egypt

Malaysia's Nicol David won a record-equalling fifth World Open squash title in Egypt tonight when she beat local hope Omneya Abdel Kawy in straight games in the final of the $147,000 Soho Square Women's World Open in the Egyptian Red Sea resort of Soho Square at Sharm El Sheikh.

It was the latest chapter in the illustrious 27-year-old from Penang's career which was marked earlier this month by her 50th successive month at the top of the world rankings.

The pint-sized Malaysian superstar continued the form she has shown throughout the tournament, looking supremely calm and confident, stroking the ball to all four corners and accelerating when necessary.

Abdel Kawy, the fourth seed from Cairo who became the first Egyptian ever to reach the world final, was unable to get a foothold in the match until the second game, which she led 3-0 and 6-3.

But David was unruffled, and stepped up the pace to take the game. And the third was soon effectively decided with David taking leads of 3-1 and 7-2 before closing out the match 11-5, 11-8, 11-6 after 30 minutes.

"My focus was strong throughout the tournament," said David after the successful defence of the title in which she did not drop a single game. "I really wanted this. I didn't want to let it slip."

Nicol David became the dominant force in women's world squash shortly after the retirement of Sarah Fitz-Gerald, the distinguished Australian who first notched up a fifth World Open title in 2002.

"It's amazing that I can do something that Sarah has done, because she's such a great player," concluded the new champion - now the winner of 48 WISPA World Tour titles from 63 final appearances.

Final:
[1] Nicol David (MAS) bt [4] Omneya Abdel Kawy (EGY) 11-5, 11-8, 11-6 (30m) -squashinfo



3 ulasan:

Jamal Pulau Mutiara berkata...

Tahniah Datuk Nicol ! Ni baru Datuk yang membanggakan negara, ada jasa, harunkan Malaysia dengan cemerlang. Eh eh menjunjung kasih la sapa yang bagi Datuk kat dia ni.

Tanpa Nama berkata...

bagus GB masukkan berita ni dalam blog. GB lebih ke depan dari yang lain-lain.

jarang sekali orang2 pas ambil berat apa tah lagi nak ucap tahniah kepada mereka yg harumkan nama negara.

itu sebab pas sukar utk diterima rakyat.

kena ubah mentaliti ahli2 pas supaya ada sikap nasionalistik seperti disarankan oleh Dr. Mujahid Yusof.

labunsiber berkata...

Jamal,

Nicol terima gelaran Datuk
11/07/2008 3:06pm

PULAU PINANG 11 JULAI – Ratu skuasy negara, Nicol Ann David dianugerahkan Darjah Setia Pahlawan Negeri yang membawa gelaran Datuk sempena ulangtahun ke-70 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas...