Najib Bakal Gadai Tanah KTMB Kepada Singapura
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda Umno untuk tampil ke hadapan menyatakan 'langkah mayat mereka dahulu' berhubung caj pembangunan tiga bidang tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang kini di bawa ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa di Geneva yang berkemungkinan mencecah beratus juta ringgit.
Menurut beliau, perjanjian yang pada mula dikatakan dibuat atas dasar menang-menang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menjadi berat sebelah apabila perkara itu terpaksa di bawa ke mahkamah antarabangsa.
"Mana dia Perkasa dan Pemuda Umno yang kononnya mempertahankan artikel 153 Perlembagaan Negara, mengapa dalam isu ini mereka tidak 'menyalak'?
"Ini menunjukkan pendirian Perkasa dan Pemuda Umno dalam isu menjaga kedaulatan hak dan orang Melayu merupakan retorik politik semata-mata dan tidak mempunyai matlamat.
"Sebelum ini, dalam isu Singapura sebasgai negara, Malaysia ditipu oleh bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew tetapi kini Najib pula bakal ditipu oleh anaknya yang akan menyebabkan tanah di Tanjung Pagar tergadai malahan terpaksa pula membayar sejumlah yang besar untuk caj pembangunan.
"Mana perginya pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang kononnya mempertahankan hak orang Melayu tetapi dalam isu ini langsung membisu untuk menyatakan pendirian mereka," kata Mahfuz kepada Suara Keadilan.
Dalam lawatan Najib ke Singapura isnin lalu, beliau dan rakan sejawatnya dari singapura, Lee Hsien Loong bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah KTMB di republik itu, yang akan dimajukan secara bersama oleh kedua-dua negara, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.
Tanah terbabit dijangka dimajukan sebuah syarikat usaha sama 60-40, M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan antara Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia dan Temasek Holdings Ltd dari Singapura.
Dalam rundingan pertama kedua-dua pemimpin di Singapura 24 Mei lalu Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands menjelang 1 Julai depan.
Di samping itu tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands akan diserahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dimajukan secara bersama serta menukar beberapa keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata negara tidak mahu lagi kerugian wilayah apabila sebelum ini Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih akibat persediaan kerajaan yang amat lemah dalam menghadapi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Tambahnya, perkara ini akan dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat apabila parlimen bersidang Oktober ini kerana ia melibatkan kepentingan dan kedaulatan negara.
Apa yang dikesalkan kata Mahfuz, isu tanah itu umpama tulang yang terlekat di kerongkong pemimpin Singapura dan Malaysia.
Oleh sebab itu tidak perlu tindakan tergesa-gesa malahan ia boleh dijadikan kuasa tawar-menawar dalam proses rundingan dengan Singapura.
"Tindakan Najib menerima tawaran pertukaran tanah itu amat memeranjatkan kerana Malaysia berkemungkinan hilang aset penting negara begitu sahaja dan kita mungkin akan berputih mata sekali lagi setelah berkali-kali berputih mata dengan Singapura.
"Mengapa rakyat tidak tahu mengenai isu caj pembangunan ini dan hanya ditimbulkan sekarang apabila perkara ini akan di bawa ke peringkat antarabangsa untuk mencari penyelesaian. Adakah Najib telah tertipu dengan Singapura?," tanya Mahfuz lagi. -SK

2 ulasan:
Inilah cara untuk mengabur mata rakyat malaysia..,jika kita kalah lagi dan ini mereka keadilan keputusan mahkamah antarabangsa..Kalau dibuat pembangunan rumah pangsa PPRT diatas tanah KTM di singapura maka banyak lah juga rakyat miskin malaysia dapat memilik rumah..
Saya merasakan kalau keputusan mahkamah menyebahi singapura..maka kroni akan dibayar melalui pemberian projek oleh pihak singapura..maka tak rugi lah mereka yang rugi yang tergadai maruah tanah melayu, malay-sia & raja-raja melayu...sia-sialah perjuangan perjuang melayu kita terutamanya tok-tok guru, ulamak, orang melayu asli yang dulu tiada kepenting hanya berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air,
Kalaulah Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Guru Abdul Rahman Limbung, Mat Salleh, Rosli Dodi masih hidup tak tahu apa mereka akan buat apa barua=barua ini..
Tak akan melayu hilang didunia tapi tanah melayu boleh hilang..sekarang pun melayu pun hampir hilang akibat kawin campur...
Untuk menjawab soalan Dato Mahfuz Omar, Pepatah Inggeris ada menyatakan "Anjing tidak akan menyalak kepada tuannya".
Catat Ulasan