6 Ogo 2010

Saman Ekor Perlu Dimasukkan Di dalam Manifesto PRU Pakatan Rakyat

Polis Tidak Ada Hak Arah JPJ Senarai Hitamkan Penerima Saman Ekor

Hanya pihak mahkamah yang boleh menentukan sama ada seseorang yang menerima saman kesalahan trafik itu bersalah atau sebaliknya dan bukan polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan Polis DiRaja Malaysia mengarahkan JPJ menyenarai hitam mereka yang menerima saman adalah salah di segi undang-undang disamping PDRM dilihat mendesak JPJ melakukan kesalahan.

"Notis saman ekor yang dikeluarkan oleh PDRM bukannya saman tetapi merupakan notis pemberitahuan. Dalam notis itu penerima perlu menjawab dalam masa tujuh hari selepas itu ia di bawa ke mahkamah untuk ditentukan bersalah atau tidak," jelas beliau.

Tambah Mahfuz apa yang dirisaukan tindakan PDRM itu boleh mewujudkan budaya rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

"Apa yang dibimbangkan keputusan menyenarai hitamkan pemandu akibat kesalahan saman ekor boleh mengundang gejala rasuah dan juga penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pegawai terbabit. Selain itu juga ia menggalakkan jenayah lain seperti lesen dan cukai jalan palsu.

"Saya berharap Menteri Pengangkutan menggunakan kuasanya mengarah JPJ agar tidak menyekat pembaharuan lesen bagi mereka yang menerima saman ekor. Kita mahu menteri sedar dan tahu notis saman ekor oleh PDRM bukan saman dan bukti bersalah.

"Tindakan menyenarai hitam kesalahan saman ekor bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya, jadi jelas tindakan itu melanggar peruntukan Perlembagaan," tegas Mahfuz lagi.

Sebelum itu Mahfuz melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat menemui Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang menerima saman ekor.

"Kita telah sedia maklum oleh pegawai kepada Menteri bahawa beliau bersedia untuk berjumpa dengan kita. Kita juga dimaklumkan wakil Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis DiRaja Malaysia akan turut serta dalam perbincangan," kata Mahfuz diperkarangan Kementerian Pengangkutan semalam.Mahfuz yang tiba bersama peguam lalu menyerahkan memorandum Setiausaha Akhbar kepada Menteri, Yeong Kah Choon dipejabat beliau.

Mahfuz yang mempengerusikan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan mengadakan satu pertemuan dengan mangsa saman ekor dan yang telah disenarai hitamkan pada 9 Ogos bagi memberi khidmat nasihat undang-undang.

Bagi kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor, perjumpaan akan diadakan di auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) manakala bagi mereka yang di Melaka dan Negeri Sembilan, pertemuan akan diadakan di Seremban.

Kase juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri dan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung isu yang sama.

Turut serta semada penyerahan memorandum termasuk Yang DiPertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

Ulasan GB


hazbj: Cadangkan pada majlis pakatan...JADIKAN HAPUS SAMAN EKOR SEBAGAI SATU DARI MANIIFESTO PRU KE-13(mesti)


GB bersetuju dengan saranan sdr. hazbj di atas.

UMNO BN bakal terlentang lantarannya. PDRM dan JPJ bakal berputih mata.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pemerintah kepada polis ialah kerajaan BN, takkan polis bertindak sendirian tanpa arahan?

Tanpa Nama berkata...

nak hapus saman ekor, kena hapuskan pemerintahan BN/UMNO dulu diPutrajaya, UMNO pengasas saman ekor

Tanpa Nama berkata...

Pas sangat perihatin kebajikan rakyat berbanding UMNO yang hanya perihatain kepada koperat kerana mereka ada kepentingan

Tanpa Nama berkata...

HAPUSKAN SAMAN EKOR DAN HAPUSKAN UMNO/BN..

Tanpa Nama berkata...

Setuju hapuskan saman kenderaan dan masokan dalam manifesto PR. Wang di ambil adalah tidak sah dan menekan orang ramai. Hapuskan UMNO/BN

Tanpa Nama berkata...

DiMalaysia Bolehland ni,seorang itu tak payah dibawa kemahkamah untuk menentukan salah atau tidak.Yang punya kuasa untuk menyaman,sudah memutuskannya.Kuasa mahkamah sudah pindah kejabatan PDRM dan JPJ.Merekalah penguatkuasa,pemutus kesalahan dan pengutip denda - 3 in 1.Ini amalan sudah berjalan lebih dari 50 tahun,hinggakan Akta Polis lebih power dari Perlembagaan Malaysia.