22 Sep 2010

Kes RM4 Billion: PAS Mampu Nafi Saja, UMNO Dah Buat Laporan Polis

PAS nafi terima sumbangan RM4 bilion Ida World Group

KUALA LUMPUR, 22 Sept — PAS menafikan parti itu ada menerima sumbangan RM4 bilion daripada sebuah syarikat asing, Ida World Group Ahad lalu, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini.

Malah menurut beliau, PAS Kelantan juga tidak pernah menerima permohonan syarikat yang dimaksudkan untuk membuat sebarang projek pembangunan di negeri itu.

Oleh itu tegas beliau, penyebaran berita tersebut adalah satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

“PAS memandang serius ekoran tersebar gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan sebanyak RM4 bilion kepada PAS melalui satu cek replika.

“Bagi mewakili PAS, saya dengan ini menafikan PAS pernah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion dari syarikat ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, PAS juga tidak tahu-menahu tentang projek syarikat ini di Kelantan.

“Setelah menyemak dengan PAS Kelantan, saya juga mendapati PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menerima permohonan daripada syarikat ini untuk membuat sebarang projek pembangunan di sana.

“Sehubungan itu, kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai sumbangan sebanyak RM4 bilion oleh syarikat berkenaan kepada PAS Kelantan.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar memberitahu, kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif Ida World, Abdul Rahim Abdul Wahab.

“Sebagai ketua parti, saya tidak tahu pasal duit RM4 bilion, baru pagi ini saya tahu.

“Dia (Abdul Rahim) baru jumpa saya dua (tiga) hari lepas dan dua bulan lepas juga dia (ada) datang juga.

“Mengenai projek di Pantai Sri Tujoh, nak lulus (sesuatu projek) kena buat surat, (hantar permohonan) ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan kemudian ke Exco. Dia kata nak buat projek, saya kata marilah,” katanya.

Dalam laporan Bernama memetik adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion daripada syarikat berkenaan atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.

Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada satu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini Ahad lalu.

“Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi,” katanya.

Ia dilaporkan sebagai sumbangan untuk kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.


‘Hadiah’ RM4 bilion: Pemuda UMNO buat laporan polis

KOTA BHARU 22 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO negeri membuat laporan di balai polis Kota Bharu di sini hari ini berhubung sumbangan peribadi wang berjumlah RM4 bilion yang dikatakan diberikan oleh seorang ahli perniagaan kepada Pas Kelantan.

Laporan tersebut dibuat oleh Penolong Setiausahanya, Che Othman Che Will pada pukul 3.30 petang ini sambil diiringi oleh kira-kira 30 ahlinya.

Che Othman berkata, laporan tersebut dibuat disebabkan wujud keraguan mengenai sebab pemberian wang tersebut dan penerimanya yang hanya diwakili seorang individu bernama Nik Din Nik Mat bukannya wakil Pas Kelantan.

"Kita memohon agar pihak berkuasa dan agensi lain dapat menyiasat, meneliti dan memberi perhatian kepada perkara ini kerana timbul keraguan berhubung jumlah wang yang diberikan itu.

"Ia pula disumbangkan kepada seorang individu yang mendakwa dirinya adik dan mewakili secara peribadi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya ketika ditemui selepas mengemukakan laporan tersebut di sini, hari ini. -UM


Ulasan GB

GB hairan dengan pimpinan PAS. Benda sebegini pun belum pas untuk mengatasi serangan musuh. Lemah di dalam mengatur strategi, lemah di dalam perang saraf. tapi berangan nak ke Putrajaya.

Kita menafikan menerima RM4 billion. Itu betul. Tetapi sudahkah dilaporkan fitnah itu kepada polis?

Kerana tanpa laporan polis, pihak musuh pula yang pergi ke balai polis untuk membuat laporan mereka menyatakan PAS Kelantan telah terima RM4 billion sebagai rasuah. Sekalipun ianya palsu tetapi polis akan bertindak menyoal siasat MB Kelantan nanti dan seluruh jentera pentadbiran PAS Kelantan.

Kemudian dengan bantuan media massa pencacai, mereka akan menyorokkan kebenaran tetapi membesarkan kisah rasuah yang direka-reka tetapi sudah cukup untuk membenankan kepala TGNA dan mencemarkan nama parti di kalangan rakyat yang tak tahu apa-apa.

Kes Nurul Izzah, TV Selangor, Shamsul Iskandar dipanggil polis kerana ada laporan polis dibuat oleh Perkasa terhadap mereka sudah cukup untuk mengesahkan sikap polis yang sebenarnya.

Sudahlah orang yang bernama Nik Din Nik Mat (adik TGNA) melakukan kerja yang tak sepatutnya iaitu menghadiri dan menaiki pentas di dalam satu majlis makan yang beliau tidak sepatutnya lakukan. Kita pun hairan bagaimana beliau boleh dipergunakan sedemikian rupa oleh musuh.

Sekarang di mana Dewan Harian PAS yang sepatutnya secara automatik telah bermesyuarat kalau tak pun berkoferens-video untuk menangani masalah ini?

Beribu-ribu pemuda PAS khabarnya akan berijtimak tarbawi di Rusila pada awal Oktober ini, kata Pengerusi Akademi Tarbiyah DPPP Nik Abduh Nik Abdul Aziz, tetapi tiada lansung yang "berijtimak" di balai polis hari ini untuk membuat laporan mengenai kejadian penipuan UMNO di Kelantan itu. Kayu besar di galas di bahu untuk meniti sungai yang belum nampak lagi tetapi duri yang menyucuk dibiarkan mendarahi kaki.

Pening kepala saya memikirkan lemahnya saf kepimpinan PAS yang ada kini untuk berhadapan dengan musuh yang semakin agresif. Suruh letak jawatan tak mahu, tapi kerja tak menampakkan hasil yang memuaskan. Amanah ahli dipermain-mainkan.

Kalau susah sangat, kita berdoa saja kepada Allah s.w.t. untuk tukar sahaja kepimpinan PAS ini kepada yang lebih baik dan hukum mereka yang malas-malas yang menyebabkan PAS yang lemah longlai sekarang ini. Habis cerita.

GB mewakili suara ahli-ahli bawahan yang tersiksa jiwanya dengan sikap pemimpin PAS yang GB telah nyatakan di atas.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kan ada yang dah kata dulu... Pas Always Slow..

Shannaro berkata...

seakarng mood raya GB. maybe pemimpin2 pas sibuk anjur/hadiri rumah terbuka. tak sempat nak pikir benda2 ni sekarang.

Liza berkata...

setuju.. usap perut dan janggut je tau..

Tanpa Nama berkata...

janganlah kita asyik menuding jari mencari salah orang lain.., sememangnya umno sentiasa merancang untuk mencari sokongan.. tambahan pula sekarang ni umno memang dah kehilangan sokongan orang2 melayu, jadilah inilah saja cara yang mereka ada... pemimpin2 pas muhasabah diri dan jangan terlalu bertolak ansur dalam perkara2 yang nak merosakkan parti kita... dan jangan pula marah bila ditegor... ambillah iktibar dari setiap kejadian yang berlaku...

Tanpa Nama berkata...

entah la. ni la sebabnya pas always slow, pemimpin atasannya pun slow.

Tanpa Nama berkata...

aku salute kat gb. hanya blogger gb yang berani tegur pimpinan pas dengan hujjah yang kemas tetapi tajam.

semuga gb terus menulis untuk tegakkan kebenaran dan keadilan.

Tanpa Nama berkata...

penyamun dan pencuri memang pandai mengambil kesempatan diwaktu mangsa dalam keadaan lalai, harap peminpin pas sentiasa berwaspada!!!!.

atat berkata...

aku setuju 100% dgn pendapat GB,org atas ni sekali sekala kena tegur juga

Tanpa Nama berkata...

strategi ni nt makan tuan blk..percayalah...takat ni...x da lg strategi UMNGOK yg menjadi...sebaliknya...makan diri mrk semula.....lombng pasir...cth...masukmasjid...cth...yg ni lg clear...PAS akan menang mudah...yg kita akan nampak polis..sprm....terus jd kuda UMNO....tu lg jelas...dan rakyat akan melihat dan memerhati..akhirnya kita akan untug berganda.....insyaallah

Tanpa Nama berkata...

anon 12:39

kalau macam tu baik suruh semua pemimpin dan ahli pas tidur... sebab dah tahu untung berganda. bodoh mcm lembu.

ingat, ikhtiar dan usaha bersungguh-sungguh tanda kejayaan, bukannya berpeluk tubuh dan membiarkan musuh menyerang bertubi-tubi.

kes curipasir, kes masukmasjid, kamu tahu siapa yang berhempas pulas melawan umno? blogger2 mcm gb dan lain-lain. itu sebab umnongok kalah.

kalau tak kerana Allah datangkan blogger mcm gb, kbo, isa, perisik-rakyat, mwaves, dan berpuluh yang lain mempertahankan pr, dah terkangkang pas dan pr dikerjakan umno.

kamu... bantaikan tido...

Tanpa Nama berkata...

salam gb,

sy kira ada sebb mengapa tgna x arahkan buat laporan polis, perangkap umno ibarat kata akan makan tuan.
buat apa kita melayan kerja2 jahat umno itu, biarkanlah si luncai terjun dgn labu-labinya, biarkan...biarkan

Tanpa Nama berkata...

anon 9.21, bukan tgna yg sepatutnya buat arahan lapor polis tetapi presiden pas sebagai ketua organisasi.

mursyidul am hanya untuk hal-hal mengenai dasar pas.

ler ni presiden pas nampak macam tak bermaya dan tak berminat untuk berjuang lagi. dah betul-betul surut.

john berkata...

Bengong punya GB lo ni..frust ker? tak payah nak layan la dengan report polis ni. Takkan GB tak tahu kalau PR buat report pun tindakan macam siput pun..biarlah umno buat report then polis siasat. Pas nak takut apa dengan syarikat bayang-bayang macam tu. Kalu buat report nantio polis menyampah jer. Hal ini tak menjejaskan pas pun....

GB berkata...

John

Rasanya anda yg bengong. Sekalipun PDRM /SPRM tak bertinda di atas report yang kita buat, kita tidak boleh berhenti melaporkannya.

Kita buat repot sebagai persediaan apa-apa kemungkinan yang berlaku pada masa depan - ini dipanggil covering report. Berbeza dengan event report.

Misalnya perompak masuk ke rumah tetapi tak rompak apa-apa, report tetap kita kena lakukan.

Kita tidak boleh sekadar duduk diam. Di dalam "peperangan", ada strategi, ada taktik, ada teknik. Kalau diam memanjang, tu teknik jugak yang bernama bebalisma.

Belajar utk jadi warganegara berdisiplin supaya nanti kita ada kerajaan berdisiplin yang boleh mendisiplinkan penjawat awam.

Jika kita buat laporan, PDRM/SPRM tak indahkan, itu bukan salah kita lagi. Ada jawapan kita kepada Tuhan terhadap soalan: sudahkah kamu berikhtiar?

Bukan duduk melopong harapkan keajaiban utk menang.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak salahkan umno je... kekadang korang pernah tak terpikir DAP atau PKR nak kenakan PAS.. PAS da macam parti ketiga dalam pakatan...