Seramai 1,000 peneroka Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh daerah Jengka, Pahang dijangka akan memfailkan saman berhubung harga Kadar Perahan Gred (KPG) yang didakwa rendah daripada harga pasaran sebenar.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Suhaimi Said ketika dihubungi Suara Keadilan berkata satu perjumpaan akan diadakan pada 3 Oktober depan bagi memberikan penerangan kepada peneroka seterusnya memfailkan saman terhadap agensi tersebut.
"Kita akan memfailkan saman bagi pihak peneroka, kerana mereka ini telah dianiaya dan ditipu apabila hanya diberikan antara 18 hingga 20 peratus KPG sedangkan ikut pasaran adalah 26 peratus.
"Memandangkan di kawasan Jengka ini mempunyai banyak kilang dan kadar perahannya pula berbeza antara satu sama yang lain, jadi kita akan kumpulkan peneroka mengikut kilang yang ada di sini," kata beliau.
Menurut Suhaimi lagi, kadar 1 peratus KPG dianggarkan sekitar RM40 yang bermakna setiap kali hasil sawit peneroka dipetik, mereka kerugian antara RM200 hingga RM300.
Tambah beliau, tindakan itu bukannya dilakukan sekadar suka-suka tetapi bagi menuntut hak peneroka yang saban tahun telah ditipu oleh Felda berhubung harga sebenar kadar perahan buah kelapa sawit.
Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan supaya Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan.
Ini memberikan tamparan hebat kepada agensi itu dan kemenangan moral yang besar kepada peneroka Felda di seluruh negara.
Tindakan agensi itu dilihat tidak menghormati hak peneroka berhubung harga KPG sudah lama berlaku di kebanyakan rancangan Felda di seluruh negara.
Berhubung dakwaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kononnya Pakatan Rakyat menghasut peneroka menyaman Felda, Suhaimi berkata tindakan saman itu bukan hanya menuntut hak peneroka yang menganggotai KEADILAN dan PAS sahaja bahkan untuk semua peneroka tanpa mengira fahaman politik masing-masing. -SK
Ulasan GB
Tak mahu mengaku bagkrap, lepas ini betul-betul akan jadi bankrap.
FELDA bukan lagi "fixed deposit" UMNO untuk pilihanraya.
Dan jangan silap, bukan kita doakan Felda bankrap. Tetapi lebih baik wang yang disapu UMNO dan pemimpinnya berbillion ititu diberikan kepada para peneroka.

1 ulasan:
Didoakan semoga warga FELDA lekas bangun dan sedar bahawa kebanyakan mereka selama ini menjadi alat dan diperkudakan oleh UMNO/BN.
Katakan Cukuplah setakat ini sahaja ... sekarang kami mahukan perubahan dan menyokong pihak-pihak yang membela kami.. iaitu PAKATAN RAKYAT..PR MEMBELA RAKYAT DAN MENGANGKAT MARUAH DAN MARTABAT RAKYAT.
Catat Ulasan