Tengku Razaleigh Dilantik Pengarah Pilihan Raya Umno/BN DUN Galas
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno pada Rabu.
"Dengan restu Presiden (Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.
Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaiman, 46, dari PAS akibat barah usus, dua hari lepas. -- BERNAMA
Ulasan GB
Desperatenya UMNO. Terpaksa jilat semula segala kahaknya kepada Ku Li.
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno pada Rabu.
"Dengan restu Presiden (Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.
Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaiman, 46, dari PAS akibat barah usus, dua hari lepas. -- BERNAMA
Kolumnis Semasa: Cerita Ku Li Dan Di Sebalik Tuntutan Royalti Minyak
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9645
Oleh Tun Faisal Ismail Aziz
Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tentang Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin adalah mudah, iaitu;
Pertama, ia adalah berkaitan isu tuntutan hasil petroleum dan bukan mengenai Ku Li. Pendekatan Pemuda UMNO adalah untuk menerangkan bahawa dari segi tafsiran Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang seharusnya dibaca bersama Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969, yang menyebut bahawa negeri dalam Malaysia mempunyai hanya setakat 3 batu nautika diukur dari paras air surut.
Kedua, oleh kerana terdapat perbezaan tafsiran tentang peruntukan undang-undang ini, maka sewajarnya ia di bawa ke mahkamah agar penyelesaian dapat diputuskan.
Itu juga merupakan kehendak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Disebabkan itu Pemuda UMNO menyokong agar ia dibawa ke mahkamah.
Penulis bersetuju dengan pendirian Pemuda UMNO ini. Bagaimanapun secara peribadi penulis melihat isu ini melangkaui isu tuntutan hasil petroleum. Sebaliknya melihat dari sudut kerakusan pemimpin Pas Kelantan dan Ku Li untuk merebut penguasaan hasil petroleum ini, walaupun Kerajaan telah menjamin bahawa wang ini akan disalurkan kepada rakyat.
Ia adalah hak rakyat, bukan hak Ku Li, Nik Aziz Nik Mat dan kroni-kroni mereka. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri Kelantan menghadapi krisis keyakinan yang parah dari segi urus tadbir melibatkan pengeluaran hasil balak yang tidak setimpal dengan pembangunan serta kemajuan negeri Kelantan.
Krisis keyakinan terhadap kerajaan Pas juga kritikal apabila Menteri Besar didakwa mengamalkan kronisme dan menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.
Kedua, dari segi sikap tidak berdisiplin yang dipamerkan oleh seorang pemimpin bahagian dan veteran. Sikap Ku Li yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden Parti menghairankan. Ku Li mendakwa setia kepada parti, tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan.
Tindakan Ku Li seolah-olah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat beliau. Beliau mungkin belajar dari pengalaman, bahawa jika beliau keluar parti, beliau akan menjadi tidak relevan dalam masa yang singkat.
Akhirnya dia terpaksa merangkak kembali kepada UMNO. Mungkin jika beliau dipecat, beliau boleh menjadi hero dan kisah beliau akan terus disensasikan seperti kisah Anwar Ibrahim.
Nampaknya Datuk Seri Najib dapat membaca tindakan Ku Li ini sejak awal lagi.
Ketiga, dari segi sikap khianat Ku Li terhadap parti dan negara. Dalam wawancaranya dengan Malaysian Insider, Ku Li telah berbohong dan memberi gambaran yang salah tentang Malaysia beberapa kali. Seolah-olah Ku Li mahu mensabotaj usaha Datuk Seri Najib memulihkan ekonomi negara dengan mewujudkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat dan kacau bilau.
Perbualan twitter Ku Li dan Lim Kit Siang sungguh mencurigakan. Kit Siang dan Ku Li bukan tidak boleh menggunakan telefon dan SMS untuk berbual, tetapi memilih untuk menggunakan twitter.
Ia seolah-olah sengaja dilakon dan dihebahkan sebagai build-up kepada gerakan untuk menghidupkan kembali Gagasan Rakyat tajaan Ku Li semasa berada dalam Semangat 46 bersama-sama pemimpin DAP dan Pas.
Manifesto Gagasan Rakyat pada tahun 1990 yang tidak relevan, gagal dan sudah lapuk bertajuk`Save Malaysia'cuba dihidupkan semula oleh Kit Siang dan dilaungkan oleh Anwar Ibrahim.
Kenyataan Ku Li dalam wawancara Malaysian Insider dibaca ramai sebagai usaha memberikan gambaran buruk tentang negara sebagai justifikasi agar manifesto 'Save Malaysia' ini dapat dihidupkan.
Disebabkan itu penulis mempersoalkan kesetiaan Ku Li terhadap parti.
Dari segi track record, Ku Li pernah mengkhianati parti. Ku Li juga pernah bercakap bohong.
Kenyataannya tentang hak kerajaan Pusat untuk menentukan sama ada untuk memberi royalti atau wang ehsan pada 1 November 2000 seperti yang disiarkan oleh Bernama jelas bertentangan dengan kenyataannya di Stadium Sultan Mohamad keIV, Kota Baru pada 28 Januari 2010.
Kata beliau, pada 1 November, "semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung yang berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar wilayah mereka."
Apakah yang menghalang Ku Li untuk menipu untuk kesekian kalinya?
Bagi penulis mudah saja - "kesetiaan itu dibuktikan dengan perbuatan, bukan hanya dengan kata-kata". Perbuatan Ku Li menjolok mata!!!
* Kit Siang - jangan curi tagline saya - Selamatkan Malaysia!!! Kenapa tidak digunakan Middle Malaysia yang dah jadi macam Meddle Malaysia je?
Penulis Adalah Pengerusi Unit Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia -
Ulasan GB
Desperatenya UMNO. Terpaksa jilat semula segala kahaknya kepada Ku Li.
2 ulasan:
hmmm...rasanya umno mempunyai muslihat.....ANTARANYA...
1) Nak menguji kejujuran dan ketaatan Kuli pada UMNO setelah isu royalti baru2 ni....samada kuli berkempen untuk umno atau untuk royalti...
2) Untuk siapkan skrip jika kalah dlm PRK nanti... umno akan kata semuanya sebab Kuli....
3) Umno memang tak de org harapan dan di percayai ramai ahli umno dan rakyat kelantan sendiri antaranya...Awang Adek...(isu judi) dan pemimpin lain jelas menolak royalti.....mana mungkin dapat undi rakyat kelantan....
cuma nanti...semua duit ehsan akan digalas semuanya ke Galas.....bertaburan wang ehsan disana.....
Paling 'cantik' selepas ini Ku Li istihar masuk Pakatan Rakyat. Nabgis tak berlagulag puak UBN tuh.
Ku Li pula akan terus disanjung dan mendapat doa kesejahteraan daripada seluruh rakyat Kelantan bahkan satu negara yang cintakan kebenaran dan keadilan.
Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan 'nama': PEJUANG atau PEMBELOT. Orang baik atau orang jahat. Dikeji atau dipuji. Diingati atau dilupai. Makamnya disirami mawar atau disirami air kencing. Peluang memilih masih terbuka selagi hayat masih dikandung badan.
Wasslm
Catat Ulasan